Khamis, 20 Jun 2013

Bolehkah awak mendengar saya?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Can you hear me?


Perkataan Bahasa Inggeris hear sebagai verb
Sebagai verb, perkataan hear adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to hear - infinitive
  2. hear - base
  3. heard - past simple / past participle
  4. hearing - present simple
  5. hears - present simple
Maksud perkataan hear adalah dengar, mendengar, didengar, terdengar, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to hear: I want to hear you sing. - Saya ingin mendengar awak bernyanyi.
  2. hear: Whenever I hear your voice, I feel relaxed. - Bila masa saya mendengar suara awak, saya berasa tenang.
  3. heard (past simple): He heard the garderner screamed. - Dia terdengar tukang kebun itu menjerit.
  4. heard (past participle): Have you heard of this song? - Pernahkah awak mendengar lagu ini?
  5. hearing: Hearing her speak makes me like her even more. - Mendengar dia bercakap membuat saya menyukai dia lebih lagi.
  6. hears: The doctor hears what she has to say. - Doktor itu mendengar apa yang dia ingin katakan.
Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris hear
  1. hearer (noun) bermaksud pendengar:
    The hearer of that conversation was me. - Pendengar perbualan itu adalah saya.
  2. hearable (adjective) bermaksud boleh didengari:
    The noise in my car engine is hearable. - Bunyi bising dalam enjin kereta saya boleh didengari.
  3. hearing-aid (noun) bermaksud alat pendengar yang digunakan oleh orang yang kurang upaya mendengar:
    Are you wearing a hearing-aid? - Adakah awak sedang memakai alat pendengar?
  4. hearsay (noun) bermaksud khabar angin, gossip:
    I pay no attention to hearsay. - Saya tidak mengambil tahu mengenai khabar angin.