Ahad, 4 Ogos 2013

Cuti Raya lebih panjang

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Longer Raya holidays.


Perkataan Bahasa Inggeris long sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan long mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. long - panjang
  2. longer - lebih panjang
  3. longest - paling panjang
Contoh penggunaan perkataan long sebagai adjective adalah long distance, longer distance, the distance is long, long handle, longest handle, that handle is long, three kilometers long, two hours long, atau sebagainya. Maksud long sebagai adjective adalah:
  1. jauh:
    1. Jarak ke rumah saya agak jauh. - The distance to my house is quite long.
    2. Jarak ke rumah Aminah adalah lebih jauh. - The distance to Aminah's house is even longer.
    3. Saya suka acara lompat jauh. - I like the long jump event.
  2. panjang:
    1. Adakah awak papan yang lebih panjang? - Do you have a longer wood?
    2. Ini adalah papan yang paling panjang saya ada. - This is the longest wood I have.
    3. Itu adalah suatu perbualan yang agak panjang. - That is quite a long conversation.
    4. Jalanraya itu adalah tiga kilometer panjang. - That road is three kilometers long.

Perkataan Bahasa Inggeris long sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan long mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. long - lama
  2. longer - lebih lama
  3. longest - paling lama
Contoh penggunaan perkataan long sebagai adverb adalah how long, long before, long after, all night long, atau sebagainya. Maksud long sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. lama:
    1. Berapa lamakah ayah akan berada di sini? - How long will dad be here?
    2. Saya telah berada di sini jauh lebih lama daripada awak. - I was here long before you.
    3. Ahmad telah berada di sini lebih lama daripada saya. - Ahmad was here longer than me.
    4. Siti telah berada di sini paling lama. - Siti has been here the longest.
    5. Saya telah melawat negara ini lama selepas peperangan. - I visited this country long after the war.
    6. Jom berpesta seluruh malam. - Let's party all night long.

Perkataan Bahasa Inggeris long dalam idiom

  1. as long as - selagi
    1. Saya akan mencintai awak selagi saya hidup. - I will love you as long as I live.
  2. any longer - lama lagi
    1. Saya tidak dapat menunggu awak lama lagi. - I can't wait for you any longer.
  3. long ago - sudah lama dulu
    1. Saya telah membaca buku ini sudah lama dulu. - I read this book long ago.
  4. no longer - sudah tidak
    1. Datuk sudah tidak merokok lagi. - Grandpa no longer smokes.
  5. before long - tidak lama lagi
    1. Kami akan tiba tidak lama lagi. - We will arrive before long.