Selasa, 8 Januari 2013

Pelajarilah perkataan She

Pada dasarnya she adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud dia perempuan. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan she:
  1. Nominative, she dia: 
    1. Siti Nuraini is my sister and she is six years old. Siti Nuraini adalah adik perempuan saya dan dia berumur enam tahun.
  2. Objective, her nya: 
    1. The accountant just started work here but I knew her as a friend for two years. Akauntan itu baru mula bekerja di sini tetapi saya sudah mengenalinya sebagai kawan selama dua tahun.
  3. Possessive, her nya: 
    1. My aunty brought her cat to my birthday party. Makcik saya telah membawa kucingnya ke majlis ulang tahun saya.
  4. Plural nominative, they mereka: 
    1. Our aerobics team hope that they can enter the competition. Kumpulan aerobik kami mengharapkan bahawa mereka dapat memasuki pertandingan itu. 
  5. Plural objective, them mereka: 
    1. The college girls feel that someone is trying to hurt them. Murid-murid perempuan maktab itu merasakan bahawa terdapat orang yang sedang mencuba untuk menyakiti mereka. 
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, theirs milik mereka:
      1. The models are wearing yellow skirts and these yellow shoes are theirs. Peragawati-peragawati itu memakai skirt kuning dan kasut-kasut kuning ini adalah milik mereka.
    2. Adjective, their milik mereka:
      1. Those Korean actresses are pretty and I like their eyes. Pelakon-pelakon wanita Korea itu cantik dan saya suka mata mereka.