Ahad, 21 September 2014

Cara menggambarkan kebolehan dalam ayat Bahasa Inggeris

Menggambarkan kebolehan dengan perkataan CAN

Untuk menggambarkan kebolehan dalam ayat Bahasa Inggeris, anda boleh menggunakan perkataan can, contohnya:
  • I can dance. (Saya boleh menari.)
  • I know he can carry this table. (Saya tahu dia boleh mengangkat meja ini.)
Perhatikan bahawa ayat-ayat di atas adalah ayat penyata sebab perkataan can berada di pertengahan ayat. Jika can berada di pangkal ayat maka ayat itu adalah ayat soalan, contohnya:

Selasa, 16 September 2014

Cara bertanyakan AWAK TAK KISAH KE dalam Bahasa Inggeris

Sedang anda keluar dari pintu rumah anda, tiba-tiba anda ternampak jiran sedang mengambil tangga anda. Tersenyum lebar, jiran anda berkata, "Awak tak kisah ke saya pinjam tangga awak?" Sambil membalas senyumannya anda menjawab, "Oh, saya tak kisah, ambil lah."

Jumaat, 12 September 2014

Cara meminta bantuan dalam Bahasa Inggeris

Seringkali kita memerlukan bantuan dari orang lain tak kira di rumah, pejabat mahupun di tempat lain. Terdapat beberapa cara untuk meminta bantuan dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh memulakan dengan perkataan could seperti berikut:
  • Could you carry these chairs for me? (Bolehkah awak mengangkat kerusi-kerusi ini untuk saya?)

Rabu, 10 September 2014

Cara menggunakan perkataan HAVE

Pada dasarnya, have adalah perkataan jenis verb (kata kerja). Perkataan have mempunyai bentuk yang lain iaitu has. Cara menggunakannya adalah: I have, you have, he has, she has, it has, we have, they have.

Perkataan have juga mempunyai bentuk past tense iaitu had. Cara menggunakannya adalah: I had, you had, he had, she had, it had, we had, they had.

Rabu, 18 Jun 2014

Cara menggunakan perkataan DO dalam ayat suruhan

Do adalah di antara perkataan Bahasa Inggeris yang susah dipelajari. Ini adalah kerana terdapat banyak cara penggunaannya. Maksud utama perkataan do ialah lakukan atau buat. Dalam rencana ini Teacher Zack menunjukkan cara menggunakan perkataan do dalam ayat suruhan. Pada dasarnya, apabila anda berkata, "Do." bermakna anda sedang berkata, "Lakukan." atau "Buat." iaitu suatu suruhan. Di bawah adalah contoh-contoh ayat suruhan menggunakan perkataan do yang sering didengari. Perhatikan betul-betul maksud-maksud perkataan do. Perhatikan juga bahawa do mesti berada di pangkal ayat suruhan.

Ahad, 15 Jun 2014

Cara menggunakan kependekan frasa I'M, YOU WEREN'T, HE AIN'T, WASN'T IT, WEREN'T THEY atau sebagainya

Dalam rencana sebelum ini, Teacher Zack telah menerangkan Cara membina ayat menggunakan perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE. Ketahuilah bahawa frasa-frasa I am, you are, he is atau sebagainya seringkali tidak digunakan dalam konteksnya yang penuh tetapi digunakan dalam konteks kependekannya seperti yang dibentangkan di bawah.

Jumaat, 13 Jun 2014

Cara membina ayat menggunakan perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE

Teacher Zack telah menerangkan cara penggunaan perkataan am, are, is, was dan were dalam post sebelum ini yang bertajuk Apa yang anda perlu tahu mengenai perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE. Kini kita akan membina ayat menggunakan perkataan-perkataan ini.

Ayat Penyata

Dalam ayat penyata, frasa I am, you are, he is, they were atau sebagainya boleh berada di permulaan, pertengahan atau penghujung ayat, contohnya:
  1. Mum knows that I am feeling cold. (Ibu tahu yang saya sedang berasa sejuk.)
  2. Call me when you are free. (Telefon saya apabila awak [sedang] bersenang.)
  3. He was here yesterday. (Dia telah berada di sini semalam.)

Rabu, 11 Jun 2014

Apa yang anda perlu tahu mengenai perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE

Teacher Zack telah menerangkan maksud-maksud perkataan am dalam post sebelum ini yang bertajuk Cara menggunakan frasa I AM. Sebenarnya, perkataan is dan are mempunyai maksud yang sama seperti perkataan am. Hanya bentuk dan penggunaannya adalah berlainan seperti berikut:

  • Perkataan am digunakan bersama perkataan I untuk dijadikan frasa I am.
  • Perkataan are digunakan bersama perkataan you, we atau they untuk dijadikan frasa you are, we are atau they are.
  • Perkataan is digunakan bersama perkataan he, she atau it untuk dijadikan frasa he is, she is atau it is.

Selasa, 10 Jun 2014

Cara menggunakan frasa I AM

"Am" ialah perkataan yang digunakan dalam frasa "I am". Kependekkan untuk frasa "I am" ialah I'm. Kedua-dua ayat di bawah memberi maksud yang sama iaitu "Saya ialah menantunya":
  • I am his son-in-law.
  • I'm his son-in-law.
Perkataan "am" boleh memberi berbagai maksud seperti yang diterangkan di bawah.

Isnin, 9 Jun 2014

Cara menggunakan frasa WANT TO

Untuk menyatakan keinginan dalam Bahasa Inggeris anda boleh menggunakan frasa "want to", contohnya "I want to eat. (Saya hendak makan.)". Frasa "want to" boleh juga digunakan untuk pihak kedua dan pihak ketiga seperti berikut:
  1. You want to drink. (Awak hendak minum.)
  2. He wants to bathe. (Dia hendak mandi.)
  3. She wants to pray. (Dia hendak sembahyang.)
  4. It wants to bite. (Ia hendak mengigit.)
  5. We want to come. (Kami hendak datang.)
  6. They want to sleep. (Mereka hendak tidur.)

Khamis, 10 Oktober 2013

7 jenis noun yang anda patut ketahui

1) Proper noun merujuk kepada nama orang, tempat dan benda secara khusus. Ejaan proper noun mesti dimulakan dengan huruf besar, contohnya:
  • Encik Muzafar, Sales Manager, Muz Furniture Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Monday, August, Proton Wira, Melacca.
2) Common noun merujuk kepada orang, tempat atau benda secara umum, contohnya:
  • worker, company, town, music, tennis, cupboard, wind.

Rabu, 9 Oktober 2013

Cara merujuk kepada noun secara umum

Cara merujuk kepada noun secara khusus telah diterangkan di sini. Untuk merujuk kepada noun secara umum, anda boleh menggunakan uncount noun atau plural noun tanpa determiner, contohnya:
  • Too much sugar is bad for your health. (uncount noun = sugar, health) - Terlalu banyak gula tidak elok untuk kesihatan anda.
  • Are women more intelligent than men? (plural noun tanpa determiner = women, men) - Adakah wanita lebih bijak daripada lelaki?

Isnin, 7 Oktober 2013

Cara menggunakan phrase

Dalam Bahasa Inggeris, phrase (frasa) adalah rangkai kata yang tidak mengandungi subject dan predicate. (Rangkai kata yang mengandungi subject dan predicate dipanggil clause). Lihat rangkai kata di bawah:
  1. man the old - tua itu lelaki
  2. the old man - lelaki tua itu
Rangkai kata 1 di atas tidak boleh dipanggil phrase sebab ia tidak mempunyai maksud kenahuan iaitu ia tidak boleh difahami. Rangkai kata 2 boleh dipanggil phrase sebab ia mempunyai maksud kenahuan.

Ahad, 6 Oktober 2013

Cara mengenalpasti object dalam ayat Bahasa Inggeris

Dalam ayat Bahasa Inggeris, verb sering diikuti oleh object yang menyempurnakan maksud verb itu. Sepertimana subject, object juga adalah perkataan (atau frasa) jenis noun atau pronoun. Terdapat dua jenis object iaitu direct object dan indirect object. Lihat ayat berikut:
  • Leiya gave her daughter a box of chocolate. - Leiya telah memberi anak perempuannya sekotak coklat.
Verb dalam ayat di atas adalah perkataan gave. Untuk mengenalpasti jika ayat di atas mengandungi direct object, anda perlu meletakkan whom (siapakah) atau what (apakah) di belakang verb, iaitu Gave whom? (Telah memberi siapa?) atau Gave what? (Telah memberi apa?). Jawapannya adalah direct object ayat itu, iaitu a box of chocolate.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Cara mengenalpasti subject ayat Bahasa Inggeris

Setiap ayat Bahasa Inggeris mengandungi dua bahagian iaitu subject dan predicate. Seperti yang ditunjukkan di bawah, predicate menceritakan sesuatu mengenai subject.
  • Nur runs. - Nur berlari.
  • Nur and Siti run on the beach every evening. - Nur dan Siti berlari di tepi pantai tiap-tiap petang.
Untuk mengenalpasti subject, anda perlu mengasingkan verb dahulu. Verb dalam ayat di atas adalah perkataan run (berlari). Selepas mengasingkan verb, anda perlu meletakkan who (siapakah) atau what (apakah) dihadapan verb itu, iaitu Who run? (Siapakah berlari?) atau What run? (Apakah berlari?). Jawapan kepada soalan ini adalah subject ayat itu, iaitu Nur dan Siti. Perhatikan bahawa verb selalu terkandung dalam predicate.

Jumaat, 4 Oktober 2013

3 jenis conjunction yang anda patut tahu

1) COORDINATING CONJUNCTION menyambung bahagian-bahagian ayat yang kepentingannya setaraf. Terdapat 6 coordinating conjunction iaitu for, and, not, but, of, yet, so (ingat FANBOYS). Contoh ayat:
  1. Give me a pen and paper. - Berikan saya pen dan kertas.
  2. He wants coffee, but I prefer tea. - Dia inginkan kopi, tetapi saya lebih suka teh.
Perhatikan dalam ayat 2 bahawa but menyambung dua independent clause dan comma hendaklah diletakkan sebelum but.

Khamis, 3 Oktober 2013

Cara cepat untuk memahami personal pronoun

Terdapat tiga jenis personal pronoun iaitu:
  1. Subjective personal pronoun (nominative) - I (saya), you (awak), he (dia), she (dia), it (ia), we (kami), you (kamu), they (mereka).
  2. Objective personal pronoun (accusative) - me (saya), you (awak), him (dia/nya), her (dia/nya), it (ia/nya), us (kami), you (kamu), them (mereka).
  3. Possessive personal pronoun (genitive) - mine (milik saya), yours (milik awak), his (milik dia/miliknya), hers (milik dia/miliknya), its (milik ia/miliknya), ours (milik kami), yours (milik kamu), theirs (milik mereka).

Rabu, 2 Oktober 2013

Cara mencantikkan ayat Bahasa Inggeris anda

Lihat ayat Bahasa Inggeris yang membosankan di bawah:
  • Zulaika walks toward her car. - Zulaika berjalan menuju ke keretanya.
Kini lihat ayat yang sama setelah ia dihiasi:
  • Beautiful Zulaika walks gorgeously toward her classy-red car. - Zulaika yang jelita berjalan secara molek menuju ke kereta merahnya yang ada kelas. 
Perkataan-perkataan beautiful, gorgeously dan classy-red dipanggil modifier. Modifier memberi maksud pengubah dan ia digunakan untuk mengubah (memperelokkan) maksud ayat.

Selasa, 1 Oktober 2013

Cara membina ayat Bahasa Inggeris yang menunjukkan sesuatu kedudukan

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. She walks from school. (Dia berjalan dari sekolah.) = kedudukan arah.
  2. Mom called at night. (Ibu menelefon pada waktu malam.) = kedudukan waktu.
  3. Siti sat beside me. (Siti duduk di sebelah saya.) = kedudukan tempat.
  4. We came by car. (Kami datang dengan kereta.) = kedudukan cara.
  5. Oil prices increase by 10%. (Harga minyak naik sebanyak 10%.) = kedudukan jumlah.

Isnin, 30 September 2013

Cara membina ayat yang merujuk kepada sesuatu perkara secara khusus

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Cats are cute. - Kucing adalah comel.
  2. That cat is cute. - Kucing itu comel.
Dalam ayat 1, cats (kucing) dirujuk secara umum. Dalam ayat 2, perkataan that telah menyebabkan cat (kucing) dirujuk secara khusus, iaitu that cat (kucing itu).