"You are what you
think you are.
Anda adalah apa yang anda fikir diri anda." Think adalah perkataan jenis irregular
verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu
to think,
think,
thought,
thinking,
thinks. Berikut adalah penggunaan dan maksud perkataan
think:
- I am asking you not to think about me anymore. Saya memohon kepada awak agar tidak memikirkan mengenai saya lagi.
- It is good that you think the matter through. Ada baiknya awak fikirkan hal itu seluruhnya.
- The store clerk thought the police came to arrest him. Kerani kedai itu menyangka polis telah datang untuk menangkapnya.
- They are thinking of going on a holiday. Mereka sedang bercadang untuk pergi bercuti.
- The sad mother thinks about her lost son all the time. Ibu yang sedang bersedih itu memikirkan anak kehilangannya seluruh masa.
Perkataan think di dalam idiom
- come to think of it bermaksud jika difikirkan mengenainya: Come to think of it I should have listened to you. Jika difikirkan mengenainya saya sepatutnya telah mendengar kata-kata awak.
- think aloud bermaksud menyuarakan fikiran: One of the best way to remember the words is to think aloud. Salah satu cara untuk mengingati kata-kata itu adalah anda menyuarakan fikiran anda.
- think big bermaksud bercita-cita tinggi: That software developer became successful because he thinks big about his designs. Pemaju perisian itu menjadi berjaya kerana dia bercita-cita tinggi mengenai rekaannya.
- think little of bermaksud memandang rendah: Don't think little of poor people. Jangan memandang rendah pada orang-orang miskin.
- think twice bermaksud fikir dua kali: Think twice before you buy that phone. Fikir dua kali sebelum awak membeli telefon itu.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.