Isnin, 31 Disember 2012

Pelajarilah perkataan I

Pada dasarnya I adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud saya. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan I:
  1. Nominative, I saya:
    1. I am Teacher Zack. Saya adalah Teacher Zack.
    2. The script writer and I are good friends. Penulis script itu dan saya adalah kawan baik.
  2. Objective, me saya:
    1. The postman did not give me any form to sign. Posmen itu tidak memberi saya apa-apa borang untuk ditandatangani.
    2. Did you called me just a moment ago? Adakah awak menelefon saya sebentar tadi?
  3. Possessive
    1. Pronoun, mine milik saya:
      1. Haha, the world is now mine! Haha, kini dunia adalah milik saya!
      2. How I wish that BMW car is mine. Alangkah baiknya jika kereta BMW itu adalah milik saya.
    2. Adjectivemy (milik) saya:
      1. Would you like to come to my birthday party? Sudikah awak datang ke majlis ulang tahun saya?
      2. Thank you for being my Facebook friend. Terima kasih kerana menjadi kawan Facebook saya.
  4. Plural nominative, we kami:
    1. We are here to help the poor. Kami berada di sini untuk menolong orang-orang miskin.
    2. Can we wait here for a while? Bolehkah kami menunggu di sini sebentar?
  5. Plural objective, us kami:
    1. Don't call us, we'll call you. Jangan menelefon kami, kami akan menelefon kamu.
    2. That conman lied to us! Penipu itu telah menipu kami!
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, ours (milik) kami:
      1. Those jewelleries are ours. Barang-barang kemas itu adalah milik kami.
      2. Ours are blue in color while yours are green. Milik kami berwarna biru manakala milik kamu berwarna hijau.
    2. Adjective, our (milik) kami:
      1. There are more break-in cases in our area. Terdapat lebih kes kejadian pecah rumah di kawasan kami.
      2. Our people dislike violence. Rakyat kami tidak menyukai keganasan.

Ahad, 30 Disember 2012

Maksud perkataan It

Berikut adalah maksud-maksud perkataan it sebagai pronoun:
  1. merujuk kepada kebendaan:
    1. Please wash the car until it is clean. Sila cuci kereta itu sehingga ia bersih.
    2. Don't touch the wall because its paint is still wet. Jangan sentuh dinding itu sebab catnya masih basah.
  2. merujuk kepada keadaan:
    1. The darkness there makes me afraid of it. Kegelapan di sana membuat saya menakutinya.
    2. Move along because it is not safe to be here. Teruskan bergerak sebab ia tidak selamat untuk berada di sini.
  3. merujuk kepada manusia yang belum diketahui:
    1. Was it a man? Adakah ia seorang lelaki?
    2. It doesn't look like a human but like a bear. Ia tidak kelihatan seperti manusia tetapi seperti seekor beruang.
  4. merujuk kepada haiwan:
    1. No, it was a cat. Tidak, ia seekor kucing.
    2. Have you seen my hamster because it was here just now. Adakah awak nampak tikus belanda saya sebab ia berada di sini baru tadi.
  5. merujuk kepada keadaan yang kritikal: 
    1. This is it, our basketball team is losing this game. Inilah dia (atau habislah), pasukan bola keranjang kita sedang mengalami kekalahan pada pertandingan ini. 
    2. Thats it, I don't want to go swimming in that lake anymore. Itu dia (atau sudahlah), saya tidak mahu pergi berenang di dalam tasik itu lagi.
  6. merujuk kepada yang terbaik: 
    1. The clown thinks he is it. Badut itu menyangka dia adalah ia (yang terbaik)
    2. Only just now the high jump runner-up thought she was it. Baru tadi naib johan acara lompat tinggi itu menyangka dialah ia (pemenang pertama).
  7. menjadi subjek kepada impersonal verb iaitu perkataan it merujuk kepada sesuatu secara tidak jelas: 
    1. It rains. Ia hujan.
    2. It is snowing. Ia sedang salji.
    3. It is six o'clock. Ia jam enam.
    4. It seems logic. Ia nampaknya logik.

Sabtu, 29 Disember 2012

Bentuk perkataan It

Pada dasarnya it adalah perkataan jenis pronoun. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan it:
  1. Nominative, it ia:
    1. You have a beautiful home and it looks very spacious. Awak mempunyai rumah yang cantik dan ia kelihatan sungguh lapang.
    2. I have a cat and it is a Persian cat. Saya ada seekor kucing dan ia adalah kucing Parsi.
  2. Objective, it nya
    1. The kancil tried to run but the phyton killed it. Kancil itu telah cuba melarikan diri tetapi ular sawa itu telah membunuhnya.
    2. The table broke when I tried to sit on it. Meja itu pecah apabila saya telah cuba duduk di atasnya.
  3. Possessive, its (milik)nya:
    1. A shark is dangerous because its teeth are very sharp. Seekor jerung adalah merbahaya kerana giginya amat tajam.
    2. My TV isn't functioning since its antenna broke last week. TV saya tidak berfungsi sejak antenanya patah minggu lepas.
  4. Plural nominative, they mereka
    1. Where are your books? Are they on the shelf? Dimanakah buku-buku awak? Adakah mereka di atas rak?
    2. The cats are hungry and they are making a lot of noise. Kucing-kucing sedang lapar dan mereka sedang membuat bising.
  5. Plural objective, them mereka
    1. Those shirts look nice and Teacher Zack likes them. Kemeja-kemeja itu kelihatan cantik dan Teacher Zack menyukai mereka.
    2. The gifts are here so please wrap them. Hadiah-hadiah sudah berada di sini maka sila membaluti mereka.
  6. Plural possessive, their (milik) mereka
    1. Stay away from those bees. Their sting really hurt. Jauhi diri dari lebah-lebah itu. Sengatan mereka benar-benar menyakitkan.
    2. Here are the mangoes. Can you please peel their skin? Ini adalah manga-manga itu. Bolehkah awak mengupas kulit mereka?

Jumaat, 28 Disember 2012

Fahamilah perkataan To

Berikut adalah maksud-maksud perkataan to sebagai preposition:
  1. ke suatu tempat: My parents came to my house yesterday. Ibubapa saya telah datang ke rumah saya semalam.
  2. ke arah pandangan: The bear turned to Teacher Zack. Beruang itu telah memusing ke arah Teacher Zack.
  3. ke arah suatu keadaan: This country is on its way to economic disaster. Negara ini sedang ke arah keruntuhan ekonomi.
  4. had atau batasan: That baby elephant grew to 4 feet in height. Anak gajah itu membesar ke 4 kaki didalam ketinggian.
  5. sentuhan, bertemu, hampir: That was a left uppercut to the jaw. Itu adalah tumbuk sungkit kiri ke rahang.
  6. sehingga: I work nine to five. Saya bekerja sembilan ke (sehingga) lima.
  7. sebelum: The time now is fifteen minutes to seven. Waktu sekarang adalah limabelas minit ke (sebelum) tujuh.
  8. tujuan, matlamat, niat: All the staff went out to lunch. Semua kakitangan keluar untuk makan tengahari.
  9. destinasi atau pengakhiran: The villain is sentenced to jail for life. Penyangak itu dihukum (ke) penjara seumur hidup.
  10. dihadapan: I saw Teacher Zack stood face to face with Bigfoot. Saya ternampak Teacher Zack berdiri dihadapan Bigfoot.
  11. berkaitan atau berkenaan: That girl is waiting for a reply to her letter from her father. Kanak-kanak perempuan itu sedang menunggu jawapan kepada suratnya daripada bapanya.
  12. digunakan sebelum verb kata kerja untuk menunjukkan hal infinitive infinitif:
    1. The cleaner came to work on Sunday. Tukang cuci telah datang untuk bekerja pada hari Ahad.
    2. Do you want to go with me? Adakah awak ingin pergi dengan saya?
    3. I want to eat. Saya nak makan?
    4. A Korean actor wants to marry me. Seorang pelakon Korea ingin berkahwin dengan saya.

Khamis, 27 Disember 2012

Ketahuilah bentuk perkataan Elephant

Berikut adalah bentuk-bentuk serta maksud-maksud perkataan elephant sebagai noun:
  1. elephant: An elephant prefer to stay near water. Seekor gajah lebih suka tinggal dekat dengan air.
  2. bull: The weight of an African bull can be as much as 7,000 kg. Berat seekor gajah jantan Afrika boleh mencecah 7,000 kg.
  3. cow: That cow is looking at Teacher Zack. Gajah betina itu sedang memandang Teacher Zack.
  4. elephants: Elephants are herbivores. Gajah-gajah adalah binatang herbivor.
  5. bulls: Bulls leave their family groups when they reach puberty. Gajah-gajah jantan meninggalkan kumpulan keluarganya apabila sudah baligh. 
  6. cows: Cows tend to live in family groups. Gajah-gajah betina lebih cenderung tinggal didalam kumpulan keluarga.
  7. elephant's: An elephant's ear is also used to reduce it's body heat. Telinga (milik) seekor gajah juga digunakan untuk mengurangkan haba badannya.
  8. bull's: A bull's tusk is usually thicker than a cow's tusk. Gading (milik) seekor gajah jantan adalah biasanya lebih tebal daripada gading (milik) seekor gajah betina.
  9. cow's: A cow's body is usually smaller. Badan (milik) seekor gajah betina adalah biasanya lebih kecil.
  10. elephants': Elephants' trunks are boneless. Belalai (milik) gajah-gajah tidak mempunyai tulang.
  11. bulls': African bulls' heights are about 4 metres. Ketinggian (milik) gajah-gajah jantan Afrika adalah didalam linkungan 4 meter.
  12. cows': Asian cows' tusks are usually small. Gading (milik) gajah-gajah betina Asia adalah biasanya kecil.

Rabu, 26 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Lion

Di bawah adalah bentuk-bentuk serta maksud-maksud perkataan lion sebagai noun. Perhatikan bahawa bentuk-bentuk lion, lions, lion's dan lions' boleh merujuk kepada maksud singa secara umum (common noun) atau pun singa jantan (masculine noun).
  1. lion:
    1. A lion is ferocious. Seekor singa adalah ganas.
    2. This lion is tame. Singa jantan ini adalah jinak.
  2. lioness: A lioness is a good hunter. Seekor singa betina adalah pemburu yang baik.
  3. lions: 
    1. Beware! Lions like to wander in that area. Awas! Singa-singa suka berkeliaran di kawasan itu.
    2. Lions have very loud roar. Singa-singa jantan mempunyai ngauman yang kuat.
  4. lionesses: Lionesses are more caring towards their young. Singa-singa betina adalah lebih prihatin terhadap anak-anaknya.
  5. lion's: 
    1. A single swipe of a lion's paw can kill. Hanya suatu pukulan oleh tapak anggota (milik) seekor singa boleh membunuh.
    2. Teacher Zack's hair looks neater than the lion's mane. Rambut Teacher Zack kelihatan lebih kemas daripada surai (milik) singa jantan itu.
  6. lioness's: That lioness's body is too thin. Badan (milik) singa betina itu terlalu kurus.
  7. lions':
    1. Lions' life span can reach up to 14 years. Jangka hayat (milik) singa-singa boleh mencecah 14 tahun.
    2. Lions' manes make them look larger. Surai (milik) singa-singa jantan membuat mereka kelihatan lebih besar.
  8. lionesses': The lionesses' catch is a young zebra. Tangkapan (milik) singa-singa betina itu adalah seekor kuda belang kecil.

Selasa, 25 Disember 2012

Jom belajar perkataan Bird

Bird adalah perkataan jenis noun yang pada dasarnya memberi maksud burung. Berikut adalah bentuk-bentuk dan maksud-maksud perkataan bird:
  1. bird: This is a bird. Ini seekor burung.
  2. cock: That cock is beautiful. Burung jantan itu cantik.
  3. hen: I nurture a hen at home. Saya membela seekor burung betina di rumah.
  4. birds: Every morning the birds sing English songs to Teacher Zack. Setiap pagi burung-burung itu menyanyikan lagu Inggeris kepada Teacher Zack.
  5. cocks: These cocks only mate during the winter. Burung-burung jantan ini mengawan hanya dimusim sejuk.
  6. hens: The hens are leaving this area. Burung-burung betina itu sedang meninggalkan kawasan ini.
  7. bird's: That bird's nest is high up a hill. Sarang (milik) burung itu terletak tinggi di atas bukit.
  8. cock's: I keep this cock's feather as a souvenir. Saya menyimpan bulu (milik) burung jantan ini sebagai cenderemata.
  9. hen's: A hen's feather is usually less colourful. Bulu (milik) burung betina biasanya kurang berwarna.
  10. birds': Those birds' wings are large. Sayap (milik) burung-burung itu adalah besar.
  11. cocks': These cocks' nests need to be protected. Sarang (milik) burung-burung jantan ini perlu dilindungi.
  12. hens': Did you get to see those beautiful hens' eyes? Adakah awak dapat melihat mata cantik (milik) burung-burung betina itu?

Isnin, 24 Disember 2012

Perkataan Cook sebagai noun, adjective dan phrasal verb

Perkataan cook sebagai noun
Apabila perkataan cook digunakan sebagai noun ia memberi maksud:
  1. tukang masak: Teacher Zack is not a good cook. Teacher Zack bukan seorang tukang masak yang baik.
Perkataan cook sebagai adjective
Perkataan cook boleh juga digunakan sebagai adjective. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan cook sebagai adjective serta maksud-maksud penggunaannya di dalam ayat:
  1. cookable memberi maksud boleh dimasak: These pineapples are still cookable. Nanas-nanas ini masih boleh dimasak.
  2. uncookable bermaksud tidak boleh dimasak: Those vegetables are uncookable. Sayur-sayuran itu tidak boleh dimasak.
  3. cookless memberi maksud tidak dapat memasak: Where is the chef? I am cookless without him. Dimanakah ketua tukang masak? Saya tidak dapat memasak tanpa dia.
Perkataan cook sebagai phrasal verb
Phrasal verb yang menggunakan perkataan cook adalah cook up dan ia memberi maksud mengada-adakan, memalsukan atau mereka-reka:
  1. That mischievous student always cook up excuses when arriving late at school. Murid yang nakal itu selalu mengada-adakan alasan apabila lewat tiba di sekolah.

Ahad, 23 Disember 2012

Perkataan cook sebagai intransitive verb

Berikut adalah maksud-maksud perkataan cook sebagai intransitive verb:
  1. memasak: 
    1. The chef is cooking. Ketua tukang masak sedang memasak.
    2. My husband cooks quite well. Suami saya memasak dengan baik.
    3. I like to cook. Saya suka memasak.
  2. slang
    1. berlaku: What's cooking in town? Apa yang sedang berlaku di bandar?
    2. dipenuhi aktiviti dan keriangan: Kuala Lumpur cooks around the clock during New Year celebrations. Kuala Lumpur dipenuhi aktiviti dan keriangan sepanjang malam semasa perayaan Tahun Baru.
    3. melakukan sesuatu dengan hebat: The new artist really cooked last night. Artis baru itu benar-benar hebat semalam.
    4. didalam persediaan atau berlarutan: This project's proposal has been cooking for a year. Cadangan projek ini sudah berlarutan selama setahun.
Keterangan mengenai intransitive verb terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Sabtu, 22 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Cook

Cook adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to cook, cook, cooked, cooking dan cooks. Berikut adalah maksud-maksud perkataan cook sebagai transitive verb:
  1. memasak (makanan): 
    1. Today Teacher Zack wants to cook gulai ayam. Hari ini Teacher Zack nak masak gulai ayam.
    2. Let me cook it for you. Izinkan saya memasakkannya untuk awak.
  2. memanaskan (sesuatu): 
    1. The laboratory assistant is cooking the chemical solution to harden it. Pembantu makmal sedang memanaskan larutan kimia untuk mengeraskannya.
    2. The witch-doctor cooks the medicinal herbs. Bomoh memasak herba perubatan itu.
  3. slang. mengubah atau memalsukan maklumat: 
    1. The accountant cooked the firm's books. Akauntan itu telah memalsukan buku-buku syarikat.
Keterangan lanjut mengenai regular verb dan transitive verb terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Jumaat, 21 Disember 2012

Lain-lain penggunaan perkataan Wake

Pada rencana yang sebelum ini Teacher Zack telah menerangkan mengenai perkataan wake sebagai verb. Ketahuilah bahawa perkataan wake boleh juga digunakan sebagai noun. Berikut adalah maksud-maksud perkataan wake sebagai noun:
  1. olak atau gelombang yang ditinggalkan oleh sesuatu yang bergerak:
    1. The wake of the speedboat caused the canoe to capsize. Olak buri yang ditinggalkan oleh bot laju itu telah menyebabkan kanu itu terbalik.
    2. Do you know that a jet leaves behind a strong wake? Tahukah anda bahawa sebuah pesawat jet meninggalkan gelombang yang kuat?
  2. akibat yang ditinggalkan, laluan, berikutan:
    1. The tornado left a massive destruction in its wake. Puting beliung itu meninggalkan kemusnahan yang besar pada laluannya.
    2. The war left a famine in its wake. Peperangan itu meninggalkan kebuluran berikutannya.
Terdapat juga idiom yang menggunakan perkataan wake iaitu in the wake of yang memberi maksud ekoran daripada atau berikutan kebangkitan:
  1. A quarrel followed in the wake of the misunderstanding. Suatu perkelahian berlaku ekoran daripada perselisihan itu.
  2. The people are happier in the wake of the new SKK party. Rakyat lebih gembira berikutan kebangkitan parti SKK baru itu.

Khamis, 20 Disember 2012

Jom belajar perkataan Wake

Pada dasarnya wake adalah perkataan jenis verb. Perkataan wake mempunyai bentuk-bentuk dari dua jenis verb iaitu irregular verb dan regular verb seperti berikut:

irregular verb   regular verb   
to wake
wake
woke
woken
waking
wakes 
to wake
wake
waked
waked
waking
wakes

Bentuk woke dan waked mempunyai maksud yang sama menurut penggunaannya di dalam ayat. Bentuk woken dan waked juga mempunyai maksud yang sama menurut penggunaannya di dalam ayat. Kita boleh menggunakan yang mana kita suka. Jom kita lihat maksud-maksud perkataan wake sebagai verb:
  1. bangun dari tidur: 
    1. I don't like to wake up in the morning during weekends. Saya tidak suka untuk bangun pagi pada hujung minggu. (Tak solat subuh la tu.)
    2. The garderner had woken up last night but he went to sleep again. Tukang kebun itu telah pun bangun malam tadi tetapi dia masuk tidur semula.
  2. bangun atau sedar dari berkhayal atau bermimpi:
    1. Stop dreaming, wake up and finish your essay now! Berhenti berkhayal, bangun dan habiskan esei anda sekarang!
    2. The young girl smiled after waking up from her pensive mood. Gadis muda itu tersenyum setelah dia bangun dari termenung.
  3. menyedari sesuatu keadaan, biasanya secara tiba-tiba atau secara mengejutkan:   
    1. The adventurers suddenly woke to the dangers they were in. Pengembara-pengembara itu tiba-tiba menyedari bahaya yang mereka menghadapi.
    2. Without warning the diver wakes to the presence of a Great White shark. Tanpa amaran penyelam itu menyedari kehadiran seekor Jerung Putih.
  4. berada didalam keadaan yang sedar, biasanya secara berpanjangan:
    1. He said that whether he wakes or sleep, he always think of me. Dia telah berkata bahawa tidak mengira dia sedar atau tidur, dia sentiasa memikirkan saya. (Rasanya dia benar-benar nak kat awak ni.)
    2. I am waking myself up by listening to this Rock music. Saya sedang menyedarkan diri dengan mendengar muzik Rock ini. (Mudah-mudahan kalau mendengar Al-Quran akan lebih sedar lagi.)
Berikut adalah contoh-contoh ayat dimana perkataan wake digunakan secara passive pasif iaitu woken by atau waked by yang memberi maksud dikejutkan oleh, dibangunkan oleh, disedarkan oleh, atau sebagainya:
  1. The street begger who was sleeping was waked by the authorities. Pengemis jalanan yang sedang tidur itu telah dibangunkan oleh pihak berkuasa.
  2. My son-in-law was woken by a loud noise outside the house. Menantu lelaki saya telah dikejutkan oleh bunyi yang kuat di luar rumah.
Keterangan lanjut mengenai bentuk-bentuk regular verb dan irregular verb serta penggunaan verb secara aktif atau pasif terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Rabu, 19 Disember 2012

Lain-lain penggunaan perkataan Late

Pada rencana-rencana sebelum ini Teacher Zack telah menerangkan mengenai perkataan late sebagai adjective dan juga mengenai perkataan late sebagai adverb. Terdapat beberapa lagi penggunaan perkataan late seperti yang diterangkan di bawah.

Perkataan lateness
Ketahuilah bahawa perkataan late boleh juga digunakan sebagai noun. Bentuk perkataan late sebagai noun adalah lateness. Berikut adalah maksud-maksud perkataan lateness:
  1. kelambatan: You lateness has caused a delay in our show. Kelambatan awak telah menyebabkan kelewatan di dalam pertunjukan kami.
  2. penghujung waktu, lewat petang atau larut malam: Visitors kept coming despite the lateness of the hour. Pengunjung datang berterusan walaupun sudah lewat petang.
Perkataan lately
Terdapat juga perkataan jenis adverb iaitu lately. Walaupun lately adalah perkataan yang tersendiri tetapi ia mempunyai kaitan dengan perkataan late. Ini adalah kerana perkataan lately dan idiom of late (lihat di bawah) memberi maksud yang sama iaitu sejak kebelakangan ini atau baru-baru ini. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan lately:
  1. Lately Teacher Zack has put on a little weight. Baru-baru ini Teacher Zack telah bertambah berat badannya. (Biasanya kurus so sekarang dah naik badan hensem lah sikit kot.)
  2. Are you going to London? I was there lately. Adakah awak nak ke London? Saya berada di sana baru-baru ini.
Idiom of late
Perkataan late terdapat juga di dalam idiom of late. Seperti yang dinayatakan di atas, idiom of late dan perkataan lately memberi maksud yang sama iaitu sejak kebelakangan ini atau baru-baru ini. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan idiom of late:
  1. Of late the boss has been moody. Sejak kebelakangan ini bos selalu di dalam keadaan angin tak baik.
  2. I don't know why but he seldom calls me of late. Saya tidak tahu kenapa tetapi dia jarang menelefon saya sejak kebelakangan ini. (Rasanya dia dah tak nak lagi tak?)

Selasa, 18 Disember 2012

Perkataan Late sebagai adverb

Sebelum ni Teacher Zack telah menerangkan mengenai perkataan late sebagai adjective. Kini kita lihat maksud-maksud serta cara penggunaan perkataan late sebagai adverb pula seperti berikut:
  1. selepas waktu yang sepatutnya, atau suatu kelewatan: Don't make it a habit to arrive late at your workplace. Jangan menjadikannya suatu tabiat untuk lewat tiba di tempat kerja.
  2. sehingga waktu yang terlebih dari yang sepatutnya, sering dilarut malam: I wonder why my husband often work late in office. Saya hairan kenapa suami saya sering bekerja lambat di pejabat. (Maklumlah, dia sibuk kan...)
  3. pada waktu, peringkat atau tempoh yang tertangguh: These flowers blossom late in cold climates. Bunga-bunga ini lewat menguntum pada cuaca sejuk.
  4. selewat: As late as last month the circus is still in town. Selewat bulan lepas sarkas itu masih berada di bandar ini.
  5. baru-baru ini tetapi tidak lagi: The popular newsreader is late of Kuala Lumpur, now living in Terengganu. Pembaca berita yang terkenal itu baru-baru ini di Kuala Lumpur, kini tinggal di Terengganu.
Harap maklum bahawa sebagaimana adjective, perkataan late yang digunakan sebagai adverb juga mempunyai bentuk-bentuk late lambat, later lebih lambat dan latest paling lambat contohnya:
  1. He arrived late. Dia tiba lambat.
  2. He arrived later than me. Dia tiba lebih lambat dari saya.
  3. He arrived the latest. Dia tiba paling lambat.

Isnin, 17 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Late

Late adalah perkataan jenis adjective yang mempunyai 3 bentuk iaitu late lambatlater lebih lambat dan latest paling lambat. Berikut adalah maksud-maksud serta cara penggunaan perkataan late sebagai adjective:
  1. berlaku sejurus selepas waktu yang sepatutnya:
    1. I am late for work. Saya lambat untuk bekerja.
    2. You are later than me. Awak lebih lambat dari saya.
    3. Hisham is the latestHisham adalah yang paling lambat.
  2. berlaku secara bersambungan ke waktu yang lanjut: I am not going out for lunch now because I had a late breakfast this morning. Saya tidak mahu keluar untuk makan tengahari sekarang sebab saya telah makan sarapan lambat pagi ini.
  3. berlaku di penghujung hari atau larut malam: There is a late action movie on TV tonight. Terdapat suatu penayangan filem aksi larut malam di TV malam ini.
  4. terkini:
    1. "...and now this is the late News Bulletin read by Zack Bruno". "...dan sekarang inilah Berita Ringkas terkini dibaca oleh Zack Bruno".
    2. Wow, she's wearing the latest fashion coat. Wah, dia sedang memakai kot fesyen terkini.
  5. yang baru menggantikan yang terkini: The late Attorney General went for a holiday in England. Peguam Negara yang baru digantikan oleh yang terkini telah pergi bercuti di England.
  6. baru meninggal dunia: The late professor was a humble man. Mendiang profesor adalah seorang yang merendah diri.
  7. berlaku pada masa yang lanjut didalam hidup: My marriage is considered a late marriage. Pernikahan saya dikira suatu pernikahan yang sudah lambat. (Takpelah, dah jodoh kan...)

Ahad, 16 Disember 2012

Perkataan In di dalam idiom

Seperti yang tersenarai di bawah, perkataan in terdapat di dalam beberapa idiom contohnya in at, in between atau in for. Walau bagaimana pun bukan semua ahli-ahli bahasa menganggapnya sebagai idiom. Ada yang berpendapat bahawa sebahagian darinya, contohnya in between, bukan idiom manakala yang lain pula, contohnya in for atau in at, dianggap sebagai idiom. Bagi Teacher Zack, hmm entahlah, tapi demi membakukannya Teacher Zack lebih suka menganggap kesemuanya sebagai idiom sebab nak ingat pun senang, agaknya lah tu.

Apa pun yang pasti adalah bahawa semua frasa-frasa yang tersenarai di bawah adalah sebenarnya perkataan in yang digunakan sebagai adverb. Dengan itu maka jom kita bincang mengenai idiom-idiom ini:
  1. in at memberi maksud berada pada (permulaan, pertengahan, akhir, atau sebagainya): The famous writer is in at the middle of his new thriller novel titled 'To Kill Only For Joy'. Penulis terkenal itu sedang berada pada pertengahan novel seramnya yang bertajuk 'Untuk Membunuh Hanya Demi Ria'.
  2. in between memberi maksud diantara: That crazy guy is swimming in between two huge crocodiles! Orang yang tak betul tu sedang berenang diantara dua ekor buaya besar! (Dah buang tabiat orang ni.)
  3. in for memberi maksud mengalami sesuatu situasi terutamanya yang tidak selesa: Please don't let her see her son at the accident location otherwise she will be in for a shock. Harap jangan benarkan dia melihat anaknya di lokasi kemalangan itu sebab nanti dia akan terkejut.
  4. in on memberi maksud sudah mengetahui atau berkongsi pengetahuan: That swindler is in on all his mean friend's plans. Penipu itu sudah mengetahui semua rancangan kawannya yang jahat itu.
  5. in with memberi maksud bersekutu, bersetujubersama atau berserta: The right-wing supporters is in with the government's decision on declaring a war. Penyokong sayap kanan itu menyetujui keputusan kerajaan atas pengisytiharaan perang.

Sabtu, 15 Disember 2012

Perkataan In sebagai adjective

Sebelum ini Teacher Zack telah menerangkan cara menggunakan perkataan in sebagai preposition dan juga perkataan in sebagai adverb. Kini Teacher Zack nak cerita pula cara penggunaan perkataan in sebagai adjective. Ingat ye, adjective selalu diikuti oleh noun. Berikut adalah maksud-maksud perkataan in sebagai adjective:
  1. fesyen terkini: The in thing teenagers wear these days is black T-shirt and jeans. Fesyen terkini pakaian remaja-remaja di masa ini adalah kemeja-T hitam dan seluar jeans.
  2. berkuasa, terunggul, terhebat, terkenal: The Prime Minister himself is a member of the in party. Perdana Menteri sendiri adalah ahli parti yang berkuasa itu.
  3. menuju ke arah dalaman: Due to congestion the commuter had to take the in train to work today. Disebabkan kesesakan pengulang-alik itu terpaksa mengambil keretapi yang menuju ke arah dalaman untuk ke tempat kerja hari ini.
  4. berkaitan terhadap suatu badan eksklusif: What you have done was not in reference to the corporate image of this company. Apa yang awak telah lakukan bukan suatu kepatuhan terhadap imej korporat syarikat ini.
  5. lokasi atau terdapat di dalam sesuatu: You should keep the in part of your computer clean to prevent overheating. Anda patut memastikan bahagian dalaman komputer anda bersih untuk mengelakkan dari pemanasan lampau.

Jumaat, 14 Disember 2012

Perkataan In sebagai adverb

Selain menggunakan perkataan in sebagai preposition, perkataan in boleh juga digunakan sebagai adverb. Ingat ye, adverb boleh digunakan untuk mengubah maksud verb, adjective, atau lain-lain. Berikut adalah maksud-maksud dan penggunaan perkataan in sebagai adverb:
  1. ke arah atau ke dalam lokasi: The hunter opened the kitchen door and stepped in. Pemburu itu telah membuka pintu dapur dan telah melangkah ke dalam.
  2. ke arah matlamat: As soon as the bomb explodes the Israeli soldiers close in the Muslim militants. Sebaik sahaja bom itu meledak askar-askar Israel mengepung militan-militan Islam itu.
  3. berada di dalam: I was in before anyone else. Saya berada di dalam sebelum sesiapa.
  4. tersedia, ada: How can we proceed with this meeting when all the information is not in yet? Bagaimanakah kita boleh meneruskan mesyuarat ini jika semua maklumat masih belum tersedia?
  5. termasuk atau dimasukkan: Don't worry Sir, your petai is in your nasi lemak. Jangan bimbang Tuan, petai anda sudah dimasukkan di dalam nasi lemak anda. (Best gilerr sarapan macam ni..)
  6. menduduki suatu kedudukan atau berpihak: Everyone likes InfoInggeris and many more fans have joined in. Semua orang sukakan InfoInggreris dan ramai lagi peminat menyertainya. (Teacher Zack sedang bermimpi nih...)
  7. di dalam suatu perhubungan: I got in bad with the boss today. Saya tidak (berada di dalam perhubungan yang) baik dengan bos hari ini.

Khamis, 13 Disember 2012

Jom belajar perkataan In

Pada dasarnya perkataan in adalah perkataan jenis preposition. Perkataan in boleh memberi maksud:
  1. di dalam sesuatu bahagian atau kawasan yang terhad: The boxer was hit in the left rib. Petinju itu telah ditumbuk dibahagian rusuk kiri.
  2. ke dalam atau di dalam sesuatu tempat: That airline passanger hid the CD in her pocket. Penumpang pesawat itu menyorokkan CD itu ke dalam sakunya.
  3. situasi atau keadaan: The woman is in love. Wanita itu sedang dialami cinta (atau bercinta).
  4. secara: I paid in cash. Saya telah membayar secara tunai.
  5. diperbuat dari atau diperbuat di: InfoInggeris is made in Malaysia: InfoInggeris diperbuat di Malaysia.
  6. rujukan: 
    1. Teacher Zack is 5 feet 7 inches in height. Teacher Zack adalah 5 kaki 7 inci didalam ketinggian. (Betul ke tu?)
    2. Have faith in Islam. Berimanlah didalam Islam.
  7. perkadaran: Only one in eleven trainees succeded. Hanya seorang didalam sebelas pelatih telah berjaya.
  8. memiliki perkerjaan, fungsi atau aktiviti: A life in entertainment can be quite hectic. Hidup didalam penghiburan boleh menjadi amat sibuk.
  9. didalam aksi atau proses: The gold medalist tripped and fell in dashing for the finish line. Pemegang pingat emas itu tersungkur lalu terjatuh didalam lariannya ke garisan penamat.
  10. dengan cara atau gaya: Teacher Zack can sing any song in such romantic melody. Teacher Zack boleh menyanyikan apa-apa lagu dengan gaya melodi yang sungguh romantis. (Tak tipu ni tau...)
  11. ciri-ciri atau sifat: The clown looks like a thin man in over-sized hat. Badut itu kelihatan seperti orang kurus yang bertopi terlalu besar.
  12. tujuan atau matlamat: The U.S special forces followed in pursuit the Talibans. Tentera khas Amerika mengikuti didalam pemburuan pihak Taliban itu.

Rabu, 12 Disember 2012

Mengenali article A

Huruf kecil untuk huruf A adalah a. Walaupun a adalah suatu huruf di dalam Bahasa Inggeris ia juga adalah suatu perkataan. Pada dasarnya a adalah perkataan jenis indefinite article. Selain itu perkataan a boleh juga digunakan sebagai noun. Jom kita mempelajari mengenai huruf atau perkataan a.

Perkataan a sebagai indefinite article
Apabila perkataan a digunakan sebagai indefinite article ia juga dipanggil determiner penunjuk. Sebagai determiner jika perkataan a diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ia memberi maksud se iaitu seperti yang terdapat di dalam perkataan seorang, seutas, seekor, atau sebagainya. Berikut adalah cara penggunaan perkataan a sebagai determiner:
  1. digunakan untuk merujuk secara umum kepada singular noun kata nama tunggal:
    1. Are you a boy or a girl? Adakah awak seorang lelaki atau seorang perempuan?
    2. A raise in salary is all you need. Suatu kenaikan gaji adalah apa yang awak perlukan. (Walaupun raise in salary kenaikan gaji bukan suatu perkataan tetapi adalah suatu frasa, pada keseluruhannya ia juga adalah jenis singular noun kata nama tunggal.)
  2. digunakan sebelum proper noun kata nama khas untuk menunjukkan seolah-olahnya mempunyai kebolehan seperti orang (kata nama khas) yang dirujuk itu:
    1. I am a Superman! Saya adalah seorang Superman!
    2. A Hang Jebat is what he wants to be. Seorang Hang Jebat adalah apa yang dia ingin jadi.
  3. digunakan sebelum perkataan yang memberi gambaran ukuran kepada noun kata nama:
    1. a box of chocolate. sekotak coklat.
    2. a cup of coffee. secawan kopi.
    3. a group of friends. sekumpulan kawan-kawan.
    4. a piece of paper. sekeping kertas.
  4. digunakan diantara perkataan-perkataan yang memberi gambaran ukuran waktu:
    1. four times a day. empat kali sehari.
    2. twice a week. dua kali seminggu.
    3. once a year. sekali setahun.
Perkataan a sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan a ditulis sebagai a's dan untuk huruf besar ditulis sebagai A's. Sebagai noun perkataan a boleh memberi maksud:
  1. perkataan pertama di dalam Bahasa Inggeris: Do you know that the first alphabet in English language is ATahukah anda bahawa huruf pertama di dalam Bahasa Inggeris adalah A?
  2. menunjukkan kedudukan atau gred: Wow, my son got 7 A's for his SPM! Wah, anak lelaki saya telah mendapat 7 A untuk SPM!
  3. not muzik: Did you press a C or an A on the piano? Adakah awak menekan C atau A pada piano itu?
  4. jenis darah: Teacher Zack's blood type is A+. Jenis darah Teacher Zack adalah A+. (Tak ingin pun orang nak tahu..)

Selasa, 11 Disember 2012

Fahamilah perkataan And

And adalah perkataan jenis conjunction yang boleh memberi beberapa maksud seperti berikut:
  1. dan: Ahmad and me are good friends. Ahmad dan saya adalah kawan baik.
  2. maka: The footballer fell down and cut his knee. Pemain bolasepak itu terjatuh maka lututnya terluka.
  3. kemudian: We paid the doorman and he allowed us in. Kami membayar penjaga pintu itu kemudian dia membenarkan kami masuk.
  4. tambah: Two and two equals four. Dua tambah dua sama dengan empat.
  5. memberi tekanan kepada maksud secara menyambung perkataan yang sama: 
    1. The boys ran and ran without looking back. Budak-budak itu lari dan lari tanpa memandang ke belakang.
    2. It rained and rained until dawn. Ia hujan dan hujan sehingga subuh.
  6. menggantikan perkataan lah dan sering digunakan dengan perkataan come mari, go pergi, see lihat dan sebagainya:
    1. Come and be with me. Marilah bersama saya.
    2. Try and see this if you don't believe me. Cubalah lihat ini jika awak tidak mempercayai saya.
    3. Go and follow him. Pergilah mengikuti dia.
Perkataan and terdapat juga di dalam idiom and so forth yang memberi maksud dan seterusnya:
  1. Mom bought apple, mangoes, banana, and so forth. Ibu telah membeli buah-buahan apple, mangga, pisang, dan seterusnya.
  2. We watch a movie, took lunch, shopped, and so forth. Kami telah menonton wayang, makan tengahari, membeli-belah, dan seterusnya.

Isnin, 10 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Of

Of adalah perkataan jenis preposition dan adalah diantara perkataan yang sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris. Perkataan of mempunyai banyak maksud diantaranya adalah:
  1. yang berasal dari: The Salam is a custom of Islam. Salam itu adalah suatu adat (yang berasal dari) Islam.
  2. akibat : My grandfather died of a Heart Attack. Datuk saya meninggal dunia akibat Penyakit Jantung.
  3. sejauh mana atau dari: The aborigines village is two kilometers west of here. Perkampungan orang asli itu terletak dua kilometer barat dari sini.
  4. dipisahkan atau kehilangan: Those families were robbed of their homes after the storm. Keluarga itu telah kehilangan tempat tinggal selepas ribut itu.
  5. sebahagian dari kumpulan atau diantara: Three of the Muslim terrorists were killed. Tiga diantara Mujahid-mujahid Islam itu terbunuh.
  6. daripada: That model's green scarf is made of silk. Skaf hijau peragawati itu diperbuat daripada sutera.
  7. bersambung atau milik: The pillar of that building is cracked. Tiang (milik) bangunan itu retak.
  8. memliki sifat: 
    1. It is nice of you to call me. Awak (memliki sifat yang) baik kerana menelefon saya.
    2. It is inconsiderate of you to hurt her. Awak (memliki sifat yang) tidak betimbang rasa kerana menyakitinya.
    3. This university's Chancellor is a woman of honor. Canselor universiti ini adalah seorang wanita yang kehormat.
  9. terhadap: My daughter's love of snakes is hard to believe. Cinta anak perempuan saya terhadap ular-ular susah untuk dipercayai.
  10. yang mengandungi: Please hand me the box of chocolate. Sila berikan kepada saya kotak (yang mengandungi) coklat itu.
  11. kaitan antara aksi dan objek: 
    1. Smoking of cigarette is dangerous. Penghisapan rokok adalah merbahaya.
    2. Killing of innocent citizen is a war crime. Pembunuhan rakyat yang tidak berdosa adalah jenayah perang.
    3. Thinking of people who hurt you is a waste of time. Memikirkan tentang orang yang menyakiti anda adalah membuang masa.

Ahad, 9 Disember 2012

Jom kita chat...

Jom kita chat... mengenai perkataan chat. Perkataan chat boleh digunakan sebagai verb atau noun.

Penggunaan perkataan chat sebagai verb
Pada dasarnya chat adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to chat, chat, chatted, chatting dan chats. Maksud perkataan chat sebagai verb adalah berbual ringkas secara tidak rasmi:
  1. I did not login to my Facebook account to chat. Saya tidak log masuk ke akaun Facebook saya untuk berbual.
  2. Let's chat! Marilah berbual!
  3. That naive girl did not know that she chatted online with a criminal. Gadis yang lurus bendul itu tidak mengetahui bahawa dia telah berbual di atas talian dengan seorang penjenayah.
  4. Please call back later because I am chatting online now. Sila telefon kemudian sebab saya sedang berbual di atas talian sekarang.
  5. My boyfriend chats with me via handphone almost the whole day everyday. Teman lelaki saya berbual dengan saya melalui telefon bimbit hampir seluruh hari setiap hari.
Penggunaan perkataan chat sebagai noun
Sebagai noun perkataan chat memberi maksud perbualan:
  1. That is not a dialog but a chat. Itu bukan suatu perbicaraan tapi suatu perbualan.
  2. We had a pleasant chat. Perbualan kami mesra.
  3. The store clerk is bored, what he needs is a chat. Kerani stor itu sedang bosan, apa yang dia memerlukan adalah suatu perbualan.
Keterangan mengenai regular verb dan bentuk-bentuk verb serta penggunaannya di dalam ayat terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Sabtu, 8 Disember 2012

Perkataan Leave sebagai noun dan phrasal verb

Penggunaan perkataan leave sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan leave adalah leaves. Berikut adalah maksud-maksud perkataan leave sebagai noun:
  1. cuti: The clerk is on two days sick leave. Kerani itu sedang cuti sakit selama dua hari.
  2. izin: The contender was granted leave to speak. Petanding itu diberi izin untuk bercakap.
  3. pergi secara sopan: We took leave of them after lunch. Kami telah meninggalkan mereka selepas makan tengahari.
Harap tak terkeliru bahawa terdapat juga perkataan jenis noun iaitu leaves yang memberi maksud daun-daun. Singular tunggal untuk perkataan leaves daun-daun adalah leaf daun.
  1. Please don't pluck the leaves from the tree. Harap jangan memetik daun-daun dari pokok itu. (Ini yang Teacher Zack tak suka tau, macam takde kerja pulak nak petik, petik daun.)
Phrasal verb yang mengandungi perkataan leave
Berikut adalah phrasal verb yang mengandungi perkataan leave:
  1. leave alone memberi maksud mengelakkan diri dari mengganggu: Please leave alone the Finance Manager because she is too busy now. Harap tidak mengganggu Pengurus Kewangan itu sebab dia terlalu sibuk sekarang.
  2. leave off bermaksud berhenti dari mengguna: We left off the umbrella after the rain stopped. Kami telah berhenti menggunakan payung selepas hujan berhenti.
  3. leave out memberi maksud dikeluarkan: Leave out the Director's name from the list. Keluarkan nama Pengarah dari senarai itu.

Jumaat, 7 Disember 2012

Perkataan Leave sebagai verb

Pada dasarnya leave adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to leave, leave, left, leaving dan leaves. Berikut adalah maksud-maksud perkataan leave:
  1. menjauhkan diri: He moved to another state with the intention to leave me here on my own. Dia telah berpindah ke bandar lain dengan niat untuk meninggalkan saya di sini bersendirian.
  2. pergi: Shut up and leave! Diam dan pergi!
  3. menimbulkan kesan: The car left a trail of exhaust fumes. Kereta itu telah meninggalkan jejak asap paip ekzos.
  4. menghasilkan: Five minus two leaves three. Lima tolak dua menghasilkan tiga.
  5. bersedekah: That wealthy woman is leaving her money to charity. Wanita kaya itu sedang menyedekahkan duitnya kepada sumbangan amal.
  6. tulis atau tinggalkan: Please leave your name and address here. Sila tulis nama dan alamat anda di sini.
  7. berhenti kerja: The soldier left the army to become a singer. Askar itu telah meninggalkan tentera untuk menjadi seorang penyanyi.
  8. biarkan: Leave me alone! Biarkan saya seorang diri!
  9. menjadi penyebab: A childhood problem often leaves an emotional scar. Sesuatu masalah zaman kanak-kanak sering meninggalkan parut emosi.
  10. menyerahkan: My husband leaves shopping matters to me. Suami saya menyerahkan urusan membeli-belah kepada saya.
  11. ditinggalkan: The teenager was left in the desert without food and water. Remaja itu telah ditinggalkan di padang pasir tanpa makanan dan air.
Pelajarilah mengenai jenis-jenis verb, bentuk-bentuk verb serta penggunaan verb di dalam ayat melalui ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Khamis, 6 Disember 2012

Mari belajar perkataan Open

Teacher Zack likes people with creative and open mind. Teacher Zack suka kepada orang yang mempunyai minda berdaya cipta dan terbuka. Open adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya jenis adjective. Walau bagaimana pun ia boleh juga digunakan sebagai verb atau noun. Terdapat juga phrasal verb yang mengandungi perkataan open.

Penggunaan perkataan open sebagai adjective
Perkataan open boleh memberi banyak maksud apabila digunakan sebagai adjective seperti berikut:
  1. tidak terhalang: The open countryside in the east have a beautiful view. Kawasan desa yang terbuka di sebelah timur itu mempunyai pandangan yang cantik.
  2. tidak mempunyai perlindungan: An open wound can easily be infected. Luka yang terbuka mudah untuk dijangkiti.
  3. besar-besaran: This faction conflict can turn into an open war. Perselisihan puak ini boleh bertukar menjadi peperangan terbuka.
  4. tidak ditutup atau tidak dimateri: The postal service does not accept an open package. Perkhidmatan post tidak menerima bungkusan yang terbuka.
  5. kekal: The job offer is still open. Tawaran pekerjaan itu masih terbuka.
  6. beterus-terang: Please be open with me. Harap berterus-terang dengan saya.
  7. bunyi not muzik: This is an open note in a trumpet. Ini adalah bunyi terbuka pada trumpet.
  8. keadaan litar di dalam bidang elektrik: The bulb didn't work because of the open circuit. Lampu itu tidak menyala disebabkan oleh litar terbuka.
Penggunaan perkataan open sebagai verb
Sebagai verb perkataan open adalah jenis regular verb dan ia mempunyai 5 bentuk iaitu to open, open, opened, opening dan opens. Perkataan open boleh memberi maksud buka, membuka, terbuka, dibuka dan sebagainya
  1. to open memberi maksud untuk membuka: The way to open this door is by lifting the lever. Cara untuk membuka pintu ini adalah dengan mengangkat tuil itu.
  2. open boleh memberi maksud membuka: I hope you will open your heart for me. Saya berharap awak akan membuka hati awak untuk saya.
  3. opened bererti telah dibuka: The boot of the car was opened by a passer-by who found a dead body in it. But kereta itu telah dibuka oleh orang lalu yang telah menjumpai mayat orang di dalamnya.
  4. opening memberi maksud sedang membuka: The accused kicked the policeman while the policemen was opening the handcuff. Tertuduh telah menendang pegawai polis itu apabila pegawai polis itu sedang membuka gari.
  5. opens hanya boleh diguna untuk pihak ketiga tunggal dan boleh memberi maksud buka: Our business opens at 10:00 am on weekdays. Perniagaan kami buka jam 10:00 pagi pada hari kerja.
Penggunaan perkataan open sebagai noun
Sebagai noun perkataan open boleh memberi maksud:
  1. kawasan terbuka atau diluar: Let's have this party in the open. Marilah mengadakan parti (majlis) ini diluar.
  2. didedahkan: The scandal was brought into the open by the Minister himself.  Skandal itu telah didedahkan oleh Menteri itu sendiri.
Phrasal verb yang mengandungi perkataan open
Open up adalah phrasal verb yang mengandungi perkataan open. Ia sering digunakan di dalam perbualan harian dan mempunyai berbagai maksud seperti berikut:
  1. terdedah: As we walked down the mountain a green valley opened up before us. Sedang kami berjalan ke bawah gunung suatu lurah hijau terdedah di hadapan kami.
  2. dibuka: A new convenience store opens up here next month. Sebuah kedai mudah beli yang baru akan dibuka di sini bulan depan.
Keterangan lanjut mengenai regular verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Rabu, 5 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Inggeris Work

Jom kita mempelajari mengenai perkataan Inggeris work. Kita mulakan dengan suatu hadith yang mengandungi perkataan work ye:

Narrated Al-Aswad bin Yazid Diriwayatkan oleh Al-Aswad bin Yazid: I asked 'Aisha "What did the Prophet use to do at home?" Saya bertanyakan 'Aisha, "Apakah yang biasa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di rumah? She said, "He used to work for his family, and when he heard the Adhan (call for the prayer), he would go out." Dia menjawab, "Dia biasanya bekerja untuk keluarganya, dan apabila dia mendengar Azan (panggilan Solat) dia akan keluar." - hadith Bukhari book 64, hadith 276 hadith Bukhari buku 64, hadith 276.

Perkataan work boleh digunakan sebagai noun atau verb dan mempunyai berbagai maksud.

Penggunaan perkataan work sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan work adalah works. Sebagai noun perkataan work boleh memberi maksud-maksud berikut:
  1. kerja: That unemployed man is looking for work. Penganggur itu sedang mencari kerja.
  2. waktu: Let's meet after work. Marilah berjumpa selepas kerja.
  3. tempat: Should the banker call you at home or at work? Adakah pegawai bank itu patut menelefon awak di rumah atau di tempat kerja?
  4. berhasil: The aircraft designer hopes that his efforts will work. Pereka bentuk pesawat udara itu berharap agar usahanya akan berhasil.
  5. karya: This Verb and Tense ebook is the work of Teacher Zack. Ebook Verb dan Tense ini adalah karya Teacher Zack.
Penggunaan perkataan work sebagai verb
Work boleh digunakan sebagai regular verb dan mempunyai 5 bentuk iaitu to work, work, worked, working dan works. Work boleh memberi banyak maksud seperti bekerja, berjalan lancar, mengendalikan, berusaha dan lain-lain.
  1. to work boleh memberi maksud untuk bekerja: The fresh graduate came to this company to work as a Plant Manager. Siswazah baharu itu telah datang ke syarikat ini untuk bekerja sebagai Pengurus Loji.
  2. work boleh bermaksud berjalan lancar: This printing machine does not work as it should. Mesen pencetak ini tidak berjalan lancar seperti yang sepatutnya.
  3. worked boleh bererti telah mengendalikan: This experienced tractor driver has worked many similar vehicles. Pemandu traktor yang berpengalaman ini telah mengendalikan banyak kenderaan yang serupa.
  4. working boleh bererti sedang berusaha: My eldest son is working his way to be a doctor. Anak sulung saya sedang berusaha untuk menjadi seorang doktor.
  5. works hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal dan boleh memberi maksud menonjolkan: The animal trainer works her intelligence to get the job. Pelatih haiwan itu telah menonjolkan kebijaksanaannya untuk mendapatkan pekerjaan itu.
Penggunaan perkataan work sebagai verb phrase
Salah satu verb phrase frasa kata kerja popular yang menggunakan perkataan work adalah work out. Ia boleh memberi maksud:
  1. bersenam: Teacher Zack likes to go to the gym to work out. Teacher Zack suka pergi ke gim untuk bersenam.
  2. menyelesaikan: The smart boy worked out that complex mathematics problem so easily. Budak yang bijak itu telah menyelesaikan masalah matematik yang rumit itu dengan mudah.
Keterangan lanjut mengenai bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

Selasa, 4 Disember 2012

Perkataan Break dan penggunaannya

You can break Teacher Zack's glass but please don't break Teacher Zack's heart. Anda boleh memecahkan gelas Teacher Zack tetapi harap tidak melukakan hati Teacher Zack. Break adalah perkataan Inggeris yang boleh digunakan sebagai verb atau noun.

Penggunaan perkataan break sebagai verb
Break adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu to break, break, broke, broken, breaking dan breaks. Sebagai verb perkataan break mempunyai berbagai maksud seperti memecahkan (sesuatu), melanggar (undang-undang), memungkiri (janji), memutuskan (perhubungan), melukai (hati) dan lain-lain.
  1. to break boleh memberi maksud untuk memecahkan: That mischievous boy didn't mean to break the ancient vase. Kanak-kanak nakal itu tidak bermaksud untuk memecahkan pasu purba itu.
  2. break boleh bermaksud melanggar: You will only get into trouble if you break the law. Awak hanya akan mendapat kesusahan jika awak melanggar undang-undang.
  3. broke boleh bererti telah memungkiri: As usual the debtor broke his promise again. Seperti biasa penghutang itu telah memungkiri janji lagi.
  4. broken boleh memberi maksud sudah memutuskan: My sister-in-law has broken her relationship with her boyfriend. Kakak ipar saya sudah memutuskan perhubungan dengan teman lelakinya.
  5. breaking boleh bermaksud sedang melukakan: I am crying because that Korean soap opera is breaking my heart. Saya sedang menangis sebab lipurlara Korea itu sedang melukakan hati saya.
  6. breaks hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia atau it ia serta boleh memberi maksud berlaku: It is sad if a major war breaks over the Middle East. Ia amat menyedihkan jika peperangan besar berlaku di Timur Tengah.
Penggunaan perkataan break sebagai noun
Sebagai noun plural majmuk untuk perkataan break adalah breaks. Break mempunyai banyak maksud antaranya adalah seperti berikut:
  1. retak: Is that a break in your car window? Adakah itu suatu retak pada tingkap kereta awak?
  2. lari: The prisoner tried to make a break for freedom but failed. Tawanan itu telah cuba melarikan diri untuk kebebasan tetapi telah gagal.
  3. pecah: Did you hear a strange break in the boy's voice? Adakah awak mendengar bunyi pecah yang aneh pada suara budak lelaki itu?
  4. rehat: The jungle trackers took a ten-minute break. Penjejak hutan itu telah mengambil sepuluh minit rehat. 
  5. waktu: Can we have television programs without commercial breaks? Bolehkah kita adakan rancangan televisyen tanpa waktu iklan?
  6. pelarian: That is not a riot but a prison break! Itu bukan suatu rusuhan tetapi pelarian diri dari penjara!
  7. putusan: There is a break in my Internet connection. Terdapat putusan pada sambungan Internet saya.
Idiom untuk perkataan break
Idiom yang popular untuk perkataan break adalah break even yang bermaksud pulang modal:
  1. The gambler played Poker all night and break even. Penjudi itu bermain Poker seluruh malam dan pulang modal.
Verb phrase Frasa kata kerja untuk perkataan break
Berikut adalah verb phrase yang sering digunakan dan patut kita ketahui:
  1. break away memberi maksud menyelamatkan diri: The prisoner broke away last night. Banduan itu telah menyelamatkan diri malam tadi.
  2. break down bermaksud terlalu sedih: She immediately broke down after hearing the news of the famous Korean actor's death. Dia terus menangis teresak-esak setelah mendengar berita mengenai kematian pelakon terkenal Korea itu.
  3. break in bermaksud pecah masuk: The thief broke in my house and accidently fell asleep on the sofa. Pencuri itu telah pecah masuk rumah saya dan tertidur di atas kerusi panjang.
Sampai sini je ye. Would you like to have a coffee break with Teacher Zack? Sudikah anda berehat meminum kopi dengan Teacher Zack?

Maklumat lanjut mengenai bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

Isnin, 3 Disember 2012

Perkataan Take dan penggunaannya

Would you like to take a piece of these tasty doughnuts? Sudikah awak mengambil sekeping dari donut-donut yang menyelerakan ini? Take adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya memberi maksud mengambil. Walaupun take adalah perkataan jenis verb tetapi ia boleh juga digunakan sebagai noun.

Maksud perkataan take sebagai verb
Take adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu to take, take, took, taken, taking dan takes. Sebagai verb perkataan take dan bentuk-bentuknya mempunyai berbagai maksud termasuk mengambil, membawa, memegang, menyebabkan atau menerima.
  1. to take boleh memberi maksud untuk mengambil: The swordsman came to take his sword and shield. Pemain pedang itu telah datang untuk mengambil pedang dan perisainya.
  2. take boleh memberi maksud menggenggam: Take it in your hand and don't it let go. Genggamlah ia di dalam tangan awak dan jangan melepaskannya.
  3. took boleh memberi maksud telah menyebabkan: What my boyfriend did took me by surprise. Apa yang dilakukan oleh teman lelaki saya telah menyebabkan saya terkejut.
  4. taken boleh memberi maksud sudah menerima: The accident victim says he has taken the incident as a fate. Mangsa kemalangan itu mengatakan bahawa dia sudah menerima peristiwa itu sebagai suatu takdir.
  5. taking boleh bererti sedang mengambil: The mountain climber is taking a big risk climbing that building. Pendaki gunung itu sedang mengambil risiko yang tinggi memanjat bangunan itu.
  6. takes hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia serta boleh memberi maksud membawa: The gunman takes with him two hostages. Penjenayah yang bersenjata api itu membawa bersamanya dua orang tebusan.
Maksud perkataan take sebagai noun
Sebagai noun, plural majmuk untuk perkataan take adalah takes. Take mempunyai berbagai maksud seperti berikut:
  1. penilaian: What is your take about that student? Apakah penilaian awak mengenai pelajar itu?
  2. pengambilan: That is an illegal take. Itu adalah pengambilan yang menyalahi undang-undang.
  3. pendekatan: The way Teacher Zack teaches English Language is like a new take on an old idea. Cara Teacher Zack mengajar Bahasa Inggeris adalah seperti pendekatan baru di atas idea lama.
  4. babak: There are too many takes for that scene. Terdapat terlalu banyak babak untuk adegan itu.
Phrasal verb yang bermula dengan perkataan take
Terdapat banyak phrasal verb yang bermula dengan perkataan take diantaranya adalah:
  1. take apart memberi maksud memisah-misahkan: The mechanic took apart the left side of my car. Mekanik itu telah memisah-misahkan bahagian kiri kereta saya.
  2. take back bermaksud mengambil balik: Take back your money! Ambil balik duit awak!
  3. take off memberi maksud menanggalkan: Please take off your shoes, thank you. Sila tanggalkan kasut anda, terima kasih.
Idiom yang bermula dengan perkataan take
Berikut adalah sebahagian dari idiom yang bermula dengan perkataan take:
  1. take care memberi maksud berhati-hati: Please take care not to spill the liquid. Harap berhati-hati agar tidak menumpahkan cecair itu.
  2. take charge bermaksud mengawal atau menguasai: At least four soldiers must take charge of this location. Sekurang-kurangnya empat askar mesti mengawal lokasi ini.
Maklumat terperinci mengenai irregular verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

Ahad, 2 Disember 2012

Fahamilah perkataan Inggeris Key

Find the key to Teacher Zack's heart and you will discover the secrets of mastering English Language. Carilah kunci ke hati Teacher Zack dan anda akan membongkar rahsia kemahiran Bahasa Inggeris. Key adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya memberi maksud kunci. Perkataan key boleh digunakan sebagai noun, adjective atau verb.

Perkataan key sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan key adalah keys. Sebagai noun perkataan Inggeris key mempunyai banyak maksud dan sebahagian darinya adalah seperti berikut:
  1. alat kunci yang diperbuat dari logam besi: Where did I put my car keys? Dimanakah saya telah meletakkan kunci kereta saya?
  2. alat kunci yang diperbuat dari plastik: You have to slice the key card to unlock the door. Anda perlu menghiris kad kunci itu untuk membuka pintu itu.
  3. jawapan, capaian: The key to happiness is to always remember Allah swt. Kunci kepada kebahagiaan adalah sentiasa mengingati Allah swt.
  4. akses, laluan: You need a key word to decode the computer software. Awak memerlukan kata kunci untuk menyahkodkan perisian komputer itu.
  5. papan kekunci komputer: My smart phone keypad is stuck! Papan kekunci telefon pintar saya tersekat!
  6. papan jari alat muzik (piano, organ): The keyboard of this piano is broken. Papan jari piano ini sudah rosak.
  7. not dasar (bunyi muzik): The sound of that keynote you just played is a middle C on the piano. Bunyi not dasar yang awak baru mainkan itu adalah C tengah pada piano.
  8. nada: Sing in a high key and not in a low key. Nyanyilah pada nada tinggi dan bukan nada rendah.
Perkataan key sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan Inggeris key memberi maksud utama:
  1. Our defeat in last night's bowling competition will be made a key discussion in tomorrow's meeting. Kekalahan kita pada pertandingan bowling malam tadi akan dijadikan suatu perbincangan utama di dalam mesyuarat esok.
  2. The key job of this company is to produce and not to sell. Kerja utama syarikat ini adalah untuk menghasilkan dan bukan untuk menjual.
  3. The Chaiman Of The Board is the key person that you should meet. Pengerusi Lembaga Pengarah adalah orang utama yang anda patut berjumpa.
Perkataan key sebagai verb
Perkataan Inggeris key boleh digunakan sebagai regular verb dan ia mempunyai 5 bentuk iaitu to key, key, keyed, keying dan keys. Sebagai verb perkataan key boleh memberi beberapa maksud termasuk mengunci, merakam, mengubah, menggubah, memasukkan, atau mencatat.
  1. to key boleh memberi maksud untuk mengubah: The artist came to key the colors of this portrait with a duotone theme. Pelukis itu telah datang untuk mengubah warna potret ini dengan tema dwiton.
  2. key boleh bermaksud mencatat: Make sure you only key the important points. Pastikan anda hanya mencatat perkara penting.
  3. keyed boleh memberi maksud telah menggubah: As usual the famous public speaker keyed his speech very well. Seperti biasa penceramah umum terkenal itu telah menggubah ucapannya dengan sungguh baik.
  4. keying boleh memberi maksud sedang memasukkan: The data entry group is keying data into the mainframe computer now. Kumpulan pemasukan data sedang memasukkan data ke dalam komputer kerangka utama sekarang.
  5. keys hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia serta boleh memberi maksud menggubah: The guitarist keys his song with a low tone. Pemain guitar itu menggubah lagunya dengan nada yang rendah.
Maklumat terperinci mengenai regular verb dan bentuk-bentuk verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Sabtu, 1 Disember 2012

Perkataan Inggeris Close

A close shot of a girl biting a strawberry. Suatu tangkap dekat seorang perempuan menggigit sebiji strawberi. Close adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya memberi maksud tutup atau dekat. Perkataan close boleh digunakan sebagai verb, adverb, noun dan adjective.

Perkataan close sebagai verb
Sebagai verb perkataan close adalah jenis regular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to close, close, closed, closing dan closes. Pada dasarnya close memberi maksud tutup.
  1. to close bererti untuk menutup: Don't forget to close the back door before you leave. Jangan lupa untuk menutup pintu belakang sebelum awak pergi.
  2. close bermaksud menutup: I close my eyes when I think of you. Saya menutup mata saya apabila saya memikirkan awak.
  3. closed bermaksud telah menutup: The whole wall collapsed after the doorman closed the sliding door. Seluruh dinding runtuh selepas penjaga pintu itu telah menutup pintu gelangsar.
  4. closing bermaksud sedang menutup: The organizer is closing the show because of heavy rain. Penganjur itu sedang menutup pertunjukan itu kerana hujan lebat.
  5. closes bererti menutup tetapi hanya digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: The victim closes his wounds with gauze to prevent bleeding. Mangsa itu menutup lukanya dengan kasa untuk mengelakkan pendarahan.
Perkataan close sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan close memberi maksud dekat:
  1. The missile flew close by the Boeing 737 passenger plane. Peluru berpandu itu terbang berdekatan dengan pesawat penumpang Boeing 737 itu.
  2. Muslims must stand close to each other when praying. Orang-orang Islam mesti berdiri berdekatan di antara satu sama lain apabila bersembahyang.
Terdapat juga perkataan closely jenis adverb yang memberi maksud dekat-dekat, rapat-rapat, benar-benar, atau sebagainya:
  1. Follow me closely. Ikut saya dekat-dekat.
  2. Sew closely. Jahit rapat-rapat.
  3. A closely kept secret. Suatu yang benar-benar dirahsiakan.
Perkataan close sebagai noun
Sebagi noun close memberi maksud-maksud berikut:
  1. penutupan atau pengakhiran: The close of the circus was very good. Penutupan sarkas itu sungguh baik.
  2. It is time for a close. Sudah sampai masa untuk pengakhiran.
Terdapat juga perkataan jenis noun iaitu closeness yang bermaksud kedekatan atau kerapatan:
  1. We can't live in Mercury due to it's closeness to the Sun. Kita tidak dapat hidup di Marikh disebabkan oleh kedekatannya kepada Matahari.
  2. Your closeness to me disturbs me. Kerapatan awak dengan saya mengganggu saya.
Perkataan close sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan close memberi maksud dekat dan mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. close dekat
  2. closer lebih dekat
  3. closest paling dekat
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
  1. I am sitting close to you. Saya sedang duduk dekat dengan awak.
  2. Your mother is sitting closer to you. Mak awak sedang duduk lebih dekat dengan awak.
  3. Your sister is sitting closest to you. Kakak awak sedang duduk paling dekat dengan awak.
Keterangan lanjut mengenai regular verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Jumaat, 30 November 2012

Kenalilah perkataan Inggeris Yellow

Anyone who is willing to buy for Teacher Zack a yellow Ferrari car will be Teacher Zack's beloved friend forever. Sesiapa yang sudi membeli untuk Teacher Zack sebuah kereta Ferrari kuning akan menjadi kawan yang dikasihi Teacher Zack buat selamanya. Yellow adalah perkataan Inggeris yang bererti kuning. Yellow boleh digunakan sebagai noun, adjective, adverb dan juga verb.

Yellow sebagai noun
Sebagai noun perkataan yellow memberi maksud kuning:
  1. That linguistic professor hates yellow. Profesor linguistik itu benci kuning.
  2. Do you know that the center of an egg is also called yellow? Tahukah anda bahawa di tengah sebiji telur juga dipanggil (telur) kuning?
  3. The color of this paint is not red but yellow. Warna cat ini bukan merah tetapi kuning.
Terdapat juga perkataan noun iaitu yellowness yang memberi maksud kekuningan.
  1. The yellowness in her dress makes it attractive. Kekuningan pada pakaiannya menjadikan ia menarik.
Yellow sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan yellow mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. yellow kuning
  2. yellower lebih kuning
  3. yellowest paling kuning
Berikut adalah contoh ayat-ayat yang menggunakan perkataan yellow sebagai adjective:
  1. The new model prefers yellow hair. Peragawati baru itu lebih gemar berambut kuning.
  2. The bottom part of the painting is yellower than the top. Bahagian bawah lukisan itu adalah lebih kuning dari yang di atas.
  3. Your teeth is the yellowest of all; brush it! Gigi awak adalah yang paling kuning; pergi gosok!
Terdapat satu lagi bentuk adjective untuk perkataan yellow iaitu yellowish. Ia memberi maksud seakan-akan kuning atau kekuningan:
  1. Wow, such a beautiful yellowish hue in the sky. Wah, suatu rona kuning yang cantik di langit.
Yellow sebagai adverb
Bentuk perkataan yellow sebagai adverb adalah yellowly dan memberi maksud secara menguningkan:
  1. The kindergarten boy yellowly colored his painting. Kanak-kanak tadika itu secara menguningkan telah mewarnakan lukisannya.
Yellow sebagai verb
Sebagai verb perkataan yellow memberi maksud menguningkan. Ia adalah perkataan jenis regular verb dan mempunyai 5 bentuk iaitu to yellow, yellow, yellowed, yellowing dan yellows:
  1. to yellow bermaksud untuk menguningkan: The scientist has decided to yellow the chemical solution. Para saintis telah membuat keputusan untuk menguningkan larutan kimia itu.
  2. yellow bermaksud menguningkan: Please yellow the stage door for the children's show next week. Sila kuningkan pintu pentas itu untuk pertunjukkan kanak-kanak minggu depan.
  3. yellowed memberi maksud telah menguningkan: Ouch, the fans yellowed the actor's shirt with yolks of eggs! Adoi, peminat-peminat itu telah menguningkan kemeja pelakon itu dengan telur-telur kuning!
  4. yellowing bererti sedang menguningkan: The painting team is yellowing the middle part of the flag. Kumpulan pengecat sedang menguningkan bahagian tengah bendera itu.
  5. yellows bermaksud menguningkan dan hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: That alien yellows itself in self defence! Makhluk asing itu menguningkan diri untuk mempertahankan dirinya.
Ingat ye, Teacher Zack is not yellow. Teacher Zack bukan pengecut. Di dalam ayat ini perkataan yellow adalah slang yang memberi maksud pengecut.

Sampai sini je dan semoga cerai hari ini macam Teacher Zack :)

Keterangan lanjut mengenai regular verb dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.