Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Each day I think of you.
Perkataan Bahasa Inggeris each sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan each memberi maksud setiap dan ia memberi keterangan kepada noun atau pronoun contohnya each book, each end, each floor, each day, each time, atau sebagainya.
- Each floor has been checked. - Setiap tingkat telah diperiksa.
- There is a door at each end of the house. - Terdapat pintu di setiap sudut rumah itu.
- They each were given RM200. - Mereka setiap seorang diberi RM200.
- Those books each cost five ringgit. - Buku-buku itu setiap satu berharga lima ringgit.
- The children each took three green balls. - Kanak-kanak itu setiap seorang telah mengambil tiga biji bola hijau.
- The vehicles each have six doors. - Kenderaan-kenderaan itu setiap satu mempunyai enam pintu.
Sebagai pronoun, perkataan each memberi maksud setiap seorang atau setiap satu dan menggantikan noun, contohnya:
- Seven students took part in the game and each had different skills. - Tujuh murid-murid telah mengambil bahagian dan setiap seorang mempunyai kebolehan yang berlainan.
- The boxes are the same where each measure 2" x 4" x 3". - Kotak-kotak itu adalah serupa dimana setiap satu berukuran 2" x 4" x 3".
- Each of the books is written by Dr. Johan. - Setiap satu daripada buku-buku itu telah ditulis oleh Dr. Johan.
- I love each of my kids. - Saya menyayangi setiap seorang daripada anak-anak saya.
Sebagai adverb, perkataan each memberi maksud setiap seorang atau setiap satu. Ia digunakan seperti berikut:
- They were given RM200 each - Mereka diberi RM200 setiap seorang.
- Those books cost five ringgit each. - Buku-buku itu berharga lima ringgit setiap satu.
- The children took three green balls each. - Kanak-kanak telah mengambil tiga biji bola hijau setiap seorang.
- The vehicles have six doors each. - Kenderaan-kenderaan itu mempunyai enam pintu setiap satu.
Perbezaan Bahasa Inggeris each dan every
Perkataan each dan every mempunyai maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun, each menggambarkan setiap perkara yang dilihat dari segi individu. Every pula menggambarkan setiap perkara yang dilihat dari segi keseluruhan. Semudah kata, each memberi maksud setiap manakala every memberi maksud tiap-tiap, contohnya:
- Each day I think of you. - Setiap hari saya memikirkan awak.
- Every day I think of you. - Tiap-tiap hari saya memikirkan awak.