Jumaat, 14 Jun 2013

Have a happy weekend :) إنشاء الله

Have a happy weekend. - Semoga hujung minggu yang gembira, إنشاء الله

Perkataan week sebagai noun
Sebagai noun, perkataan week memberi maksud minggu. Plural (majmuk) untuk perkataan week adalah weeks.
  1. Last month we had a week of rain. - Bulan lepas kami telah mengalami hujan selama seminggu.
  2. I'll be in Afghanistan for three weeks. - Saya akan berada di Afghanistan selama tiga minggu.
  3. May I see you next week? - Bolehkah saya berjumpa dengan awak minggu hadapan?
  4. I will start work on the week of June 6. - Saya akan mula bekerja pada minggu 6 Jun. (Ini bermaksud minggu yang bermula pada tarikh 6 Jun atau minggu yang terkandung tarikh 6 Jun)
  5. Azizah will come on Hari Raya week. - Azizah akan datang pada minggu Hari Raya. (Ini bermaksud pada minggu yang terkandung Hari Raya)
  6. The National Book Week begins today. - Minggu Buku Nasional bermula hari ini.
Perkataan week sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan week memberi keterangan kepada hari yang dimaksudkan, seperti berikut:
  1. I will come on Tuesday week. - Saya akan datang pada minggu Selasa. (Ini bermaksud tujuh hari sebelum atau selepas hari Selasa)
  2. Dad went to Pahang yesterday week. - Ayah telah pergi ke Pahang minggu semalam. (Ini bermaksud tujuh hari sebelum semalam)
Perkataan atau frasa yang berkaitan dengan perkataan week
  1. week after week bermaksud minggu demi minggu: Week after week we waited but the flood did not subside. - Minggu demi minggu kami telah menunggu tetapi banjir tidak surut.
  2. week by week (atau weekly) bermaksud tiap-tiap minggu: I visit my aunt week by week. - Saya melawat makcik saya tiap-tiap minggu.
  3. weekday bermaksud hari bekerja, iaitu Isnin-Jumaat (atau Sabtu-Rabu untuk negara Islam): I can't meet you on a weekday because I am busy. - Saya tidak dapat berjumpa dengan awak pada hari bekerja sebab saya sibuk.
  4. weekend bermaksud hujung minggu: Let's go for a picnic next weekend. - Marilah kita pergi berkelah pada hujung minggu akan datang.
  5. weeklong bermaksud sepanjang minggu: Our weeklong vacation was so tiring. - Percutian sepanjang minggu kami sungguh memenatkan.