I
know that you love me.
Saya tahu yang awak mencintai saya. Know adalah perkataan jenis irregular
verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu
to know,
know,
knew,
known,
knowing,
knows. Perkataan
know memberi maksud tahu (mengetahui) atau kenal (mengenali). Berikut adalah penggunaan perkataan
know:
- To know the Quran is all that matters to that Islamic scholar. Mengenali Al-quran adalah segalanya bagi Ulama' itu.
- I know that you knew but you didn't know that I knew. Saya tahu yang awak telah mengetahui tetapi awak tidak tahu yang saya telah mengetahui.
- We knew the 4-year-old gymnast wouldn't fail. Kami sudah mengetahui bahawa ahli gimnastik yang berumur 4 tahun itu tidak akan gagal.
- They should have known the deception all along. Mereka sepatutnya sudah mengetahui mengenai penipuan itu selama ini.
- Knowing you is the best thing that happened in my life. Mengenali awak ada perkara yang terbaik pernah berlaku di dalam hidup saya. (Betul ke ni...)
- Who knows what might happen to us tomorrow. Siapa tahu apa yang mungkin akan berlaku pada kita esok.
Terdapat suatu
idiom yang Teacher Zack mendapati menarik iaitu
you know. Idiom ini sering digunakan oleh orang-orang barat. Setahu Teacher Zack idiom ini digunakan untuk berhenti sejenak apabila sedang bercakap (masa untuk berfikir kot). Ia juga digunakan seolah-olahnya untuk mendapatkan persetujuan atau simpati daripada pendengar. Contoh-contoh penggunaan idiom
you know adalah seperti berikut:
- Please try to be, you know, a little quieter. Harap cuba, ya lah, diam sikit.
- I think you are, you know, a little too fat. Saya fikir awak ni, maklumlah, terlalu gemuk sikit.
- We should, you know, ask him to leave and, you know, maybe ask him to pay for the drinks. Kita patut, awak tahulah, suruh dia pergi dan, ya lah, mungkin suruh dia bayar untuk minuman ini.