Khamis, 3 Januari 2013

Pelajarilah perkataan You


Pada dasarnya you adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud awak. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan you:
  1. Nominative, you awak:
    1. You are the one whom I love. Awak adalah orang yang saya cintai.
    2. If you hurt me, I will slap your face. Jika awak menyakiti saya, saya akan menampar muka awak. (Adoi, sampainya hati.)
  2. Objective, you awak:
    1. I don't want to talk to you ever again. Saya tidak ingin bercakap dengan awak buat selamanya.
    2. I will hate you forever! Saya akan membenci awak selamanya! (Amin.)
  3. Possessive
    1. Pronoun, yours milik awak:
      1. I will always be yours. Saya akan sentiasa menjadi milik awak.
      2. My wealth, however, will never be yours. Harta saya, bagaimana pun, tidak akan menjadi milik awak.
    2. Adjective, your milik awak:
      1. May I come into your life? Bolehkah saya datang ke dalam hidup (milik) awak?
      2. Your world is my world. Dunia (milik) awak adalah dunia saya. (Macam mana tu?)
  4. Plural nominative, you kamu:
    1. You shall always be in my heart. Kamu akan sentiasa berada di dalam hati saya.
    2. You must share the joy life has given to you. Kamu mesti berkongsi kebahagiaan yang kehidupan telah memberi kepada kamu.
  5. Plural objective, you kamu:
    1. My battalion and I shall defy all of you! Batalion saya dan saya akan menentang kamu semua!
    2. For all of you, this dwelling shall be. Untuk kamu semua, kediaman ini akan menjadi.
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, yours milik kamu:
      1. Oh my people, yours, is this conquered land. Wahai rakyat ku, milik kamu, adalah tanah kemenangan ini.
      2. Glorious Knights, the people of that country are now yours to command. Satria-satria kegemilangan, rakyat negara itu sudah menjadi milik kamu untuk diperintah.
    2. Adjective, your milik kamu:
      1. We believe all your houses will be affected by the upcoming hurricane. Kami percaya semua rumah-rumah kamu akan terjejas oleh taufan yang akan datang itu.
      2. Congratulations to all staff, your bonus for this year is four months salary. Tahniah kepada semua kakitangan, bonus anda untuk tahun ini adalah empat bulan gaji. (Syukur, syukur...)