Ahad, 30 Jun 2013

Ia adalah giliran anda untuk membuat pergerakan.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: It's your turn to move.


Perkataan Bahasa Inggeris move sebagai verb

Sebagai verb, perkataan move adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to move - infinitive
  2. move - base
  3. moved - past simple / past participle
  4. moving - present participle
  5. moves - present simple
Sebagai verb, maksud-maksud perkataan move adalah:
  1. beralih, alihkan, dialihkan:
    1. Please move the tables to the side. - Sila alihkan meja-meja ke tepi.
    2. Let's move to the next room. -Marilah beralih ke bilik sebelah.
    3. Husin's car was moved by dad. - Kereta Husin dialihkan oleh ayah.
  2. bergerak, menggerakkan, digerakkan:
    1. Hanifah was too afraid to move. - Hanifah terlalu takut untuk bergerak.
    2. menggerakkan: I am moving my fingers. - Saya sedang menggerakkan jari saya.
    3. digerakkan: The doll was moved by strong wind. - Patung itu telah digerakkan oleh angin kuat.
  3. berpindah, dipindahkan:
    1. We moved to Johor last month. - Kami telah berpindah ke Johor bulan lepas.
    2. Khairuddin was moved to a higher class. - Khairuddin telah dipindahkan ke kelas yang lebih tinggi.
  4. mara: They succeeded because they moved forward. - Mereka berjaya kerana mereka telah mara kehadapan.
  5. menyentuh: 
    1. That story was very moving. - Cerita itu sungguh menyentuh perasaan.
    2. I am deeply moved. - Saya sungguh terharu.

Perkataan Bahasa Inggeris move sebagai noun

Plural untuk move adalah moves. Sebagai noun, move memberi maksud:
  1. pergerakan: The moves that Sufian did in yesterday's chess tournament was really good. - Pergerakan-pergerakan yang Sufian lakukan dalam pertandingan catur semalam adalah sungguh bagus.
  2. perpindahan: Our neighbour's move to another town was a good decision. - Perpindahan jiran kami ke bandar lain adalah suatu keputusan yang baik.
  3. peningkatan: The government made a move to higher standards. - Kerajaan telah membuat suatu peningkatan ke taraf yang lebih tinggi.

Perkataan Bahasa Inggeris move dalam phrasal verb

  1. move in bermaksud masuk ke suatu tempat: When are you able to move in to start work? - Bilakah awak boleh masuk ke sini untuk memulakan pekerjaan?
  2. move on bermaksud menghala, menghampiri, mendekati, merapati, mara: The enemy is moving on to Thailand. - Musuh sedang mara ke Thailand.
  3. move out bermaksud meneruskan pergerakan: Let's move out. - Marilah meneruskan pergerakan.
  4. move over bermaksud beralih, berpindah, bergerak: Can you please move over to the other side? - Bolehkah awak beralih ke sebelah sana?

Perkataan Bahasa Inggeris move dalam idiom

  1. get a move on bermaksud mempercepatkan, memulakan: We'd better get a move on before it rains. - Lebih baik kita memulakan perjalanan sebelum ia hujan.
  2. on the move bermaksud:
    1. sibuk: A doctor is always on the move. - Seorang doktor sentiasa sibuk.
    2. dalam perjalanan: We are on the move to Vietnam with our bikes. - Kami sedang dalam perjalanan ke Vietnam dengan motosikal kami.