- Give me a pen and paper. - Berikan saya pen dan kertas.
- He wants coffee, but I prefer tea. - Dia inginkan kopi, tetapi saya lebih suka teh.
2) SUBORDINATING CONJUNCTION menyambung bahagian-bahagian ayat yang kepentingannya tidak setaraf, iaitu subordinate (dependent) clause kepada main (independent) clause. Contoh-contoh subordinating conjunction adalah after, as, because, before, since, when, whether. Contoh ayat:
- I left after he came. - Saya pergi selepas dia datang.
- Before we slept, it started raining. - Sebelum kami tidur, ia telah mula hujan.
Perhatikan bahawa subordinating conjunction terkandung dalam subordinate clause. Perhatikan juga cara comma digunakan dalam ayat 2.
3) CORRELATIVE CONJUNCTION adalah conjunction yang berpasangan, contohnya both...and, either...or, neither...nor. Contoh ayat:
- Please ask both Ali and Ramli to see me. - Sila suruh kedua-dua Ali dan Ramli berjumpa saya.
- You can drive either my car or dad's car. - Awak boleh pandu sama ada kereta saya atau kereta ayah.
Penerangan mengenai conjunction terdapat juga dalam ebook Sinaran Kata.