Jumaat, 30 Ogos 2013

Gejala sosial dalam kalangan pelajar

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Social phenomenon among students.


Perkataan Bahasa Inggeris among sebagai preposition

Di bawah adalah maksud perkataan among serta contoh-contoh frasa yang menggunakannya. Perhatikan bagaimana among, sebagai preposition, memberi petunjuk kepada noun dan pronoun.
  1. di antara:
    1. among us - di antara kami.
    2. among yourselves - di antara kamu semua.
    3. among the group of tourist - di antara kumpulan pelancong itu.
    4. among the things - di antara perkara-perkara.
  2. dalam kalangan:
    1. among the Muslims - dalam kalangan orang-orang Islam.
    2. among the wealthy - dalam kalangan orang-orang kaya.
    3. among the local people - dalam kalangan penduduk kampung.
    4. among friends - dalam kalangan kawan-kawan.
Berikut adalah contoh-contoh ayat yang menggunakan perkataan bahasa Inggeris among sebagai preposition:
  1. Di antara perkara-perkara yang kita mesti buat adalah mencuci kereta dan membersihkan garaj. - Among the things that we must do are washing the car and cleaning the garage.
  2. Sila agih-agihkan kad-kad ini di antara kamu semua. - Please distribute these cards among yourselves.
  3. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebab awak berada dalam kalangan kawan-kawan. - There is nothing to worry about because you are among friends.
  4. Walaupun Puan Mariam adalah dalam kalangan orang-orang kaya, dia merendah diri. - Although Puan Mariam is among the wealthy, she is humble.

Perbezaan di antara perkataan Bahasa Inggeris among dan amongst

Dari segi maksud, tidak terdapat perbezaan di antara among dan amongst. Amongst adalah ejaan cara lama sedangkan among adalah ejaan cara moden. Amongst sering digunakan di Britain dan Canada tetapi jarang digunakan di Amerika. Among sering digunakan di Amerika.