Ahad, 18 Ogos 2013

Doa menghalau jin syaitan di sekeliling kita

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Prayer to rid of satanic jins around us.


Perkataan Bahasa Inggeris around sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan around sebagai adverb adalah all around, looking around, running around, gathered around, lying around, bordered around, spun around, rolled around, wander around atau sebagainya. Maksud around sebagai adverb adalah:
  1. sekeliling:
    1. Ladang Pak Mudin dipagar sekeliling sepenuhnya. - Pak Mudin's land is fenced all around.
    2. Semua kanak-kanak berkumpul di sekeliling. - All the children gathered around.
    3. Saya datang untuk melihat di sekeliling. - I came to look around.
  2. ke sana ke mari, merata-rata, sekitar:
    1. Budak lelaki itu berlari ke sana ke mari. - The boy was running all around.
    2. Anjing itu telah mengejar saya ke sana ke mari. - The dog chased me all around.
    3. Siti merayau merata-rata. - Siti strayed all around.

Perkataan Bahasa Inggeris around sebagai preposition

Contoh penggunaan perkataan around sebagai preposition adalah around the bottom, around town, around my head, around a tree, around the house atau sebagainya. Maksud around sebagai preposition serta contoh-contoh ayat Bahasa Inggeris adalah:
  1. sekeliling:
    1. Ular itu telah membelit di sekeliling tangannya. - The snaked coiled itself around his arm.
    2. Umar berlari di sekeliling rumah. - Umar ran around the house.
    3. Kenapakah nyamuk ini berpusing di sekeliling kepala saya? - Why is this mosquito flying around my head?
  2. kawasan, bahagian:
    1. Dia dikelar di bahagian pinggang. - He was slashed around the waist.
    2. Kereta itu datang dari bahagian selekoh itu. - The car came from around the corner.
    3. Adakah awak dari kawasan bandar? - Are you from around town?

Perkataan Bahasa Inggeris around dalam idiom

  1. been around bermaksud berpengalaman:
    1. Saleha adalah seorang pelakon yang berpengalaman. - Saleha is an actress who has been around.