Jumaat, 25 Januari 2013

So what?

Asalkan bergaduh atau merajuk dia akan berkata, "So what? Habis apa?". Jom kita lihat apa yang hebat sangat dengan perkataan so:

Perkataan so sebagai adverb
  1. begini, dengan cara ini: Please hold the glass so. Sila pegang gelas itu begini.
  2. terlalu: My daughter was so happy that she cried. Anak perempuan saya terlalu gembira hinggakan dia menangis.
  3. sungguh: The Director's words are so obvious. Kata-kata Pengarah itu sungguh jelas nyata.
  4. maka: That old woman was too tired and so fell. Wanita tua itu terlalu letih maka terjatuh.
  5. begitu: You were late and so was I. Awak lewat dan begitu juga saya.
Perkataan so sebagai adjective
  1. benar: She wouldn't have told you if it weren't so. Dia tidak akan memberitahu awak sekiranya ia tidak benar.
  2. teratur: Everything in my mom's room must be exactly so. Segalanya di dalam bilik ibu saya hendaklah betul-betul teratur.
Perkataan so sebagai interjection kata seru 
  1. maka: So! Are you married yet? Maka! Adakah awak sudah berkahwin? (Teacher Zack pun tak pasti bagaimana nak terjemahkan perkataan so sebagai kata seru di dalam ayat ini :)
Perkataan so di dalam idiom
  1. so what bermaksud habis apa: So what if you leave me. Habis apa jika awak meninggalkan saya.
  2. so that bermaksud supaya, agar: I came so that we can be together. Saya datang agar kita boleh bersama.
  3. so as to bermaksud untuk: Be nice to her so as to ensure that she won't leave you. Berbuat baiklah dengannya untuk memastikan agar dia tidak meninggalkan awak.