Jumaat, 16 Ogos 2013

Sejak dari dulu ku mencintaimu

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Since long ago, I have loved you.


Perkataan Bahasa Inggeris since sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan since sebagai adverb adalah ever since, here since, has since, long since atau sebagainya. Maksud since sebagai adverb adalah:
  1. sejak:
    1. Saya telah mula bekerja pada 1989 dan telah menjadi seorang guru sejak itu. - I started work in 1989 and has been a teacher ever since.
    2. Jiran telah pergi dan tidak berada di sini sejak itu. - The neighbour went away and hasn't been here since.
  2. sejak kebelakangan:
    1. Dia pada mulanya terlupa, tetapi sejak kebelakangan ini teringat. - She at first forgotten, but has since remembered.
    2. Rozifah sejak kebelakangan ini telah berkahwin dan telah berpindah ke Sabah. - Rozifah has since married and moved to Sabah.
  3. sudah lama sejak kini:
    1. Doktor itu sudah lama sejak kini telah berhenti merokok. - The doctor has long since quit smoking.
    2. Saya sudah lama sejak kini melupai namanya. - I have long since forgotten his name.

Perkataan Bahasa Inggeris since sebagai preposition

Contoh penggunaan perkataan since sebagai preposition adalah since noon, since the war, since childhood atau sebagainya. Maksud since sebagai preposition adalah:
  1. sejak:
    1. Saya telah menunggu awak di sini sejak tengahari. - I waited for you here since noon.
    2. Saya tidak berjumpa dengan anak lelaki saya sejak peperangan itu. - I never saw my son since the war.
    3. Kami berkawan sejak zaman kanak-kanak. - We've been friends since childhood.

Perkataan Bahasa Inggeris since sebagai conjunction

Contoh penggunaan perkataan since sebagai conjunction adalah since we're here, since you came, since you already know, since he graduated atau sebagainya. Maksud since sebagai conjunction adalah:
  1. memandangkan, oleh kerana:
    1. Jom berpesta memandangkan kita semua berada di sini. - Let's have a party since we're all here.
    2. Memandangkan awak sudah mengetahui, ada baiknya awak memberitahu dia. - Since you already know, you might as well tell her.
    3. Memandangkan awak tidak berminat, saya tidak akan memberitahu awak mengenainya. - Since you're not interested, I won't tell you about it.
  2. sejak:
    1. Jururawat itu telah menjadi sibuk sejak dia datang. - The nurse has been busy since she came.
    2. Sejak awak menghantar SMS itu, saya belum membalasnya. - Since you sent me the SMS, I haven't replied it.
    3. Saya mencintai awak sejak kita mula bertemu. - I love you since we first met.