Ahad, 23 Jun 2013

Kenapa awak mempersoalkan cinta saya terhadap awak?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Why do you question my ♥ for you?


Perkataan Bahasa Inggeris question sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan question adalah questions. Sebagai noun, maksud-maksud question adalah:
  1. soalan: I cannot answer that question. - Saya tidak dapat menjawab soalan itu.
  2. soal: This is a question of dignity. - Ini adalah soal maruah.
  3. persoalan, syak: He is guilty and there is no question about it. - Dia bersalah dan tidak ada persoalan mengenainya.
Perkataan Bahasa Inggeris question sebagai verb
Sebagai verb, perkataan question adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to question - infinitive
  2. question - base
  3. questioned - past simple / past participle
  4. questioning - present participle
  5. questions - present simple
Sebagai verb, perkataan question memberi maksud menyoal, mempersoalkan, disoal, dipersoalkan, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to question: The police are going to question the suspect. - Polis akan menyoal orang yang disyaki itu.
  2. question: They can question me if they want to. - Mereka boleh menyoal saya jika mereka kehendaki.
  3. questioned (past simple): The Directors questioned about the matter. - Pihak Pengarah telah mempersoalkan mengenai hal itu.
  4. questioned (past participle): Have you been questioned by the Principal? - Sudahkah awak disoal oleh Pengetua?
  5. questioning: Questioning the liar is just a waste of time. - Menyoal penipu itu hanya membuang masa.
  6. questions: The archeologist questions his own findings. - Ahli kaji purba itu mempersoalkan pertemuannya sendiri.
Perkataan Bahasa Inggeris question dalam idiom
  1. beyond question (atau beyond all question) bermaksud tidak dapat dinafikan: It was, beyond question, an excellent speech. - Ia adalah, tidak dapat dinafikan, suatu ucapan yang cemerlang.
  2. in question bermaksud sedang dipertimbangkan atau sedang dipersoalkan: The matter is in question. - Hal itu sedang dipertimbangkan.
  3. out of the question bermaksud mustahil, tidak mungkin, tidak patut dipertimbangkan: Marrying him is out of the question. - Mengahwini dia adalah tidak mungkin.
Perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris question
  1. questioner (noun) bermaksud penyoal: The questioner asked the suspect 91 questions. - Penyoal bertanyakan orang yang disyaki sebanyak 91 soalan.