Selasa, 13 Ogos 2013

Mengapakah kau jauh dari cinta sebagaimana kau jauh dari ku?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Why are you far from love as you are far from me?

Perkataan Bahasa Inggeris far sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan far mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. far - jauh
  2. farther atau further - lebih jauh
  3. farthest atau furthest - paling jauh
Contoh penggunaan perkataan far sebagai adverb adalah far from, further from, how far, how furthest, far better, go far atau sebagainya. Maksud far sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. jauh: 
    1. Eloklah tu kak, kini kakak berada jauh dari suami kakak. - That's good kak, now kakak is far from kakak's husband.
    2. Berada jauh dari cinta boleh melemahkan keyakinan diri seseorang. - To be far from love can weaken a person's self-confidence.
    3. Siti telah berjalan lebih jauh daripada saya. - Siti walked further than me.
    4. Kucing kami telah merayau paling jauh dari sini. - Our cat strayed furthest from here.
  2. jauh lebih:
    1. Nenek kata telefon pintar Samsung adalah jauh lebih baik daripada telefon pintar Blackberry. - Grandma said Samsung smartphones are far better than Blackberry smartphones.
    2. Adakah awak fikir yang awak adalah jauh lebih baik daripada saya dalam tenis? - Do you think that you are far better than me in tennis?
    3. Saya memerlukan jauh lebih masa. - I need far more time.

Perkataan Bahasa Inggeris far sebagai adjective

Sebagaimana adverb, perkataan far sebagai adjective juga mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. far - jauh
  2. farther atau further - lebih jauh
  3. farthest atau furthest - paling jauh
Contoh penggunaan perkataan far sebagai adjective adalah far side, further right, far country, farthest country, far past, far vision, far corner atau sebagainya. Maksud far sebagai adjective adalah:
  1. jauh:
    1. Tangga terletak jauh di sebelah rumah. - The ladder is on the far side of the house.
    2. Sila berdiri di sebelah jauh kanan saya. - Please stand on the further right of me.
    3. Siberia adalah negara yang paling jauh kita boleh pergi melawat. - Siberia is the farthest country that we can visit.