Jumaat, 21 Jun 2013

Apakah rancangan anda untuk hari ini?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: What is your program for today?


Program adalah ejaan U.S manakala programme adalah ejaan British.

Perkataan Bahasa Inggeris program sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan program adalah programs. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan program adalah:
  1. rancangan: I like the Nat Geo Wild Astro TV program. - Saya suka rancangan TV Nat Geo Wild.
  2. acara: Did you attend the school sports program yesterday. - Adakah awak menghadiri acara sukan sekolah semalam?
  3. atur cara: Can I have the progam for tomorrow's seminar? - Bolehkah saya diberikan atur cara untuk seminar esok?
  4. perisian: Microsoft Word is a computer program. - Microsoft Word adalah suatu perisian komputer.
  5. aktiviti: Make sure each participant will receive the event's program list. - Pastikan setiap peserta akan menerima senarai aktiviti acara ini.
Perkataan Bahasa Inggeris program sebagai verb
Sebagai verb, perkataan program adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to program - infinitive
  2. program - base
  3. programmed atau programed - past simple / past participle
  4. programming atau programing - present participle
  5. programs - present simple
Sebagai verb, perkataan program memberi maksud mengatur, mengatur cara (komputer atau barang elektronik), menyusun, mengajar atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to program: Weren't you suppossed to program the house alarm semalam?- Bukankah awak sepatutnya mengatur cara penggera rumah semalam?
  2. program: Would you program a musical comedy event for Teacher's Day? - Sudikah awak mengatur suatu acara komedi muzik untuk Hari Guru?
  3. programmed (past simple): I programmed the arrival event for the Zackarach Women's Delight 2013 fashion show as required. - Saya telah menyusun acara kedatangan untuk pertunjukan fesyen Zackarach Women's Delight 2013 seperti yang dikehendaki.
  4. programmed (past participle): We have been programmed by our parents to respect our elders. - Kami telah diajarkan oleh ibubapa kami untuk menghormati orang-orang tua.
  5. programming: As a computer programmer, my job is programming the accounting software. - Sebagai pengatur cara komputer, kerja saya adalah mengatur cara perisian akaun itu.
  6. programs: Hassan always programs the DVD player wrongly. - Hassan selalu mengatur cara pemain DVD itu dengan cara yang salah.
Bentuk Berkaitan
Terdapat juga bentuk yang berkaitan iaitu - to reprogram, reprogram, reprogrammed, reprogramming, reprograms. Bentuk ini memberi maksud mengatur semula, mengatur cara semula, menyusun semula, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. You are required to reprogram the Teacher's Day activities. - Awak dikehendaki menyusun semula aktiviti-aktiviti Hari Guru.
  2. Reprogramming the computer firewall application is too complicated. - Mengatur cara semula aplikasi tembok api komputer itu adalah terlalu rumit.