Penggunaan perkataan open sebagai adjective
Perkataan open boleh memberi banyak maksud apabila digunakan sebagai adjective seperti berikut:
- tidak terhalang: The open countryside in the east have a beautiful view. Kawasan desa yang terbuka di sebelah timur itu mempunyai pandangan yang cantik.
- tidak mempunyai perlindungan: An open wound can easily be infected. Luka yang terbuka mudah untuk dijangkiti.
- besar-besaran: This faction conflict can turn into an open war. Perselisihan puak ini boleh bertukar menjadi peperangan terbuka.
- tidak ditutup atau tidak dimateri: The postal service does not accept an open package. Perkhidmatan post tidak menerima bungkusan yang terbuka.
- kekal: The job offer is still open. Tawaran pekerjaan itu masih terbuka.
- beterus-terang: Please be open with me. Harap berterus-terang dengan saya.
- bunyi not muzik: This is an open note in a trumpet. Ini adalah bunyi terbuka pada trumpet.
- keadaan litar di dalam bidang elektrik: The bulb didn't work because of the open circuit. Lampu itu tidak menyala disebabkan oleh litar terbuka.
Sebagai verb perkataan open adalah jenis regular verb dan ia mempunyai 5 bentuk iaitu to open, open, opened, opening dan opens. Perkataan open boleh memberi maksud buka, membuka, terbuka, dibuka dan sebagainya
- to open memberi maksud untuk membuka: The way to open this door is by lifting the lever. Cara untuk membuka pintu ini adalah dengan mengangkat tuil itu.
- open boleh memberi maksud membuka: I hope you will open your heart for me. Saya berharap awak akan membuka hati awak untuk saya.
- opened bererti telah dibuka: The boot of the car was opened by a passer-by who found a dead body in it. But kereta itu telah dibuka oleh orang lalu yang telah menjumpai mayat orang di dalamnya.
- opening memberi maksud sedang membuka: The accused kicked the policeman while the policemen was opening the handcuff. Tertuduh telah menendang pegawai polis itu apabila pegawai polis itu sedang membuka gari.
- opens hanya boleh diguna untuk pihak ketiga tunggal dan boleh memberi maksud buka: Our business opens at 10:00 am on weekdays. Perniagaan kami buka jam 10:00 pagi pada hari kerja.
Sebagai noun perkataan open boleh memberi maksud:
- kawasan terbuka atau diluar: Let's have this party in the open. Marilah mengadakan parti (majlis) ini diluar.
- didedahkan: The scandal was brought into the open by the Minister himself. Skandal itu telah didedahkan oleh Menteri itu sendiri.
Open up adalah phrasal verb yang mengandungi perkataan open. Ia sering digunakan di dalam perbualan harian dan mempunyai berbagai maksud seperti berikut:
- terdedah: As we walked down the mountain a green valley opened up before us. Sedang kami berjalan ke bawah gunung suatu lurah hijau terdedah di hadapan kami.
- dibuka: A new convenience store opens up here next month. Sebuah kedai mudah beli yang baru akan dibuka di sini bulan depan.