Isnin, 26 Ogos 2013

Cara membaca garis tangan

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: How to read palm lines.


Perkataan Bahasa Inggeris line sebagai noun

Plural untuk perkataan line adalah lines. Maksud line sebagai noun adalah:
  1. garis:
    1. Garis-garis yang terdapat dalam buku latihan ini pudar. - The lines in this exercise book are faded.
  2. garisan:
    1. Sila buat garisan lurus. - Please make a straight line.
  3. sempadan:
    1. Kami sudah sampai di sempadan wilayah. - We have reached the county line.

Perkataan Bahasa Inggeris line sebagai verb

Sebagai verb, perkataan line adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to line - infinitive
  2. line - base
  3. lined - past simple / past participle
  4. lining - present participle
  5. lines - present simple
Maksud line sebagai verb adalah:
  1. atur:
    1. Atur pasukan sekarang! - Line up the troops now!
    2. Gerai-gerai diatur ditepi jalan. - The stalls are lined at the side of the road.
    3. Kenapa awak tidak mengatur pekerja-pekerja? - Why aren't you lining up the workers?
    4. Kami mengikuti rancangan yang telah diatur oleh Mahmud. - We followed the plan lined out by Mahmud.
  2. digariskan:
    1. Buku-buku latihan digariskan untuk menyenangkan penulisan. - Exercise books are lined to make writing easy.

Perkataan Bahasa Inggeris line dalam phrasal verb

  1. line up - beratur: 
    1. Pelanggan-pelanggan sudah beratur. - The customers are lined up.
  2. line out - mengatur: 
    1. Ahmad pandai mengatur rancangan. - Ahmad is good in lining out plans.

Perkataan Bahasa Inggeris line dalam idiom

  1. cross the line - melampaui batas:
    1. Ikut peraturan dan jangan kamu berani melampaui batas. - Follow the rules and don't you dare cross the line.
  2. draw the line - menghadkan:
    1. Kita perlu mengadakan had terhadap ketibaan lewat untuk bekerja. - We need to draw the line against coming late for work.
  3. bring / come / get into line - sehaluan:
    1. Anda perlu bersehaluan menurut polisi parti. - You need to come into line with the party's policy.