Perkataan lateness
Ketahuilah bahawa perkataan late boleh juga digunakan sebagai noun. Bentuk perkataan late sebagai noun adalah lateness. Berikut adalah maksud-maksud perkataan lateness:
- kelambatan: You lateness has caused a delay in our show. Kelambatan awak telah menyebabkan kelewatan di dalam pertunjukan kami.
- penghujung waktu, lewat petang atau larut malam: Visitors kept coming despite the lateness of the hour. Pengunjung datang berterusan walaupun sudah lewat petang.
Terdapat juga perkataan jenis adverb iaitu lately. Walaupun lately adalah perkataan yang tersendiri tetapi ia mempunyai kaitan dengan perkataan late. Ini adalah kerana perkataan lately dan idiom of late (lihat di bawah) memberi maksud yang sama iaitu sejak kebelakangan ini atau baru-baru ini. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan lately:
- Lately Teacher Zack has put on a little weight. Baru-baru ini Teacher Zack telah bertambah berat badannya. (Biasanya kurus so sekarang dah naik badan hensem lah sikit kot.)
- Are you going to London? I was there lately. Adakah awak nak ke London? Saya berada di sana baru-baru ini.
Perkataan late terdapat juga di dalam idiom of late. Seperti yang dinayatakan di atas, idiom of late dan perkataan lately memberi maksud yang sama iaitu sejak kebelakangan ini atau baru-baru ini. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan idiom of late:
- Of late the boss has been moody. Sejak kebelakangan ini bos selalu di dalam keadaan angin tak baik.
- I don't know why but he seldom calls me of late. Saya tidak tahu kenapa tetapi dia jarang menelefon saya sejak kebelakangan ini. (Rasanya dia dah tak nak lagi tak?)