Sabtu, 22 Jun 2013

Patutkah anda bersenam semasa kehamilan anda?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Should you exercise during your pregnancy?


Perkataan Bahasa Inggeris during sebagai preposition
Sebagai prepositon, perkataan during memberi maksud semasa, seperti berikut:
  1. We went to Scotland during the winter. - Kami telah pergi ke Scotland semasa musim sejuk.
  2. Mom and Haniza came during the night. - Ibu dan Haniza datang semasa waktu malam.
  3. Do not sleep during lectures. - Jangan tidur semasa kuliah.
Perbezaan during, while dan for
During adalah preposition yang digunakan sebelum noun untuk menyatakan bila sesuatu perkara berlaku. Ia tidak menyatakan tempoh masa perkara itu berlaku, contohnya:
  • I was born during the Second World War. - Saya telah dilahirkan semasa Perang Dunia Kedua.
While adalah preposition yang digunakan untuk menyatakan dua perkara yang berlaku dalam masa yang sama. Tempoh masa berlakunya perkara-perkara itu tidak penting, contohnya:
  • I went out of the house while you were bathing. - Saya telah keluar dari rumah ketika awak sedang mandi.
For adalah preposition yang digunakan untuk menyatakan tempoh masa sesuatu perkara berlaku:
  • Ani has been sleeping for 4 hours. - Ani telah tidur selama 4 jam.
Teacher Zack tidak berapa pasti penterjemahan perkataan-perkataan during, while dan for; mungkin begini:
  • during - semasa
  • while - ketika
  • for -selama