Setiap ayat Bahasa Inggeris mengandungi dua bahagian iaitu
subject dan predicate. Seperti yang ditunjukkan di bawah,
predicate menceritakan sesuatu mengenai
subject.
- Nur runs. - Nur berlari.
- Nur and Siti run on the beach every evening. - Nur dan Siti berlari di tepi pantai tiap-tiap petang.
Untuk mengenalpasti subject, anda perlu mengasingkan
verb dahulu. Verb dalam ayat di atas adalah perkataan
run (berlari). Selepas mengasingkan verb, anda perlu meletakkan who (siapakah) atau what (apakah) dihadapan verb itu, iaitu Who run? (Siapakah berlari?) atau What run? (Apakah berlari?). Jawapan kepada soalan ini adalah subject ayat itu, iaitu Nur dan Siti. Perhatikan bahawa verb selalu terkandung dalam predicate.
Lihat ayat berikut:
- [You] Give me some money. - [Awak] Berikan saya sedikit wang.
Verb dalam ayat di atas adalah
give (berikan). Dengan bertanyakan soalan Who give? (Siapakah berikan?) atau What give? (Apakah berikan?), jawapannya adalah subject ayat itu, iaitu perkataan
you (awak) yang tersembunyi.
Lihat pula ayat berikut:
- There are two chairs in this room. - Terdapat (berada) dua kerusi di dalam bilik ini.
Verb dalam ayat di atas adalah perkataan
are (berada). Dengan bertanyakan soalan Who are? (Siapakah berada?) atau What are? (Apakah berada?), jawapannya adalah subject ayat itu, iaitu
two chairs (dua kerusi), bukan perkataan
there.
Kesimpulan: Mengenalpasti subject bukan mudah dan memerlukan banyak latihan. Walaupun begitu, kemahiran dalam mengenalpasti subject adalah penting untuk memahami maksud ayat dengan tepat, menganalisa grammar (nahu) dalam ayat, memperbetulkan struktur ayat, menterjemahkan ayat atau sebagainya.
Penerangan terperinci mengenai verb terdapat dalam ebook
Verb dan Tense.