Rabu, 10 September 2014

Cara menggunakan perkataan HAVE

Pada dasarnya, have adalah perkataan jenis verb (kata kerja). Perkataan have mempunyai bentuk yang lain iaitu has. Cara menggunakannya adalah: I have, you have, he has, she has, it has, we have, they have.

Perkataan have juga mempunyai bentuk past tense iaitu had. Cara menggunakannya adalah: I had, you had, he had, she had, it had, we had, they had.

Di bawah adalah cara menggunakan perkataan have dalam ayat.

Anda boleh menggunakan perkataan have untuk menggambarkan hal milik atau kepunyaan, contohnya:
  • He has a story. (Dia mempunyai sebuah kisah.)
  • Do you have RM10? (Adakah awak mempunyai RM10?)
Dengan perkataan have, anda boleh juga membina ayat yang menggambarkan keinginan, contohnya:
  • Can I have this cake? (Bolehkah saya diberi kek ini?)
  • Can we have a ride home? (Bolehkah kami menumpang balik ke rumah?)
Anda boleh juga menggambarkan pengalaman dengan menggunakan perkataan have, contohnya:
  • Have they been waiting here since this morning? (Adakah mereka telah menunggu di sini sejak pagi tadi?)
  • Did you have a good time at the show last night? (Adakah awak bergembira di pertunjukan malam semalam?)
Ayat yang menggambarkan pemikiran boleh juga dibina dengan perkataan have, contohnya:
  • I had doubts before. (Saya telah ada keraguan sebelum ini.)
  • They have good thoughts about him. (Mereka mempunyai sangkaan yang baik terhadapnya.)
Perkataan have boleh juga digunakan untuk membina ayat yang menggambarkan kewajipan atau keperluan, contohnya:
  • You have to finish your report today. (Awak mesti menghabiskan lapuran awak hari ini.)
  • Do we have to do this? (Adakah kami perlu melakukan ini?)
Di atas adalah hanya beberapa contoh penggunaan perkataan have dalam pembinaan ayat. Sudah tentu anda mengetahui banyak lagi.