Khamis, 10 Januari 2013

Kenalilah perkataan What

Pada dasarnya what adalah perkataan jenis pronoun dan ia mempunyai maksud yang luas. Berikut adalah maksud-maksud perkataan what sebagai pronoun:
  1. digunakan sebagai soalan untuk mendapatkan maklumat: What is in this cupboard? Apakah di dalam almari ini?
  2. digunakan untuk bertanya mengenai ciri-ciri atau perkerjaan seseorang: What is her occupation? Apakah pekerjaannya?
  3. digunakan untuk bertanya asalan atau identiti: What are those trees? Apakah pokok-pokok itu?
  4. digunakan untuk bertanya semula maklumat yang tidak difahami sebelumnya: You saw what? Awak nampak apa?
  5. berapa harganya: What does it cost? Berapakah harganya?
  6. mengaitkan sesuatu: I will give you what you want. Saya akan memberi awak apa yang awak inginkan.
  7. apa saja: 
    1. Say what you please. Katakanlah apa saja sesuka hati awak.
    2. Come what may. Datanglah apa saja.
  8. seberapa banyak: We have to give him what we can. Kita patut memberinya seberapa banyak yang kita boleh.
  9. ada lagi yang boleh atau patut diketahui: 
    1. You know what? Awak nak tahu apa?
    2. Should we leave or what? Kita patut pergi atau apa?
  10. digunakan didalam frasa seruan:
    1. What luck! Apalah nasib!
    2. What a jump! Apalah lompatan!
    3. What an idea! Apalah idea!
  11. tak setuju: He is a genuis, what? Dia seoang yang amat pintar, apa?