Baiklah, ejaan manakah yang betul?
- decieve atau deceive?
- neighbour atau nieghbour?
- cieling atau ceiling?
- foriegn atau foreign?
- retreive atau retrieve?
- grief atau greif?
Sebutan ee Panjang
Terdapat perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang mengandungi huruf-huruf ie dan ei yang apabila disebut maka bunyinya panjang seperti menyebut ee, contohnya field berbunyi seperti feeld atau ceiling berbunyi seperti ceeling. Cara mengeja perkataan-perkataan seperti ini adalah seperti berikut:- Sekiranya huruf sebelumnya adalah c maka ejaannya adalah ei contohnya ceiling, receive, receipt, conceit, perceive, deceive, deceit.
- Sekiranya huruf sebelumnya bukan c maka ejaannya adalah ie contohnya field, believe, brief, retrieve, grief, achieve, chief, thief, yield.
Sebutan aa Panjang
Terdapat juga perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang mengandungi huruf-huruf ei yang apabila disebut maka bunyinya panjang seperti aa, contohnya vein berbunyi seperti vaan atau rein berbunyi seperti raan. Cara mengeja perkataan-perkataan seperti ini adalah ei contohnya vein, rein, beige, feint, skein.Sebutan g Senyap
Ada pula perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang mengandungi huruf-huruf ei dimana huruf g yang berada selepasnya tidak dibunyikan apabila disebut contohnya neighbour atau weight. Cara mengeja perkataan-perkataan seperti ini adalah ei contohnya neighbour, weight, weigh, height, freight, foreign, sovereign.Pengecualian
Harap maklum bahawa terdapat beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang mengandungi huruf-huruf ie dan ei yang terkecuali daripada tips yang telah diberikan di atas contohnya:- fancied, policies - sebutan ee panjang serta huruf c berada sebelumnya tetapi dieja ie dan bukan ei.
- protein, kaleidoscope - sebutan ee panjang dan bukan huruf c berada sebelumnya tetapi dieja ei dan bukan ie.
Kesimpulan
Walaupun terdapat pengecualian dalam ejaan Bahasa Inggeris untuk perkataan-perkataan yang mengandungi huruf-huruf ie dan ei, tips di atas boleh diambil sebagai petua yang kuat yang sudah diterima diperingkat antarabangsa. Bukan itu saja, bahkan terdapat rima untuk membantu dalam mengingati ejaan Bahasa Inggeris ini seperti berikut:i before e,Saya tidak pasti iramanya tetapi kalau nak nyanyi rima ini dalam Bahasa Melayu pun boleh kot, begini:
Except after c,
Or when sounded as aa,
As in neighbour and weigh.
i sebelum e,-Happy spelling! Selamat mengeja!
Melainkan selepas c,
Atau apabila berbunyi seperti aa,
Seperti pada neighbour dan weigh.