Khamis, 31 Januari 2013

Sudahkah anda mengetahui maksud perkataan 'people'?

Pada dasarnya people adalah perkataan jenis noun. Plural jamak untuk perkataan people adalah peoples. Berikut adalah maksud-maksud perkataan people:
  1. orang: There were three people in the room. Terdapat tiga orang di dalam bilik itu.
  2. orangramai: After the rally, people were dancing in the streets. Selepas perhimpunan itu, orangramai menari di jalanraya.
  3. manusia: 
    1. All the peoples of this world are one entity. Kesemua manusia di bumi ini adalah suatu entiti.
    2. If you travel you will meet different races of people. Sekiranya awak melancong awak akan bertemu dengan berbagai bangsa manusia.
  4. orang bandar, orang kampung: As city people they are not used to the kampung environment. Sebagai orang-orang bandar mereka tidak selesa dengan suasana kampung.
  5. rakyat: 
    1. The people of Jordan condemns the war in Syria. Rakyat Jordan mengutuk peperangan di Syria.
    2. That queen has great compassion for her people. Pemaisuri itu mempunyai sifat belas kasihan terhadap rakyatnya.
  6. orang buta, orang bisu, orang kurang upaya: Only blind and deaf people are allowed to use that platform. Hanya orang-orang buta dan bisu sahaja dibenarkan untuk mengguna platform itu.
  7. kaum keluarga, saudara-mara: My grandmother's people came from Perak last night. Kaum keluarga nenek saya tiba dari Perak malam tadi.
  8. pengikut: The king's people followed him in exile: Pengikut-pengikut raja itu mengikutinya di dalam pembuangan negeri.
  9. jurujual: Our salespeople are not doing their job well. Jurujual kita tidak melakukan perkerjaan mereka dengan baik.

Rabu, 30 Januari 2013

Some English words are easy to remember

Some English words are easy to remember. Sesetengah perkataan Inggeris senang untuk diingati. Berikut adalah penggunaan dan maksud perkataan some:

Perkataan some sebagai adjective
  1. sebahagian: Some students went into the hall. Sebahagian pelajar-pelajar masuk ke dalam dewan.
  2. sesetengah: Teacher Zack likes some action movies but not all. Teacher Zack suka sesetengah movie aksi tetapi bukan semua.
  3. beberapa: We have been software developers for some years now. Kami sudah menjadi pemaju perisian sudah beberapa tahun sekarang.
  4. hebat: You are some singer! Awak seorang penyanyi yang hebat!
Perkataan some sebagai pronoun
  1. sebahagian: Some of the books are in the store. Sebahagian daripada buku-buku itu berada di dalam stor.
Perkataan some sebagai adverb
  1. anggaran, kira-kira: Some 350 people attended the demonstration. Anggaran 350 orang telah menghadiri demonstrasi itu.

Selasa, 29 Januari 2013

Adakah anda inginkan kemahiran di dalam Bahasa Inggeris?

Jika anda menjawab "Ya" maka teruskan membaca.

Bilangan Perkataan
"Apakah bilangan perkataan yang terdapat di dalam Bahasa Inggeris?" Ya, melebihi 400,000 perkataan. Bukan itu saja, bilangannya meningkat dari semasa ke semasa hinggakan ahli-ahli linguistik antarabangsa pun tidak dapat memastikan bilangannya yang tepat. Tahukah anda bahawa Teacher Zack sudah menyediakan untuk anda di dalam lingkungan 4,000 perkataan yang paling sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris? Ya, 4,000. Jika Teacher Zack berterusan mengajar di dalam blog InfoInggeris satu perkataan setiap hari, sepertimana yang Teacher Zack sedang melakukannya sekarang, maka ia akan mengambil masa selama 10.5 tahun Masehi (bersamaan 11.3 tahun Hijrah) untuk menghabiskannya :) Itu baru 4,000 perkataan. Jika 400,000 perkataan berapa tahun agaknya nak habis ye?

Bilangan Jenis Frasa
Tahukah anda bahawa kesemua 400,000 perkataan-perkataan ini digunakan untuk membina frasa-frasa yang bilangan jenisnya amat sedikit? Kalau tak silap terdapat hanya tujuh jenis frasa di dalam Bahasa Inggeris iaitu noun phrase, verb phrase, adverbial phrase, adjectival phrase, participial phrase, prepositional phrase dan absolute phrase. Noun phrase pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis frasa lagi iaitu appositive phrase, gerund phrase dan infinitive phrase. Ya, bilangan jenis frasa di dalam Bahasa Inggeris boleh dikira dengan jari!

Bilangan Jenis Ayat
Bilangan jenis ayat lagi mengagumkan sebab terdapat hanya empat jenis ayat di dalam Bahasa Inggeris iaitu declarative, imperative, interrogative dan exclamatory. Keempat-empat jenis ayat ini kemudiannya boleh dibahagikan pula kepada empat jenis klausa iaitu simple, compound, complex dan compound-complex. Itulah halnya mengenai jenis ayat, amat sedikit juga bilangannya.

Bilangan Masalah
Fikirkanlah, jika terdapat hanya sedikit bilangan jenis frasa atau ayat maka kenapakah masih terdapat ramai bilangan pelajar-pelajar Bahasa Inggeris yang masih 'merangkak' apabila membina frasa atau ayat? Takkanlah bilangan jenis frasa atau ayat yang sedikit itu pun tak dapat nak difahami dengan sepenuhnya, kan? Teacher Zack rasa masalahnya bukan terletak pada kemahiran membina frasa atau ayat tetapi terletak pada kemahiran pemahaman perkataan.

Matlamat Anda
Oleh itu, jika anda inginkan kemahiran di dalam Bahasa Inggeris maka pelajarilah dengan sebaik-baiknya mengenai jenis-jenis perkataan, ciri-ciri perkataan, bentuk-bentuk perkataan, sifat-sifat kelas perkataan, cara penggunaan perkataan, dan juga maksud-maksud perkataan. Itulah gunanya blog dan ebook InfoInggeris untuk anda.

Words are the building blocks of a language;
master the words and you've mastered the language.
- Teacher Zack

Isnin, 28 Januari 2013

Which would you like, tea or coffee?

Which would you like, tea or coffee? Yang manakah awak mengingini, teh atau kopi? Selain bertanyakan soalan, perkataan which mempunyai penggunaan lain. Berikut adalah penggunaan dan maksud-maksud perkataan which:

Perkataan which sebagai pronoun
  1. yang manakah atau yang mana: 
    1. Which of these men helped you? Yang manakah diantara lelaki-lelaki ini yang telah menolong awak?
    2. Choose which one you like best. Pilih yang mana awak paling suka.
  2. yang: 
    1. Welcome to my house, which is small and old. Selamat datang ke rumah saya, yang kecil dan tua.
    2. The topic on which he spoke was not relevant at this time. Topik yang dia telah membincangkan tidak relevan pada masa kini.
    3. Father left early this morning, which was wise. Ayah telah keluar cepat pagi tadi, itulah yang bijak.
Perkataan which sebagai adjective
  1. yang manakah: Which part of town do you live? Bahagian bandar yang manakah awak tinggal?
  2. mana-mana: Use which lift you please. Gunakan mana-mana lif yang anda suka.
  3. ketika: The gunman turned around, at which point we ran. Orang yang bersenjata itu telah memusing, ketika itu kami lari.

Ahad, 27 Januari 2013

When can I fully understand English language?

"When can I fully understand English language? Bilakah saya boleh memahami Bahasa Inggeris sepenuhnya?" Jawapan: "English language can never be understood fully because, just as in any other language, English language is ever evolving. Bahasa Inggeris tidak boleh difahami sepenuhnya kerana, sepertimana bahasa lain, Bahasa Inggeris akan sentiasa berkembang." Oleh itu, jom kita mempelajari maksud-maksud dan penggunaan perkataan when:

Perkataan when sebagai adverb
  1. Bilakah: When will the electrician arrive? Bilakah juruelektrik akan tiba?
Perkataan when sebagai conjunction
  1. sebaik saja: I'll call you when I get there. Saya akan menelefon awak sebaik saja saya tiba di sana.
  2. bila-bila masa: When it rains, the roof starts to leak. Bila-bila masa ia hujan, atap pun mula bocor.
  3. semasa: When Teacher Zack was young, he was always alone. Semasa Teacher Zack kecil, dia sentiasa berseorangan.
  4. walaupun: She went ahead when she should have stopped. Dia meneruskannya walaupun dia sepatutnya berhenti.
  5. jika: How can you lose weight when you don't exercise? Bagaimanakah awak hendak mengurangkan berat badan jika awak tidak bersenam?
Perkataan when sebagai pronoun
  1. bila: Since when did your eldest son started taking drugs? Sejak bila anak sulong awak mula mengambil dadah?
Perkataan when sebagai noun
  1. bila: Do you know the where and when of that show? Tahukah awak mananya dan bilanya pertunjukkan itu?

Sabtu, 26 Januari 2013

You are what you think you are

"You are what you think you are. Anda adalah apa yang anda fikir diri anda." Think adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to think, think, thought, thinking, thinks. Berikut adalah penggunaan dan maksud perkataan think:
  1. I am asking you not to think about me anymore. Saya memohon kepada awak agar tidak memikirkan mengenai saya lagi.
  2. It is good that you think the matter through. Ada baiknya awak fikirkan hal itu seluruhnya.
  3. The store clerk thought the police came to arrest him. Kerani kedai itu menyangka polis telah datang untuk menangkapnya.
  4. They are thinking of going on a holiday. Mereka sedang bercadang untuk pergi bercuti.
  5. The sad mother thinks about her lost son all the time. Ibu yang sedang bersedih itu memikirkan anak kehilangannya seluruh masa.
Perkataan think di dalam idiom
  1. come to think of it bermaksud jika difikirkan mengenainya: Come to think of it I should have listened to you. Jika difikirkan mengenainya saya sepatutnya telah mendengar kata-kata awak.
  2. think aloud bermaksud menyuarakan fikiran: One of the best way to remember the words is to think aloud. Salah satu cara untuk mengingati kata-kata itu adalah anda menyuarakan fikiran anda.
  3. think big bermaksud bercita-cita tinggi: That software developer became successful because he thinks big about his designs. Pemaju perisian itu menjadi berjaya kerana dia bercita-cita tinggi mengenai rekaannya.
  4. think little of bermaksud memandang rendah: Don't think little of poor people. Jangan memandang rendah pada orang-orang miskin.
  5. think twice bermaksud fikir dua kali: Think twice before you buy that phone. Fikir dua kali sebelum awak membeli telefon itu.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Jumaat, 25 Januari 2013

So what?

Asalkan bergaduh atau merajuk dia akan berkata, "So what? Habis apa?". Jom kita lihat apa yang hebat sangat dengan perkataan so:

Perkataan so sebagai adverb
  1. begini, dengan cara ini: Please hold the glass so. Sila pegang gelas itu begini.
  2. terlalu: My daughter was so happy that she cried. Anak perempuan saya terlalu gembira hinggakan dia menangis.
  3. sungguh: The Director's words are so obvious. Kata-kata Pengarah itu sungguh jelas nyata.
  4. maka: That old woman was too tired and so fell. Wanita tua itu terlalu letih maka terjatuh.
  5. begitu: You were late and so was I. Awak lewat dan begitu juga saya.
Perkataan so sebagai adjective
  1. benar: She wouldn't have told you if it weren't so. Dia tidak akan memberitahu awak sekiranya ia tidak benar.
  2. teratur: Everything in my mom's room must be exactly so. Segalanya di dalam bilik ibu saya hendaklah betul-betul teratur.
Perkataan so sebagai interjection kata seru 
  1. maka: So! Are you married yet? Maka! Adakah awak sudah berkahwin? (Teacher Zack pun tak pasti bagaimana nak terjemahkan perkataan so sebagai kata seru di dalam ayat ini :)
Perkataan so di dalam idiom
  1. so what bermaksud habis apa: So what if you leave me. Habis apa jika awak meninggalkan saya.
  2. so that bermaksud supaya, agar: I came so that we can be together. Saya datang agar kita boleh bersama.
  3. so as to bermaksud untuk: Be nice to her so as to ensure that she won't leave you. Berbuat baiklah dengannya untuk memastikan agar dia tidak meninggalkan awak.

Rabu, 23 Januari 2013

Time After Time

Time memberi maksud masa (atau waktu). Pernahkah anda mendengar lagu popular 80an Time After Time yang dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa Cindy Lauper? Best juga lagu ni tau. Tahukah anda bahawa frasa time after time adalah sebenarnya idiom? Terdapat banyak idiom-idiom yang menggunakan perkataan time. Idiom-idiom time sering digunakan di dalam perbualan harian dan patut diketahui. Berikut adalah sebahagian daripadanya:
  1. time after time bermaksud masa demi masa: If you're lost you can look and you will find me, time after time. Jika awak kehilangan awak boleh mencari dan awak akan menjumpai saya, masa demi masa. (sebahagian lirik lagu Time After Time :)
  2. time and again juga bermaksud masa demi masa: Time and again I warned you not to go in that cave. Masa demi masa saya telah memberi amaran kepada awak agar tidak memasuki gua itu.
  3. against time bermaksud menentang masa: Let us work against time to finish the manuscript before the deadline. Marilah kita kerja menentang masa untuk menghabiskan manuskrip itu sebelum akhir tarikh tempoh.
  4. at the same time bermaksud pada masa yang sama: He says he loves me but at the same time he frequently leaves me. Dia kata dia mencintai saya tetapi pada masa yang sama dia sering meninggalkan saya. -Kesian :(
  5. at times bermaksud adakalanya: At times I like to listen to Dangdut music. Adakalanya saya suka mendengar muzik Dangdut.
  6. for the time being bermaksud buat masa ini: I am a Science teacher but for the time being I am an invigilator. Saya adalah seorang guru Sains tetapi buat masa ini saya adalah seorang pengawas peperiksaan.
  7. from time to time bermaksud dari semasa ke semasa: Don't forget to visit me from time to time, ok? Jangan lupa melawati saya dari semasa ke semasa, ya?
  8. high time bermaksud sudah sampai masa: It is high time that you started working. Sudah sampai masa untuk awak mula bekerja.
  9. on time bermaksud pada waktunya: Although the bus was late we reached the show on time. Walaupun bas lambat kami tiba ke pertunjukkan itu pada waktunya.
  10. in time bermaksud sebelum masa tamat: Quickly, we need to finish this proposal in time. Cepat, kita perlu menghabiskan cadangan ini sebelum masa tamat.
  11. in no time bermaksud sebentar saja lagi: Don't worry, in no time your beloved actress will appear on stage. Jangan risau, sebentar saja lagi pelakon kesayangan awak akan muncul di atas pentas.
Ok, time to go for Teacher Zack. Ingat ya:
If you're lost (in English language) you can look and you will find me (InfoInggeris), time after time :)

Selasa, 22 Januari 2013

What's up in today's post?

What's up in today's post? Apakah yang dibincangkan di dalam catatan hari ini? Perkataan up mengandungi hanya dua huruf tetapi ia mempunyai maksud yang luas. Berikut adalah penggunaan dan maksud perkataan up:

Perkataan up sebagai adverb
  1. atas: The elevator is going up. Lif sedang naik ke atas.
  2. tegak: Norliah immediately sat up in bed after a bad dream. Norliah dengan serta merta duduk tegak dikatilnya selepas mendapat mimpi buruk. (Ini akibat tak baca doa sebelum tidur kot.)
  3. mengadakan: That old man is drawing up his will. Orang tua itu sedang menulis (mengadakan) wasiatnya. (Sediakan Yasin juga ye.)
  4. naik: Stock prices are going up. Harga saham sedang naik. (...maka tekanan darah pun menurun semula.)
  5. tinggikan, kuatkan atau naikkan: Please turn up the TV volume. Sila tinggikan bunyi TV itu.
  6. keseluruhan: That alcoholic drank it up in a gulp. Kaki botol itu telah meminum keseluruhannya dengan sekali telan.
  7. mendekati: The lovely actress came up and smiled at me. Pelakon jelita itu telah mendekati saya dan senyum kepada saya. (Ini boleh dikira sebagai rezeki kot.)
  8. berhenti: The train pulled up at the wrong station. Tren itu berhenti pada stesen yang salah.
  9. sehingga habis: Teacher Zack tore it up. Teacher Zack telah mengoyakkannya sehingga habis. (Apa hal pulak ni.)
  10. mengacau, merangsangkan, mengocak: We have to stir up the water in the tank. Kita terpaksa mengocakkan air yang di dalam tangki itu.
Perkataan up sebagai adjective
  1. bangun: I was up at seven this morning. Saya telah pun bangun pada jam tujuh pagi ini.
  2. atas: The switch is in the up position. Suis berada di kedudukan atas.
  3. berlaku: What is up at the hall tonight? Apakah yang sedang berlaku di dewan malam ini?
  4. sudah sampai masanya: The contract is up for renewal. Kontrak itu sudah sampai masanya untuk diperbaharui.
  5. tamat: Your time is up! Masa awak sudah tamat!
  6. berfungsi: The computers are now up. Komputer-komputer sedang berfungsi sekarang.
  7. melebihi: He is up two points against his opponents. Dia sudah melebihinya dua mata menentang pihak lawannya.
Perkataan up sebagai preposition
  1. I am walking up the hill. Saya sedang berjalan menuju ke atas bukit.
  2. My house is two miles up this road. Rumah saya adalah dua kilometer di hadapan jalanraya ini.

Isnin, 21 Januari 2013

I know that you love me

I know that you love me. Saya tahu yang awak mencintai saya. Know adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu to know, know, knew, known, knowing, knows. Perkataan know memberi maksud tahu (mengetahui) atau kenal (mengenali). Berikut adalah penggunaan perkataan know:
  1. To know the Quran is all that matters to that Islamic scholar. Mengenali Al-quran adalah segalanya bagi Ulama' itu.
  2. I know that you knew but you didn't know that I knew. Saya tahu yang awak telah mengetahui tetapi awak tidak tahu yang saya telah mengetahui.
  3. We knew the 4-year-old gymnast wouldn't fail. Kami sudah mengetahui bahawa ahli gimnastik yang berumur 4 tahun itu tidak akan gagal.
  4. They should have known the deception all along. Mereka sepatutnya sudah mengetahui mengenai penipuan itu selama ini.
  5. Knowing you is the best thing that happened in my life. Mengenali awak ada perkara yang terbaik pernah berlaku di dalam hidup saya. (Betul ke ni...)
  6. Who knows what might happen to us tomorrow. Siapa tahu apa yang mungkin akan berlaku pada kita esok.
Terdapat suatu idiom yang Teacher Zack mendapati menarik iaitu you know. Idiom ini sering digunakan oleh orang-orang barat. Setahu Teacher Zack idiom ini digunakan untuk berhenti sejenak apabila sedang bercakap (masa untuk berfikir kot). Ia juga digunakan seolah-olahnya untuk mendapatkan persetujuan atau simpati daripada pendengar. Contoh-contoh penggunaan idiom you know adalah seperti berikut:
  1. Please try to be, you know, a little quieter. Harap cuba, ya lah, diam sikit.
  2. I think you are, you know, a little too fat. Saya fikir awak ni, maklumlah, terlalu gemuk sikit.
  3. We should, you know, ask him to leave and, you know, maybe ask him to pay for the drinks. Kita patut, awak tahulah, suruh dia pergi dan, ya lah, mungkin suruh dia bayar untuk minuman ini.

Ahad, 20 Januari 2013

Do you know what this post is about?

"Do you know what this post is about? Tahukah anda mengenai apa rencana ini?" Mungkin anda sudah mengetahui bahawa perkataan about memberi maksud mengenai. Walau bagaimana pun, maksud perkataan about adalah lebih luas daripada itu. Jom kita mempelajari maksud-maksud perkataan about.

Perkataan about sebagai preposition
  1. mengenai: This is a book about snakes. Ini adalah buku mengenai ular.
  2. di dalam lingkungan: The time now is about six o'clock: Waktu sekarang adalah di dalam lingkungan pukul enam.
  3. disekeliling: The fence about the school should be painted. Pagar disekeliling sekolah patut dicat.
  4. dekat: Teacher Zack is about the house. Teacher Zack berada dekat rumah.
  5. di dalam proses, melakukan: While you are about it, please clean your room. Sambil awak sedang melakukannya, pergi bersihkan bilik awak.
Perkataan about sebagai adverb
  1. mengenai: InfoInggeris is a blog about learning English language. InfoInggeris adalah mengenai mempelajari Bahasa Inggeris.
  2. selama: The interview lasted about an hour. Temuduga itu berlangsung selama sejam.
  3. hampir: Dinner is about ready. Makan malam hampir siap.
  4. tanpa arah: The kid is wandering about with no place to go. Kanak-kanak itu sedang berlegar tanpa arah dan tiada tempat untuk pergi.
  5. sekitar: Look about and you might see her. Lihat disekitar dan mungkin awak akan nampak dia.
  6. memusing ke arah bertentangan: He turned his car about and drove in this direction. Dia telah memusing ke arah bertenangan dan memandu ke arah sini.
  7. di kawasan: The journalist spoke to some people standing about. Wartawan itu bercakap dengan beberapa orang yang berdiri di kawasan itu.
  8. di dalam lingkungan: My school is about two kilometers from here. Sekolah saya adalah di dalam lingkungan dua kilometer dari sini.

Sabtu, 19 Januari 2013

Phrasal verb dan idiom untuk perkataan Make

Terdapat banyak phrasal verb dan idiom yang menggunakan perkataan make. Berikut adalah sebahagian daripadanya yang sering kedengaran:

Perkataan make di dalam phrasal verb
  1. make out bermaksud mengurus, menyelesaikan: Did you make out well in your new job? Adakah awak dapat menguruskan pekerjaan baru awak?
  2. make over bermaksud ubah suai: Her dress needs a make over. Pakaiannya memerlukan ubah suai.
  3. make up bermaksud:
    1. mekap: Put on some make up before you go out for dinner with him. Guna mekap sebelum awak keluar untuk makan malam dengan dia.
    2. mengatur: The maid will make up the room. Pembantu rumah akan mengatur bilik itu.
Perkataan make di dalam idiom
  1. make believe bermaksud membuat untuk dipercayai: She put on a white sheet and made believe that she is a ghost. Dia memakai kain puith dan membuat untuk dipercayai bahawa dia adalah hantu.
  2. make do bermaksud melakukan sesuatu dengan keperluan yang minima, redha: During the war we had to make do with eating tapioca. Semasa peperangan kami terpaksa redha dengan memakan ubi kayu.
  3. make good bermaksud menepati: The businessman made good with his promise. Ahli perniagaan itu menepati janjinya.
  4. make it bermaksud berjaya: Do you think he can make it to get a gold medal? Adakah awak fikir yang dia boleh berjaya untuk memungut pingat emas?
  5. make sense bermaksud masuk akal: The boy's argument makes sense. Hujah kanak-kanak itu masuk akal.
  6. make fun of bermaksud mengejek, mengajuk, mempermainkan: Stop making fun of that skinny girl! Hentikan daripada mengejek budak perempuan yang kurus kering itu!

Jumaat, 18 Januari 2013

Tahukah anda maksud perkataan Make?

Make adalah perkataan jenis verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to make, make, made, making dan makes. Jom kita buat ayat sambil mempelajari maksud-maksud perkataan make.
  1. membuat: 
    1. Teacher Zack is making coffee. Teacher Zack sedang membuat kopi.
    2. Make friends with friendly people if you want to be happy. Buat kawan dengan orang yang peramah jika anda ingin bahagia.
  2. menjadikan: 
    1. The headmaster made him the Head of Resource Center. Pengetua telah menjadikan dia Ketua Pusat Sumber.
    2. Make drinking plain water a habit. Jadikan meminum air biasa sebagai tabiat.
  3. mendapatkan: 
    1. I work in this big company to make a good salary. Saya bekerja di dalam syarikat besar ini untuk mendapatkan gaji yang lumayan.
    2. He made a good name out of helping others. Dia telah mendapat nama baik disebabkan menolong orang lain.
  4. menulis:
    1. I am making a poem because I'm bored. Saya sedang menulis puisi kerana saya sedang bosan.
    2. That famous poet makes poetry for the orphans. Pensyair terkenal itu membuat syair untuk anak-anak yatim.
  5. mengadakan: 
    1. We have to make laws to protect the poor. Kami perlu mengadakan perundangan untuk melindungi golongan miskin.
    2. She will be making a dinner party for you. Dia akan mengadakan majlis jamuan makan malam untuk kamu semua.
  6. pandangan: 
    1. What do you make of this matter? Apakah pandangan awak mengenai perkara ini?
    2. A man on a horse; that is what I made of your drawing. Seorang lelaki di atas kuda; itulah pandangan saya terhadap lukisan awak.

Khamis, 17 Januari 2013

Gunakan idiom All jika anda ingin berbual dengan gaya

Terdapat banyak idiom yang menggunakan perkataan all maka gunakan mereka jika anda ingin berbual dengan gaya :)
  1. above all bermaksud disebalik semua perkara: Above all, Susan wants a piano. Disebalik semua perkara, Susan inginkan sebuah piano.
  2. after all bermaksud lagipun: You are the landlord after all. Awak adalah tuan rumah lagipun.
  3. all at once bermaksud sekali gus: Don't eat those cup-cakes all at once! Jangan makan semua kek cawan itu sekali gus!
  4. all but bermaksud hampir: Oh my, my phone battery is all but dead. Aduh, bateri telefon saya hampir mati.
  5. all in all bermaksud kesemuanya: There were 23 trainees all in all. Terdapat 23 pelatih kesemuanya.
  6. all out bermaksud sedaya upaya: We went all out to win the competition. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan itu.
  7. all over bermaksud berakhir: Its all over, the players lost the opportunity. Kesemuanya telah berakhir, pemain-pemain telah kehilangan peluang itu.
  8. all that bermaksud semata-mata: Its not all that different from your other car. Ia bukanlah semata-mata berbeza daripada kereta awak yang lain.
  9. all the better bermaksud menguntungkan: If the sun shines it will be all the better for our trip. Sekiranya matahari bersinar ia adalah lebih menguntungkan untuk perjalanan kita.
  10. at all bermaksud pun, langsung: I am not surprised at all! Saya tidak terkejut langsung!
  11. for all that bermaksud untuk semua itu: For all that, our campaign was worth it. Untuk semua itu, kempen kami berbaloi.
  12. once and for all bermaksud untuk kali terakhir: The case was settled once and for all after she was awarded the compensation. Kes itu selesai untuk kali terakhir selepas dia diberi pampasan.

Rabu, 16 Januari 2013

Pelajarilah perkataan All

Perkataan all sebagai adjective
  1. semua: All students please go to the assembly hall now. Semua murid-murid sila ke dewan perhimpunan sekarang.
  2. kesemua: Why did you ate all the cake? Kenapa awak telah memakan kesemua kueh itu?
  3. tertinggi, terhormat: The student has presented his project in all earnest. Murid itu telah mempersembahkan projeknya dengan kesungguhan.
  4. setiap: The kueh seller makes all kinds of kueh. Penjual kueh itu membuat setiap jenis kueh.
  5. apa saja: Beyond all doubt the lorry driver is innocent. Di luar apa saja kesangsian pemandu lorry itu tidak bersalah.
  6. hanya: The jubah is all cotton. Jubah itu hanya diperbuat daripada kain kapas.
Perkataan all sebagai pronoun
  1. kesemua: All of you must be in the auditorium by noon. Kamu semua mesti berada di dewan sebelum tengahari.
  2. segalanya: Is that all you can say? Adakah hanya itu segalanya yang awak boleh katakan?
Perkataan all sebagai adverb
  1. sepenuhnya, benar-benar, seluruhnya: Grandma is all alone at home now. Nenek benar-benar seorang diri di rumah sekarang.
  2. semata-mata, hanya: Her husband spent his income all on gambling. Suaminya telah membelanjakan pendapatannya semata-mata untuk perjudian.
  3. satu sama: The football match score last night was one all. Mata pertandingan bolesepak semalam adalah satu sama.

Selasa, 15 Januari 2013

Tahukah anda bahawa perkataan If boleh memberi maksud jika, walaupun, kalaulah, soalnya dan lebih lagi?

Perkataan if sebagai conjunction
  1. jikalau: If possible, we will ignore it. Jikalau dapat, kami akan membiarkannya.
  2. walaupun: It is a great show if small audience. Ia adalah pertunjukan yang hebat walaupun penonton yang sedikit.
  3. jika: The geologist asked if I knew the area. Ahli geologi itu bertanya jika saya mengetahui kawasan itu.
  4. kalaulah: If only mom could see me now! Kalaulah ibu dapat melihat saya sekarang!
  5. apabila: If its raining, she will cry. Apabila ia hujan, dia akan menangis.
Perkataan if sebagai noun
  1. soalnya: The if is whether our plan will work. Soalnya adalah sekiranya rancangan kita akan berjaya.
  2. syarat: I won't accept any ifs. Saya tidak akan menerima apa-apa jika (syarat).

Isnin, 14 Januari 2013

Bercakaplah seperti di movie dengan perkataan GET

Kalau anda ingin bercakap macam pelakon-pelakon di dalam movie, teruskan membaca.
Perkataan get di dalam idiom
  1. get back memberi maksud:
    1. kembali, berundur: We are under heavy fire, get back, get back! Kami ditentang sengit, berundur, berundur!
    2. pulih, sedar semula, Get back to your senses, we need you, captain. Sedar semula, kami memerlukan awak, kapten.
    3. membalas dendam: The commando is waiting for a chance to get back at his son's killer. Komando itu sedang menunggu peluang untuk membalas dendam terhadap pembunuh anak lelakinya.
  2. get going memberi maksud:
    1. mulakan: Get going, we need to finish this trench by midnight. Mulakan, kami perlu menyiapkan parit pelindung ini pada tengah malam.
    2. mempercepatkan, meneruskan: If we don't get going, we'll never make it in time. Jika kita tidak meneruskan, kita tidak akan sampai pada waktu yang sepatutnya.
Perkataan get di dalam phrasal verb
  1. get ahead memberi maksud mendapat kejayaan: We are getting ahead by determination and tactics. Kami menuju kejayaan dengan keazaman dan taktik-taktik.
  2. get ahead of memberi maksud memintas, maju, melampaui: Don't let the enemy tanks get ahead of us. Jangan benarkan kereta kebal musuh memintas kami.
  3. get about memberi maksud diketahui: It should have been a secret but it got about. Ia adalah sepatutnya suatu rahsia tetapi is telah diketahui.
  4. get across memberi maksud meyakinkan: In order to win this battle you must get across to the troops. Untuk memenangi pertempuran ini awak mesti meyakinkan askar-askar itu.

Ahad, 13 Januari 2013

Fahamilah perkataan Get

Get adalah perkataan jenis irrregular verb yang mempunyai enam bentuk iaitu to get, get, got, got/gotten, getting, gets.
Perkataan get sebagai transitive verb
  1. menerima: Have you gotten your new MYCard yet? Sudahkah anda menerima MYCard baru awak?
  2. pergi membuat sesuatu: Would you get the pail for me? Bolehkah awak mengambilkan baldi untuk saya?
  3. komunikasi: You can always get me by telephone. Awak sentiasa boleh mendapatkan saya melalui telefon.
  4. mendengar: Sorry, I didn't get what you said just now. Maaf, saya tidak dengar apa yang awak kata tadi.
  5. mendapatkan sesuatu: The gardener is getting married with the maid. Tukang kebun akan berkahwin dengan pembantu rumah.
Perkataan get sebagai intransitive verb
  1. untuk bermula: He told the cab driver to get moving. Dia memberitahu pemandu teksi itu untuk memulakan memandu.
  2. menjadi: The prisoner got free. Banduan itu telah bebas.
  3. mendapat keuntungan, duit: The vegetable seller focus on getting and spending. Penjual sayur itu fokus untuk mendapat keuntungan dan membelanja.
  4. dihalau: The teacher was angry and told him to get. Guru sedang marah dan menyuruh dia pergi.
Keterangan mengenai bentuk verb, transitive verb dan intransitive verb terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.

Sabtu, 12 Januari 2013

Pelajarilah perkataan Who

Who adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud siapa. Berikut adalah penggunaan perkataan who:
Nominative, who siapa:
  1. Who broke the window? Siapa yang telah memecahkan tingkap itu?
  2. Who does he think he is? Siapa dia sangka dirinya? atau Dia sangka dia siapa?
  3. It was who you thought? Ia adalah siapa yang awak sangka?
  4. Anyone who wants ice cream can have it. Sesiapa yang inginkan aiskirm boleh mengambilnya.
Objective, whom siapa:
  1. This book is for whom? Buku ini untuk siapa?
  2. For whom did you say just now? Untuk siapa yang kata tadi?
  3. Whom are you going to invite? Siapakah yang awak akan menjemput?
  4. I don't know whom he called. Saya tidak tahu siapa yang dia panggil.
Possessive, whose milik siapa:
  1. Whose camera is this? Milik siapa kamera ini? atau Kamera ini milik siapa?
  2. I am not sure whose car that is. Saya tidak pasti milik siapa kereta itu.
  3. I have a friend whose father is a famous actor. Saya ada kawan yang ayahnya adalah seorang pelakon terkenal.
  4. Siti, whose hair is long, cut it short yesterday. Siti, yang rambutnya panjang, telah memotongnya pendek semalam.

Jumaat, 11 Januari 2013

Lain-lain penggunaan What

Perkataan what sebagai adjective
  1. digunakan untuk bertanya dan berada sebelum noun
    1. What hat is the plant manager wearing? Topi apakah pengurus loji itu sedang pakai?
    2. What story should we see? Cerita apakah yang patut kita tonton?
  2. apa saja: Take what you need. Ambillah apa saja yang awak perlukan.
Perkataan what sebagai adverb
  1. memberi gambaran setakat mana, berapa banyak: 
    1. What does it matter? Apakah yang ia menjadi hal?
    2. What do you care? Apakah yang awak ambil berat?
Perkataan what sebagai interjection kata seru
  1. digunakan sebagai kata seru:
    1. What, no sugar? Apa, tiada gula?
    2. What, the champion loss? Apa, juara dah kalah?
Perkataan what sebagai conjunction
  1. sebanyak mana: 
    1. The relief center gives her what it can. Pusat bantuan memberinya sebanyak mana yang ia boleh.
    2. I help the beggar what I can. Saya menolong pengemis itu sebanyak mana yang saya mampu.
Perkataan what didalam idiom
  1. so what memberi maksud habis apa: If you hate me, so what? Jika awak membenci saya, habis apa?
  2. what for:
    1. memberi maksud kenapa: What are you doing that for? Apakah yang awak lakukan itu untuk? atau Awak lakukan itu untuk apa?
    2. menggambarkan emosi marah: What for! Untuk apa!
  3. but what memberi maksud tapi kenapa: Yes I agree, but what? Ya saya setuju, tapi kenapa?
  4. say what memberi maksud kata apa; menggambarkan emosi terkejut serta meminta agar apa yang telah dikatakan diulang semula: Say what? You want you to kill yourself? Kata apa? Awak nak bunuh diri?

Khamis, 10 Januari 2013

Kenalilah perkataan What

Pada dasarnya what adalah perkataan jenis pronoun dan ia mempunyai maksud yang luas. Berikut adalah maksud-maksud perkataan what sebagai pronoun:
  1. digunakan sebagai soalan untuk mendapatkan maklumat: What is in this cupboard? Apakah di dalam almari ini?
  2. digunakan untuk bertanya mengenai ciri-ciri atau perkerjaan seseorang: What is her occupation? Apakah pekerjaannya?
  3. digunakan untuk bertanya asalan atau identiti: What are those trees? Apakah pokok-pokok itu?
  4. digunakan untuk bertanya semula maklumat yang tidak difahami sebelumnya: You saw what? Awak nampak apa?
  5. berapa harganya: What does it cost? Berapakah harganya?
  6. mengaitkan sesuatu: I will give you what you want. Saya akan memberi awak apa yang awak inginkan.
  7. apa saja: 
    1. Say what you please. Katakanlah apa saja sesuka hati awak.
    2. Come what may. Datanglah apa saja.
  8. seberapa banyak: We have to give him what we can. Kita patut memberinya seberapa banyak yang kita boleh.
  9. ada lagi yang boleh atau patut diketahui: 
    1. You know what? Awak nak tahu apa?
    2. Should we leave or what? Kita patut pergi atau apa?
  10. digunakan didalam frasa seruan:
    1. What luck! Apalah nasib!
    2. What a jump! Apalah lompatan!
    3. What an idea! Apalah idea!
  11. tak setuju: He is a genuis, what? Dia seoang yang amat pintar, apa?

Rabu, 9 Januari 2013

Jom belajar perkataan Or

Or adalah perkataan jenis conjunction. Berikut adalah maksud-maksud dan penggunaan perkataan or:
  1. digunakan untuk menyambung perkataan, frasa atau klausa:
    1. Are these books or magazines? Adakah ini buku-buku atau majalah-majalah?
    2. A spy can be a friend or an enemy. Seorang perisik boleh menjadi seorang kawan atau seorang musuh.
  2. digunakan untuk menyambung pilihan yang serupa:
    1. Please take watermelon or banana. Sila ambil tembikai atau pisang.
    2. Are you working as an accounts clerk or administration clerk? Adakah awak bekerja sebagai kerani akaun atau kerani pentadbiran?
  3. digunakan dengan perkataan either atau whether didalam hal korelasi atau hubung kait:
    1. You can turn either left or right. Awak boleh pusing sama ada kiri atau kanan.
    2. Whether Monday or Tuesday is still not late. Sama ada Isnin atau Selasa masih belum lambat.
  4. digunakan dengan perkataan rather untuk memperbetulkan apa yang baru dikatakan:
    1. His music, or rather song compositions, are amazing. Muziknya, atau lebih tepat lagi ciptaan lagunya, adalah hebat.
    2. Don't touch those paintings, or rather my paintings. Jangan sentuh lukisan itu, atau lebih tepat lagi lukisan saya.
  5. memberi maksud kalau tidak, sekiranya tidak, jika tidak:
    1. Come at 7.00 AM, or we'll leave you. Datang jam 7.00 pagi, kalau tidak kami akan meninggalkan awak.
    2. Say please, or I won't give the music CD to you. Kata tolong, kalau tidak saya tidak akan memberi CD muzik itu kepada awak.

Selasa, 8 Januari 2013

Pelajarilah perkataan She

Pada dasarnya she adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud dia perempuan. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan she:
  1. Nominative, she dia
    1. Siti Nuraini is my sister and she is six years old. Siti Nuraini adalah adik perempuan saya dan dia berumur enam tahun.
  2. Objective, her nya
    1. The accountant just started work here but I knew her as a friend for two years. Akauntan itu baru mula bekerja di sini tetapi saya sudah mengenalinya sebagai kawan selama dua tahun.
  3. Possessive, her nya
    1. My aunty brought her cat to my birthday party. Makcik saya telah membawa kucingnya ke majlis ulang tahun saya.
  4. Plural nominative, they mereka
    1. Our aerobics team hope that they can enter the competition. Kumpulan aerobik kami mengharapkan bahawa mereka dapat memasuki pertandingan itu. 
  5. Plural objective, them mereka
    1. The college girls feel that someone is trying to hurt them. Murid-murid perempuan maktab itu merasakan bahawa terdapat orang yang sedang mencuba untuk menyakiti mereka
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, theirs milik mereka:
      1. The models are wearing yellow skirts and these yellow shoes are theirs. Peragawati-peragawati itu memakai skirt kuning dan kasut-kasut kuning ini adalah milik mereka.
    2. Adjective, their milik mereka:
      1. Those Korean actresses are pretty and I like their eyes. Pelakon-pelakon wanita Korea itu cantik dan saya suka mata mereka.

Isnin, 7 Januari 2013

Mengenali perkataan By

Pada dasarnya by adalah perkataan jenis preposition. Berikut adalah maksud-maksud perkataan by sebagai preposition:
  1. di sebelah: Why is that cat siting by the door? Kenapa kucing itu duduk di sebelah pintu?
  2. menggunakan, dibantu oleh: I was surprised that the visitors came by the back road. Saya terkejut bahawa pelawat-pelawat telah datang menggunakan jalan belakang.
  3. melintasi: The gangsters drove by the police station. Samseng-samseng itu telah memandu melintasi stesen polis itu.
  4. di, pada: On our way home we stopped by the bakery. Didalam perjalanan pulang kami singgah di bakeri.
  5. didalam jangkamasa, semasa: I will only go there by day and not by night. Saya hanya akan pergi ke sana pada siang hari dan tidak pada malam hari.
  6. tidak lebih dari: The architect will be at the site by 2.30 PM. Arkitek itu akan berada di tapak tidak lebih dari 2.30 petang.
  7. menggambarkan jumlah, merangkumi, meliputi, melingkungi: The forms came in by the thousands. Borang-borang masuk merangkumi beribu-ribu.
  8. menunjukkan had: My sister is shorter than me by two inches. Adik perempuan saya adalah lebih pendek dari saya sebanyak dua inci.
  9. mematuhi, menurut: In the football match the captain did not play by the rules. Didalam pertandingan bolasepak itu kapten tidak bermain menurut peraturan.
  10. merujuk kepada: We are brothers by blood. Kami bersaudara dengan pertalian darah.
  11. dengan nama, demi: I swear by Allah Ta'ala to tell the truth. Saya bersumpah dengan nama Allah Ta'ala untuk berkata benar.
  12. melalui aksi: The activist was killed by the bullet. Aktivis itu dibunuh oleh sebutir peluru.
  13. berturut-turut: One by one the scouts left the cave. Seorang demi seorang pengakap telah meninggalkan gua itu.
  14. darab: Multiply 2 by 3 to get 6. Darab 2 kali 3 untuk mendapatkan enam.
  15. menunjukkan ukuran: The conference room is 24 by 28 feet. Bilik persidangan itu adalah 24 kali 28 kaki.

Sabtu, 5 Januari 2013

Ketahuilah perkataan From

From adalah perkataan jenis preposition. Berikut adalah maksud-maksud perkataan from:

  1. menunjukkan lokasi asal: That train travelled south from Kedah. Keretapi itu menuju ke selatan dari Kedah.
  2. menunjukkan permulaan jangkamasa: He became a teacher from 1998 to 2012. Dia telah menjadi guru dari 1998 hingga 2012.
  3. menunjukkan jarak diantara dua tempat atau perkara: The valley is 3 km from here. Lembah itu berada 3 km dari sini.
  4. menunjukkan jumlah yang lebih rendah: The apparels are priced from RM10 to RM75. Pakaian-pakaian itu berharga dari RM10 ke RM75.
  5. menunjukkan asalan: That drawing is painted from life. Lukisan itu dilukis dari kehidupan.
  6. disebabkan oleh: My friend is exausted from his walk to the stadium. Kawan saya terlalu letih disebabkan oleh perjalanannya ke stadium.

Fahamilah perkataan This

Perkataan this memberi maksud ini. Plural jamak untuk perkataan this adalah these. Berikut adalah penggunaan perkataan this:

Perkataan this sebagai pronoun
  1. merujuk kepada orang atau benda: This is my draftsman. Ini adalah pelukis pelan saya.
  2. merujuk kepada apa yang akan dikatakan: Don't laugh when you hear this. Jangan ketawa apabila awak mendengar ini.
  3. merujuk kepada peristiwa, aksi atau waktu: I will be home before this. Saya akan pulang ke rumah sebelum ini.
  4. menunjukkan yang hampir: These are hers and those are yours. Ini dia punya dan itu awak punya.
Perkataan this sebagai adjective
  1. menggambarkan pekara yang baru berlaku: The milkman did not come this morning. Penjual susu tidak datang pagi ini.
  2. menggambarkan yang hampir: The explosion occured at that side but I was at this side. Letupan itu berlaku disebelah sana tetapi saya berada disebelah sini.
Perkataan this sebagai adverb
  1. menggambarkan had jarak, darjah, takat:
    1. My daughter has never been out this late. Anak perempuan saya tidak pernah keluar selewat ini.
    2. You mean you walked this far? Maksud awak, awak telah berjalan sejauh ini?
Perkataan this di dalam idiom
Idiom with this memberi maksud dengan ini:
  1. With this, he threw the book and left the room. Dengan ini, dia telah membaling buku itu dan keluar dari bilik.

Jumaat, 4 Januari 2013

Jom belajar perkataan He

Pada dasarnya he adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud dia lelaki. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan he:
  1. Nominative, he dia
    1. Who is he? Is he the curator of this museum? Siapakah dia? Adakah dia kurator muzium ini?
  2. Objective, him dia
    1. Please give this book to him and let him read it. Sila beri buku ini kepada dia dan biarkan dia membacanya.
  3. Possessive, his nya
    1. His knowledge is of no use if he doesn't practise it. Pengetahuannya tidak berguna jika dia tidak mengamalkannya.
  4. Plural nominative, they mereka
    1. They are the ones who bribed the policeman but they denied it. Merekalah yang telah merasuah anggota polis itu tetapi mereka menafikannya.
  5. Plural objective, them mereka
    1. The suitable sentence for them is jail for life. Hukuman setimpal untuk mereka adalah penjara seumur hidup.
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, theirs milik mereka:
      1. I don't want your curtains. Can I have theirs instead? Saya tidak mahu langsir-langsir awak. Bolehkah sebaliknya saya diberikan (langsir-langsir) mereka?
    2. Adjective, their milik mereka:
      1. Their cars are not parked properly. Kereta-kereta mereka tidak diletakkan dengan betul.

Khamis, 3 Januari 2013

Pelajarilah perkataan You


Pada dasarnya you adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud awak. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan you:
  1. Nominative, you awak:
    1. You are the one whom I love. Awak adalah orang yang saya cintai.
    2. If you hurt me, I will slap your face. Jika awak menyakiti saya, saya akan menampar muka awak. (Adoi, sampainya hati.)
  2. Objective, you awak:
    1. I don't want to talk to you ever again. Saya tidak ingin bercakap dengan awak buat selamanya.
    2. I will hate you forever! Saya akan membenci awak selamanya! (Amin.)
  3. Possessive
    1. Pronoun, yours milik awak:
      1. I will always be yours. Saya akan sentiasa menjadi milik awak.
      2. My wealth, however, will never be yours. Harta saya, bagaimana pun, tidak akan menjadi milik awak.
    2. Adjective, your milik awak:
      1. May I come into your life? Bolehkah saya datang ke dalam hidup (milik) awak?
      2. Your world is my world. Dunia (milik) awak adalah dunia saya. (Macam mana tu?)
  4. Plural nominative, you kamu:
    1. You shall always be in my heart. Kamu akan sentiasa berada di dalam hati saya.
    2. You must share the joy life has given to you. Kamu mesti berkongsi kebahagiaan yang kehidupan telah memberi kepada kamu.
  5. Plural objective, you kamu:
    1. My battalion and I shall defy all of you! Batalion saya dan saya akan menentang kamu semua!
    2. For all of you, this dwelling shall be. Untuk kamu semua, kediaman ini akan menjadi.
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, yours milik kamu:
      1. Oh my people, yours, is this conquered land. Wahai rakyat ku, milik kamu, adalah tanah kemenangan ini.
      2. Glorious Knights, the people of that country are now yours to command. Satria-satria kegemilangan, rakyat negara itu sudah menjadi milik kamu untuk diperintah.
    2. Adjective, your milik kamu:
      1. We believe all your houses will be affected by the upcoming hurricane. Kami percaya semua rumah-rumah kamu akan terjejas oleh taufan yang akan datang itu.
      2. Congratulations to all staff, your bonus for this year is four months salary. Tahniah kepada semua kakitangan, bonus anda untuk tahun ini adalah empat bulan gaji. (Syukur, syukur...)

Rabu, 2 Januari 2013

Kenalilah perkataan For

Pada dasarnya for adalah perkataan jenis preposition. Perkataan for mempunyai maksud yang luas seperti berikut:
  1. kepunyaan, ditujukan atau menyampaikan: There is a phone call for you. Terdapat panggilan telefon untuk awak.
  2. memanfaatkan atau memberi faedah: I did it for you. Saya melakukannya untuk awak.
  3. haluan: The adventurers are heading for the valley. Pengembara-pengembara itu sedang menuju ke arah lembah itu.
  4. jangkamasa: The carpenter has been working for six hours. Tukang kayu itu telah bekerja selama enam jam.
  5. sokongan: Those for the erection of a tower please raise your hands. Sesiapa yang menyokong pembinaan sebuah menara sila angkat tangan.
  6. tujuan atau matlamat: I work only for the money. Saya bekerja hanya untuk duit.
  7. menggantikan: He is a substitute for an injured player. Dia adalah pengganti untuk pemain yang cedera.
  8. waktu tertentu: We have a date for next week. Kami ada temujanji untuk minggu depan.
  9. kewajipan atau tugas: That is for the Director to do. Itu adalah untuk Pengarah melakukannya.
  10. walaupun, sungguhpun atau meskipun: He is a good father, for all his anger. Dia adalah seorang ayah yang baik, meskipun dengan semua kemarahannya.
  11. mengekalkan atau demi: We fight for survival. Kami berjuang demi kewujudan.
  12. penyamaan terus atau demi: The faction leader spoke of the divine scripture word for word, sentence for sentence. Ketua puak telah bercakap mengenai kitab ketuhanan itu perkataan demi perkataan, ayat demi ayat.
  13. untuk menjadi: He is not sure to go for a soldier or to go for a policeman. Dia tidak pasti untuk menjadi seorang askar atau untuk menjadi seorang pegawai police.
  14. balasan: The murderer will be hanged for his crime. Pembunuh itu akan digantung untuk jenayah yang dilakukannya.
  15. merujuk kepada ciri-ciri yang lazim: He is tall for a woman. Dia adalah tinggi untuk seorang wanita.

Selasa, 1 Januari 2013

Jom belajar perkataan That

Di bawah adalah penggunaan serta maksud-maksud perkataan that. Plural jamak untuk perkataan that adalah those.

Perkataan that sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan that menggantikan noun.
  1. that memberi maksud itu:
    1. That is my brother. Itu adalah abang saya.
    2. The lecturer got angry and after that he fainted. Pensyarah itu marah dan selepas itu dia pengsan.
    3. What kind of drinks are those? Minuman jenis apakah semua itu?
    4. Teacher Zack prefers this shoe than that. Teacher Zack lebih gemar kasut ini dari yang itu.
  2. that memberi maksud yang:
    1. The refrigerator that my cousin bought is faulty. Peti sejuk yang sepupu saya telah beli sudah rosak.
    2. It is this gold bracelet that my wife likes. Gelang emas inilah yang isteri saya suka.
    3. Those were the ones my fiancee prefers. Yang itulah tunang saya lebih gemari.
    4. These newspapers were those printed earlier. Akhbar-akhbar ini adalah yang dicetak dahulu.
Perkataan that sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan that mengubah noun.
  1. That man is a thief. Lelaki itu adalah pencuri.
  2. My daughter is afraid of those insects. Anak perempuan saya menakuti serangga-serangga itu.
  3. That one is hers. Yang itu milik dia.
Perkataan that sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan that mengubah adjective atau adverb yang lain.
  1. I don't like him that much. Saya tidak sukakan dia sebanyak itu.
  2. Was the fish that big? Adakah ikan itu sebesar itu?
  3. How could the wrestler be that strong? Bagaimanakah ahli gusti itu boleh menjadi sekuat itu?
Perkataan that sebagai conjunction
Sebagai conjunction perkataan that menyambung klausa.
  1. I am certain. + He is the one. = I am certain that he is the one. Saya yakin bahawa dia adalah orangnya.
  2. The security guard was not sure. + He saw the woman. = The security guard was not sure that he saw the woman. Pengawal keselamatan itu tidak pasti yang dia nampak wanita itu.
  3. Mom is hoping. + She would arrive on time. = Mom is hoping that she would arrive on time. Ibu sedang mengharapkan agar dia akan tiba pada masa yang sepatutnya.