Jumaat, 30 November 2012

Kenalilah perkataan Inggeris Yellow

Anyone who is willing to buy for Teacher Zack a yellow Ferrari car will be Teacher Zack's beloved friend forever. Sesiapa yang sudi membeli untuk Teacher Zack sebuah kereta Ferrari kuning akan menjadi kawan yang dikasihi Teacher Zack buat selamanya. Yellow adalah perkataan Inggeris yang bererti kuning. Yellow boleh digunakan sebagai noun, adjective, adverb dan juga verb.

Yellow sebagai noun
Sebagai noun perkataan yellow memberi maksud kuning:
  1. That linguistic professor hates yellow. Profesor linguistik itu benci kuning.
  2. Do you know that the center of an egg is also called yellow? Tahukah anda bahawa di tengah sebiji telur juga dipanggil (telur) kuning?
  3. The color of this paint is not red but yellow. Warna cat ini bukan merah tetapi kuning.
Terdapat juga perkataan noun iaitu yellowness yang memberi maksud kekuningan.
  1. The yellowness in her dress makes it attractive. Kekuningan pada pakaiannya menjadikan ia menarik.
Yellow sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan yellow mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. yellow kuning
  2. yellower lebih kuning
  3. yellowest paling kuning
Berikut adalah contoh ayat-ayat yang menggunakan perkataan yellow sebagai adjective:
  1. The new model prefers yellow hair. Peragawati baru itu lebih gemar berambut kuning.
  2. The bottom part of the painting is yellower than the top. Bahagian bawah lukisan itu adalah lebih kuning dari yang di atas.
  3. Your teeth is the yellowest of all; brush it! Gigi awak adalah yang paling kuning; pergi gosok!
Terdapat satu lagi bentuk adjective untuk perkataan yellow iaitu yellowish. Ia memberi maksud seakan-akan kuning atau kekuningan:
  1. Wow, such a beautiful yellowish hue in the sky. Wah, suatu rona kuning yang cantik di langit.
Yellow sebagai adverb
Bentuk perkataan yellow sebagai adverb adalah yellowly dan memberi maksud secara menguningkan:
  1. The kindergarten boy yellowly colored his painting. Kanak-kanak tadika itu secara menguningkan telah mewarnakan lukisannya.
Yellow sebagai verb
Sebagai verb perkataan yellow memberi maksud menguningkan. Ia adalah perkataan jenis regular verb dan mempunyai 5 bentuk iaitu to yellow, yellow, yellowed, yellowing dan yellows:
  1. to yellow bermaksud untuk menguningkan: The scientist has decided to yellow the chemical solution. Para saintis telah membuat keputusan untuk menguningkan larutan kimia itu.
  2. yellow bermaksud menguningkan: Please yellow the stage door for the children's show next week. Sila kuningkan pintu pentas itu untuk pertunjukkan kanak-kanak minggu depan.
  3. yellowed memberi maksud telah menguningkan: Ouch, the fans yellowed the actor's shirt with yolks of eggs! Adoi, peminat-peminat itu telah menguningkan kemeja pelakon itu dengan telur-telur kuning!
  4. yellowing bererti sedang menguningkan: The painting team is yellowing the middle part of the flag. Kumpulan pengecat sedang menguningkan bahagian tengah bendera itu.
  5. yellows bermaksud menguningkan dan hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: That alien yellows itself in self defence! Makhluk asing itu menguningkan diri untuk mempertahankan dirinya.
Ingat ye, Teacher Zack is not yellow. Teacher Zack bukan pengecut. Di dalam ayat ini perkataan yellow adalah slang yang memberi maksud pengecut.

Sampai sini je dan semoga cerai hari ini macam Teacher Zack :)

Keterangan lanjut mengenai regular verb dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Khamis, 29 November 2012

Perkataan Inggeris Lie mengelirukan?

It is no wonder that people will fear anyone who tells a lie. Ia bukanlah suatu keajaiban bahawa orang akan menakuti sesiapa sahaja yang bercakap bohong. Lie adalah perkataan jenis verb yang pada dasarnya mempunyai dua maksud utama iaitu tipu atau baring. Berhati-hati ye sebab bentuk-bentuknya berlainan seperti berikut:
  1. Perkataan lie yang bermaksud tipu mempunyai 5 bentuk iaitu to lie, lie, lied, lying, lies.
  2. Perkataan lie yang bermaksud baring mempunyai 6 bentuk iaitu to lie, lie, lay, lain, lying, lies.
Perhatikan bahawa lie tipu adalah perkataan jenis regular verb manakala lie baring adalah perkataan jenis irregular verb.

Jom kita belajar satu demi satu dan kita mulakan dengan perkataan lie yang bermaksud tipu.

Lie yang bermaksud tipu
Maksud perkataan lie boleh juga diterjemahkan sebagai bohong, fitnah, perdaya atau sebagainya.
  1. to lie bererti untuk menipu: The witness was charged because he tried to lie about the evidence. Saksi itu didakwa sebab dia telah cuba untuk menipu mengenai bukti itu.
  2. lie bermaksud menipu: I did not lie to you; I am not a lier! Saya tidak menipu awak; Saya bukan seorang penipu!
  3. lied bermaksud telah menipu: His fiancee lied to him by calling off their wedding. Tunangnya telah menipunya dengan membatalkan majlis perkahwinan mereka.
  4. lying bererti sedang menipu: Your cousin is lying to her lecturer about the assignment. Sepupu awak sedang menipu pensyarahnya tentang penugasan itu.
  5. lies bermaksud menipu dan digunakan hanya untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: Imagine a lawyer who frequently lies! Bayangkan seorang peguam yang sering menipu!
Lie yang bermaksud baring
Maksud perkataan lie boleh juga diterjemahkan sebagai terbaring, berada, terletak, tersimpan, atau sebagainya.
  1. to lie bererti untuk berbaring: The Technical Manager usually goes to the office lounge area to lie on the couch. Pengurus Teknikal biasanya pergi ke ruang tamu pejabat untuk berbaring di atas kerusi rehat.
  2. lie bermaksud berbaring: Don't lie here; this place is not clean. Jangan berbaring di sini; tempat ini tidak bersih.
  3. lay bermaksud telah berbaring: Being exhausted the leopard hunter lay under this tree. Disebabkan kepenatan pemburu harimau bintang itu telah berbaring di bawah pokok ini.
  4. lain bererti sudah berbaring (atau sudah berada): The mummy had lain in its tomb for 300 years. Mumia itu sudah berada di dalam makamnya selama 300 tahun.
  5. lying bermaksud sedang berbaring (atau sedang berada): Your pencil is lying on my table. Pensel awak sedang berada di atas meja saya.
  6. lies bermaksud terbaring; bentuk lies hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal sahaja: The spy lies motionless after being shot in the head. Pengintip itu terbaring tidak bergerak setelah ditembak di kepala.
Phrasal verb dan idiom
Terdapat phrasal verb yang menggunakan perkataan lie iaitu lie down yang memberi maksud melakukan sedikit atau tidak melakukan apa-apa:
  1. The new security guard is lying down on the job. Pengawal keselamatan baru itu tidak melakukan apa-apa di dalam pekerjaannya.
Idiom popular yang menggunakan perkataan lie adalah lie low (atau lay low) yang bermaksud menyembunyikan diri, meredakan keadaan atau menyembunyikan sesuatu rancangan:
  1. The gangsters tried to lie low to avoid detection by the police. Samseng-samseng itu telah cuba meredakan keadaan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh pihak polis.
Keterangan lanjut mengenai regular verb, irregular verb serta bentuk-bentuk verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

Rabu, 28 November 2012

Erti kata perkataan Inggeris Table

If you spend a lot of time using your computer then you need a good computer table. Jika anda banyak menghabiskan masa anda menggunakan komputer anda maka anda memerlukan meja komputer yang bagus. Table, suatu perkataan Inggeris yang sudah diketahui umum, pada dasarnya adalah perkataan jenis noun. Table adalah untuk kegunaan singular tunggal manakala tables adalah untuk kegunaan plural majmuk. Sebagai noun, table mempunyai maksud-maksud berikut:
  1. meja: Please set up the conference table for the year-end financial meeting at 8:00am tomorrow morning. Sila sediakan meja persidangan untuk mesyuarat kewangan akhir tahun pada pukul 8:00 pagi esok.
  2. jadual: It is almost impossible to learn chemistry without the table of atomic mass. Ia adalah hampir mustahil untuk mempelajari ilmu kimia tanpa jadual jisim atom. 
Terdapat juga maksud-maksud perkataan table yang khusus untuk bidang-bidang tertentu seperti berikut:
  1. Bidang musik: Bahagian depan alat musik yang bertali dipanggil table
  2. Bidang senibina: Permukaan dinding yang telah dirawat dipanggil table.
  3. Bidang anatomi: Lapisan rata yang terdapat pada tengkorak dipanggil table.
Perkataan table boleh juga digunakan sebagai regular verb dan ia memberi maksud mengadakan di meja, menyediakan di meja atau membentangkan di meja. Terdapat 5 bentuk perkataan table iaitu to table, table, tabled, tabling, tables.
  1. to table: The Chief Executive Officer insist to table the Sales Forecast meeting immediately. Ketua Pegawai Eksekutif mendesak untuk mengadakan di meja mesyuarat Ramalan Jualan dengan segera.
  2. table: You may table the playing cards; it's time to play. Awak boleh membentangkan di atas meja daun terup itu; sudah masa untuk bermain.
  3. tabled digunakan untuk past tense kala lampau (iaitu telah melakukan): It should have been the Chairman who tabled the Council Members yesterday. Ia adalah sepatutnya Pengerusi yang telah mengadakan di meja Ahli-ahli Majlis itu semalam.
  4. tabling digunakan untuk present tense kala kini (iaitu sedang melakukan): Please do not interrupt me; I am tabling a meeting now? Harap jangan mengganggu saya; saya sedang mengadakan di meja mesyuarat sekarang.
  5. tables digunakan hanya untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: If the Administration Manager tables the meeting, it will be quick. Jika Pengurus Pentadbiran yang mengadakan di meja mesyuarat itu; maka ia akan menjadi cepat.
Terdapat banyak jenis-jenis table yang perlu kita ketahui. Berikut adalah sebahagian darinya:
  1. table of contents isi kandungan
  2. periodic table jadual berkala
  3. statistical table jadual statistik
  4. breakfast table meja sarapan
  5. coffee table meja kopi
  6. conference table meja persidangan
  7. dressing table meja solek
  8. kitchen table meja dapur
  9. operating table meja bedah
  10. snooker table meja permainan snooker
Itu je untuk hari ni ye, take care :)

Keterangan terperinci mengenai regular verb serta bentuk-bentuknya terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

Selasa, 27 November 2012

Jom kita menterjemahkan perkataan Inggeris As

Can you sing as sweetly as a nightingale? Bolehkah anda bernyanyi semerdu burung rindu malam? As adalah perkataan Bahasa Inggeris yang sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris. Perkataan as mempunyai banyak maksud dan boleh digunakan sebagai adverb, conjunction, pronoun dan preposition.

as sebagai adverb:
  1. as menunjukkan perbandingan: Yesterday was not as hot as today. Semalam tidaklah sepanas hari ini. Cara penggunaannya adalah seperti berikut: as tall as setinggi, as low as serendah, as pretty as secantik, as simple as semudah dan sebagainya.
  2. as boleh juga diterjemahkan sebagai sepertimana: That criminal is violent, as a bear or tiger. Penjenayah itu ganas, sepertimana seekor beruang atau harimau.
  3. as menggambarkan cara (persetujuan, janji): The electrician came as promised. Juruelektrik itu datang seperti yang telah dijanjikan.
as sebagai conjunction:
Sebagai conjunction perkataan as digunakan sebagai kata hubung diantara frasa atau ayat.
  1. You are not thinking as I am thinking. Awak tidak berfikir sebagaimana saya berfikir.
  2. The boy slipped and fell as he ran home. Budak itu tergelincir dan jatuh apabila dia sedang berlari ke rumah.
  3. I went to bed early as I was too tired. Saya telah masuk tidur cepat disebabkan saya terlalu penat.
as sebagai pronoun:
Sebagai pronoun perkataan as memberi gambaran seperti frasa Bahasa Melayu seperti yang.
  1. I received the same gift as you did. Saya telah menerima hadiah yang sama seperti yang awak menerima.
  2. The bank clerk was proven guilty, as stated in the newspapers. Kerani bank itu telah didapati bersalah, seperti yang telah dinyatakan di dalam suratkhabar.
as sebagai preposition:
Sebagai preposition perkataan as menggambarkan peranan, status atau fungsi, iaitu seperi perkataan Bahasa Melayu sebagai.
  1. The military has taken the role as a temporary government. Angkatan tentera telah mengambil peranan sebagai kerajaan sementara.
  2. The teacher acted as a mediator in the dispute. Guru itu telah mengambil peranan sebagai orang tengah di dalam pertelingkahan itu.
Terdapat juga beberapa idiom yang menggunakan perkataan as seperti berikut:
  1. Idiom as soon as possible memberi maksud secepat mungkin: Please visit the dentist as soon as possible. Sila berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin.
  2. Idiom as for memberi maksud bagi: As for the laboratory assistant, she is going home right now. Bagi diri pembantu makmal itu, dia akan pulang ke rumah sekarang juga.
  3. Idiom as to memberi maksud dari segi: As to crossing the river, the cadet trainee does not want to do it. Dari segi menyeberangi sungai itu, pelatih kadet itu tidak mahu melakukannya.
  4. Idiom as though boleh diterjemahkan sebagai seolah-olah: The serial killer usually acts as though he is an orthopaedic surgeon. Pembunuh bersiri itu biasanya menyamar seolah-olah dia adalah seorang doktor bedah ortopedik.
Perhatikan bahawa di dalam idiom 2, 3 dan 4, perkataan as digunakan sebagai preposition.

Isnin, 26 November 2012

Pelajarilah perkataan Inggeris Dance

Teacher Zack likes to watch gymnastic and ballet dancing. Teacher Zack suka menonton gimnastik dan tarian balet. Dancing adalah perkataan yang berpunca dari perkataan dance. Dance adalah perkataan Inggeris jenis verb yang memberi maksud menari. Dance mempuyai 5 bentuk iaitu to dance, dance, danced, dancing dan dances.

to dance
  1. to dance memberi maksud menari: The ballerina loves to dance at Zackarina Ballet Theatre. Penari balet perempuan itu suka menari di Dewan Balet Zackarina.
  2. to dance boleh juga bererti untuk menari: The famous Hong Kong belly dancer went to Dubai to dance in front of the Royal family. Penari gelek Hong Kong yang terkenal itu telah pergi ke Dubai untuk menari di hadapan keluarga di Raja.
dance
  1. dance memberi maksud menari: Hey people, come and dance with our fantastic hip hop dancers! Wahai semua, marilah menari dengan penari-penari hip hop kami yang hebat!
  2. dance boleh juga diterjemahkan sebagai menarilah: This is what you have been waiting for, so dance! Inilah yang anda telah lama menunggu, maka menarilah!
danced
  1. danced bererti telah menari: The Modern Joget Group danced very well at the dancing competition last night. Kumpulan Joget Moden itu telah menari dengan sungguh baik pada pertandingan menari malam tadi.
dancing
  1. dancing memberi maksud sedang menari: The wife of the Sultan is dancing with the Uganda Cultural Dancers. Isteri kepada Sultan sedang menari dengan Penari-penari Kebudayaan Uganda.
  2. dancing boleh juga bererti menari: Dancing has always been a passion of King Zackrula's daughter. Menari memang telah lama menjadi keberahian anak perempuan Raja Zackrula.
dances
Perkataan Inggeris dances hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia.
  1. dances memberi maksud menari: The seven year old girl dances to the keroncong song gracefully. Kanak-kanak perempuan yang berumur tujuh tahun itu menari mengikuti lagu keroncong itu dengan lemah gemalai.
Maka itulah sahaja pelajaran kita mengenai bentuk-bentuk perkataan dance sebagai verb. Perkataan dance boleh juga digunakan sebagai noun dan ia memberi maksud tarian seperti berikut:
  1. May I have this dance? Bolehkah saya diberi tarian ini? (Ayat ini sebenarnya mengajak seseorang menari dengan kita).
  2. My dancing teacher studied dance in college. Guru tarian saya telah mempelajari tarian di kolej.
Terdapat pula perkataan dancer iaitu perkataan Inggeris jenis noun yang memberi maksud penari:
  1. He is not only a jazz dancer but he is also a classical dancer, tap dancer and break dancer. Dia bukan sahaja penari jazz tetapi dia adalah juga penari klasikal, penari tap dan juga penari break.
Ada juga perkataan dancingly iaitu perkataan Inggeris jenis adverb yang bermaksud secara menari:
  1. The contestant dancingly walks on stage. Peserta itu berjalan secara menari di atas pentas.
Keterangan lanjut mengenai cara-cara membina ayat dengan menggunakan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

Ahad, 25 November 2012

Cara penggunaan perkataan Inggeris Eat

Eat moderately for a healthy life. Makanlah secara sederhana untuk kehidupan yang sihat. Eat adalah perkataan Inggeris jenis verb yang memberi maksud makan. Walaupun ramai yang sudah mengetahui mengenai perkataan eat tetapi pengunaannya di dalam ayat tidaklah sebegitu mudah yang disangka. Perkataan eat mempunyai 6 bentuk iaitu to eat, eat, ate, eaten, eating dan eats.

to eat
  1. To eat memberi maksud memakan: Oh my, that monster wants to eat Teacher Zack! Adoi, raksasa itu hendak memakan Teacher Zack!
  2. To eat boleh juga memberi maksud untuk makan: The peasant came to this haven to eat. Petani itu datang ke tempat perlindungan ini untuk makan.
eat
  1. Eat memberi maksud makan: Fast, don't eat! Berpuasalah, jangan makan!
  2. Eat boleh juga bermaksud makanlah: Eat while the food is still warm. Makanlah selagi makanan itu masih panas.
ate
  1. Perkataan Inggeris ate memberi maksud telah memakan: That creature ate Teacher Zack! Makhluk itu telah memakan Teacher Zack! (Ini raksasa yang disebut di atas tadi kot).
eaten
  1. eaten memberi maksud sudah memakan: That beast had eaten Teacher Zack. Binatang besar itu sudah memakan Teacher Zack. (Maka kenyanglah raksasa tu).
  2. eaten boleh juga memberi maksud telah dimakan: That small reptile was eaten by the crocodile. Reptilia kecil itu telah dimakan oleh buaya itu.
Apakah perbezaan diantara ate dan eaten? Perkataan ate menggambar perbuatan makan yang dilakukan dimasa lampau manakala perkataan eaten menggambarkan perbuatan makan yang baru habis dilakukan. Perhatikan bahawa perkataan eaten hendaklah digunakan bersama auxiliary verb iaitu had, was, have, has atau sebagainya. Keterangan terperinci mengenai cara penggunaan auxiliary verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

eating
  1. eating memberi maksud sedang makan: The President of America is eating at Uncle Zack's Fish Restaurant. Presiden Amerika sedang makan di Restoran Ikan Uncle Zack.
  2. eating boleh juga memberi maksud memakan: Eating meat is something that the Signalman hates. Memakan daging adalah sesuatu yang Jurusemboyan itu benci.
  3. eating juga bermaksud makan: Do not lean while eating. Jangan bersandar sambil makan.
eats
Perkataan Inggeris eats hanya digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia.
  1. eats memberi maksud memakan: The python slowly eats its prey. Ular sawa itu dengan perlahan memakan mangsanya.
  2. eats juga memberi maksud makan: Is that how a mosquito eats? Itukah cara seekor nyamuk makan?
Maka berakhirlah cerita Teacher Zack pasal perkataan eat. Walau bagaimana pun di atas adalah cerita mengenai perkataan eat sebagai verb. Perkataan eat boleh juga menjadi adjective iaitu eatable:
  1. eatable memberi maksud boleh dimakan: This watermelon is bad and is not eatable. Tembikai ini sudah busuk dan tidak boleh dimakan.
Terdapat juga phrasal verb yang mengandungi perkataan eat iaitu eat up yang memberi maksud mempercayai tanpa soal:
  1. The investor will eat up whatever the broker tells him. Pelabur itu akan mempercayai apa saja orang tengah itu kata.
Perkatan eat terdapat juga di dalam idiom eat (your) words yang memberi maksud membuat pengakuan:
  1. The Minister was forced to eat his words after it was proven that what he said wasn't true. Menteri itu terpaksa membuat pengakuan setelah terbukti bahawa apa yang dia telah berkata tidak benar.

Sabtu, 24 November 2012

Memahami maksud perkataan Inggeris Sick

Narrated Aisha: I never saw anybody suffering so much from sickness as Allah's Apostle - Hadith Bukhari 70:549. Diriwayatkan oleh Aisha r.a: Saya tidak pernah melihat sesiapa yang begitu menderita disebabkan oleh penyakit seperti Rasulullah s.a.w - Hadith Bukhari 70:549.

Perkataan Inggeris sickness berpunca dari perkataan sick. Jom kita mempelajari mengenai perkataan sick yang pada dasarnya memberi maksud sakit.

Perkataan Inggeris sick sebagai adjective
Sebagai adjective sick mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. sick sakit
  2. sicker lebih sakit
  3. sickest paling sakit
Perkataan-perkataan di atas boleh digunakan di dalam ayat seperti berikut:
  1. Ahmad is sick. Ahmad sedang sakit.
  2. Murad is sicker than Ahmad. Murad adalah lebih sakit dari Ahmad.
  3. Fauziah is the sickest of all. Fauziah adalah yang paling sakit dari semua.
Perkataan sick boleh memberi maksud:
  1. sakit: At the end of the explorer's expedition he became sick. Diakhir ekspedisi pengembara itu dia menjadi sakit.
  2. gila: The joke by the comedian sounds like a sick joke. Lawak oleh pelawak itu berbunyi seperi lawak gila.
  3. risau, menjemukan: My son is worried sick about his school exam. Anak lelaki saya sungguh risau mengenai ujian sekolahnya.
Selain dari perkataan-perkataan sick, sicker dan sickest terdapat juga perkataan-perkataan adjective berikut:
  1. sickening menjelekkan: That irritating attitude of the applicant is really sickening. Sikap yang menyakitkan hati oleh pemohon itu sungguh menjelekkan.
  2. sickly berpenyakit, sakit: This refugee boy is a sickly child. Kanak-kanak lelaki pelarian ini adalah seorang kanak-kanak yang berpenyakit.
Perkataan Inggeris sick sebagai noun
Sekarang ni Teacher Zack dapat memikirkan tiga perkataan noun yang berpunca dari perkataan sick iaitu sick, sickness dan sick-leave (boleh dieja sick leave):
  1. sick yang sakit: Please take the sick home as soon as possible. Sila bawa yang sakit pulang secepat mungkin.
  2. sickness penyakit: There is a lot of sickness in Malaysia lately. Terdapat banyak penyakit di Malaysia sejak kebelakangan ini.
  3. sick-leave cuti sakit: My Personal Assistant is on a sick-leave. Pembantu Peribadi saya sedang cuti sakit.
Idiom yang mengandungi perkataan Inggeris sick
Berikut adalah beberapa idiom terkenal yang terdapat perkataan sick di dalamnya:
  1. sick and tired bosan, jemu: I am sick and tired of being laughed at. Saya sudah bosan diketawakan.
  2. call in sick menelefon untuk memaklumkan sakit: The Museum curator is not coming to work today; she called in sick just now. Kurator Muzium tidak akan masuk kerja hari ini; dia telah menelefon untuk memaklumkan yang dia sakit tadi.
  3. worried sick risau yang amat sangat: The teenager's parents were worried sick because she came home late last night. Ibubapa remaja itu risau yang amat sangat sebab dia balik lambat malam tadi.

Jumaat, 23 November 2012

Perkataan Inggeris But dan Idiom But For

Car racing is a dangerous sport but many people like it. Perlumbaan kereta adalah sukan yang merbahaya tetapi ramai orang menyukainya. But adalah perkataan Inggeris jenis conjunction. Berikut adalah maksud-maksud perkataan but:

bertentangan:
  1. I love you so much but I am not ready for marriage. Saya amat mencintai awak tetapi saya belum bersedia untuk mendirikan rumah-tangga. (Hal macam ini yang Teacher Zack berasa sangsi tau).
  2. I am already in Kuala Lumpur now but I don't want to see him. Saya sudah berada di Kuala Lumpur sekarang tetapi saya tidak mahu berjumpa dengannya.
pengecualian:
  1. No one saw the prowler but the Butler. Tidak ada sesiapa yang nampak orang yang merayau-rayau tu kecuali Pelayan Besar itu.
  2. I took all the pails but the green one. Saya telah mengambil kesemua baldi-baldi itu kecuali yang berwarna hijau.
hasil yang selainnya:
  1. Not only the storekeeper won the state competition but the country championship tournament too. Bukan sahaja penyelenggara stor itu memenangi pertandingan negeri tetapi pertandingan kejohanan negara juga.
  2. The Finance Director not only got Dengue fever but a Heart Attack as well. Pengarah Kewangan itu bukan sahaja mendapat demam Denggi tetapi Serangan Jantung juga.
melainkan:
  1. There is no hope but by invocation. Tidak ada harapan melainkan dengan doa.
  2. There is no other way but by punishing the drug pushers. Tidak ada jalan lain melainkan dengan menghukum pengedar-pengedar dadah itu.
Perkataan Inggeris but boleh juga digunakan sebagai preposition:
  1. The veterinarian saved all but one tiger cub. Doktor haiwan itu telah menyelamatkan semua tetapi seekor anak harimau.
  2. No one went but me: Tidak ada sesiapa yang telah pergi melainkan saya.
Selain preposition perkataan but boleh juga digunakan sebagai adverb:
  1. There was hope for the accident victim but only for a moment. Terdapat harapan untuk mangsa kemalangan itu tetapi hanya untuk sebentar.
  2. Get out of here but fast. Keluar dari sini dengan cepat.
Kalau nak guna perkataan but sebagai noun pun boleh:
  1. Do as you are told, no buts about it. Buat apa yang awak telah disuruh buat, tidak ada pengecualian mengenainya.
  2. I won't accept any buts from you. Saya tidak akan menerima apa-apa pengecualian dari awak.
Perkataan Inggeris but juga terdapat di dalam idiom but for yang memberi maksud jika tidak kerana:
  1. The caravan would have reached the valleys but for the weather. Kafilah itu sepatutnya telah sampai ke lembah itu jika tidak kerana cuaca.
  2. But for the heavy rain, it would have been a joyful picnic. Jika tidak kerana hujan lebat, ia sepatutnya adalah perkelahan yang menyeronokkan.

Khamis, 22 November 2012

Brother, Brothers, Brethen, Brotherhood, Bro

Assalaamu'alaikum, pagi ni Brother Zack nak cerita sikit pasal perkataan brother. Jom kita mulakan dengan Al-Hadith:

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim - With the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

Narrated 'Ursa: The Prophet asked Abu Bakar for 'Aisha's hand in marriage. Abu Bakar said "But I am your brother." The Prophet said, "You are my brother in Allah's religion and His Book, but she (Aisha) is lawful for me to marry." - Hadith Bukhari 62:18.

Diriwayatkan oleh 'Usra r.a: Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Bakar r.a untuk menikahi 'Aisha r.a. Abu Bakar berkata, "Tetapi saya adalah saudara awak." Rasulullah s.a.w berkata, "Awak adalah saudara saya di dalam agama Allah s.w.t dan KitabNya, tetapi ('Aisha) adalah sah untuk saya menikahi." - Hadith Bukhari 62:18.

Brother adalah perkataan jenis noun. Pada dasarnya brother boleh memberi maksud abang, adik lelaki atau saudara. Untuk plural majmuk kita boleh guna perkataan brothers atau brethen. Berikut adalah maksud-maksud perkataan brother:
  1. lelaki yang mempunyai ibu-bapa yang sama: Ahmad bin Zaki is a younger brother to Ramli bin Zaki. Ahmad bin Zaki adalah adik lelaki kepada Ramli bin Zaki.
  2. lelaki yang mempunyai agama yang sama: All Muslims are brothers. Semua orang-orang Islam adalah bersaudara.
  3. lelaki yang setia di dalam kumpulan atau persatuan: Together as brothers we will work diligently to achieve success. Bersama-sama sebagai saudara kami akan bekerja dengan tekun untuk mencapai kejayaan.
  4. lelaki yang sudah dipercayai sebagai sahabat karib: I already regarded the butcher as a brother to me because I have known him for over 40 years. Saya sudah menganggap penjual daging itu sebagai saudara saya sebab saya sudah mengenalinya melebihi 40 tahun.
  5. lelaki yang menjadi rakan seperjuangan: Attack! Let's fight as comrades and brethen! Serang! Marilah berperang sebagai rakan taulan dan rakan seperjuangan! (Kalau Brother Zack berani macam ni kan bagus).
Brotherhood pula adalah perkataan noun yang memberi maksud persaudaraan diantara lelaki: Followers of The Religious Movement believe that their brotherhood within themselves will never fade. Pengikut-pengikut Gerakan Keagamaan yakin bahawa persaudaraan diantara mereka tidak akan lenyap.

Terdapat juga slang yang sering digunakan diseluruh dunia termasuk di Malaysia iaitu bro yang memberi maksud kawan lelaki: Hey bro, let's go and eat something. Hai kawan, marilah kita pergi makan sesuatu.

Frasa-frasa yang perlu diketahui adalah seperti berikut:
  1. blood brother saudara darah
  2. big brother abang
  3. little brother adik lelaki
  4. half-brother (atau dieja half brother), step-brother (atau dieja stepbrother) abang tiri atau adik tiri lelaki
  5. foster brother abang angkat atau adik angkat lelaki
  6. brother-in-law abang ipar atau adik ipar lelaki
Sampai sini je, Brother Zack ada hal sikit. Take care Jaga diri :)

Rabu, 21 November 2012

To say, Say, Says, Said, Saying, That is to say, You can say that again

There are many ways to say, "I love you". Terdapat banyak cara untuk berkata, "Saya mencintai awak". Say pada dasarnya adalah perkataan jenis verb yang memberi maksud kata. Say mempunyai 5 bentuk iaitu to say, say, said, saying dan says.
  1. to say bermaksud untuk berkata: The janitor came to say that he did not do the crime. Penjaga bangunan itu datang untuk mengatakan bahawa dia tidak melakukan jenayah itu.
  2. say memberi maksud kata: Say what's on your mind. Katakan apa yang di dalam fikiran awak.
  3. said adalah past tense kala lampau untuk perkataan say dan memberi maksud telah berkata: The scary looking gravedigger said, "You will be next". Penggali kubur yang menakutkan itu telah berkata, "Awak akan menjadi yang seterusnya". (Gravedigger tu bukan Teacher Zack ye).
  4. Saying bermaksud sedang berkata: That bad snatcher is saying to the police, "Don't shoot! Don't shoot!" Peragut yang jahat itu sedang berkata kepada polis, "Jangan tembak! Jangan tembak!".
  5. says memberi maksud kata dan digunakan hanya untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia: The broken clock says half past three. Jam yang rosak itu menyatakan (atau menunjukkan) tiga setengah.
Say boleh juga menjadi perkataan jenis noun:
  1. The citizen have a say in this matter too. Warganegara juga ada hak berkata di dalam urusan ini.
  2. Let the sweeper have a say. Benarkan tukang sapu itu memberi sepatah kata.
Say sebagai adjective pun boleh:
  1. Choose a number, say, three. Pilih satu nombor, katakan, tiga.
  2. There were only, say, 45,000 voters. Terdapat hanya, katakan, 45,000 pengundi.
Antara idiom yang popular untuk perkataan say adalah that is to say. Ia memberi maksud dengan kata lain: They are going next month, that is to say, in April. Mereka akan pergi bulan depan, dengan kata lain, pada bulan April.

Slang you can say that again pun popular juga. Ia memberi maksud awak boleh mengatakannya semula (iaitu menyatakan persetujuan yang kuat tentang apa yang baru dikatakan), contohnya:

Puan Siti: That vegetable seller is so arrogant. Penjual sayur itu sombong sungguh.
Cik Murni: You can say that again. Awak boleh mengatakannya semula.

Keterangan lanjut mengenai verb dan bentuk verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

On, On and on, On and off, On fire, On the rocks, On the blink

Wow, it feels great being on a mountain at dawn! Wah, terasa hebat berada di atas gunung pada waktu fajar! On adalah perkataan jenis preposition. Walaupun maksud asal perkataan on adalah di atas, ia mempunyai maksud dan penggunaan yang luas. On adalah diantara perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang paling sering diguna maka mempelajarinya adalah penting. Berikut adalah hanya segelintir dari maksud-maksud dan penggunaan perkataan on:
  1. kedudukan (di atas): on the table di atas meja, on my head di atas kepala saya.
  2. terlekat: on my back pada belakang saya, on the wall pada dinding.
  3. kiasan: on his fifth birthday pada ulang tahunnya yang kelima, stop reading on page two berhenti membaca pada mukasurat dua.
  4. masa atau waktu: on January 25 pada 25 January.
  5. berlaku sejurus selepas: on entering her house pada bila dia masuk ke rumah, on waking up pada bila bangun.
  6. penglibatan terhadap: have pity on them kesihanilah mereka.
  7. perbuatan terhadap sesuatu: a defamation on her suatu fitnah terhadap dia.
  8. membawa: I have no money on me Saya tidak membawa duit.
  9. melalui: online atas talian, on TV melalui TV.
  10. proses atau tujuan: on a quest di dalam pemburuan kuasa, on a journey di dalam perjalanan.
Perkataan on terdapat juga di dalam idiom seperti berikut:
  1. on and on bermaksud berterusan: The lecturer kept talking on and on. Pensyarah itu bercakap tanpa henti.
  2. on and off bermaksud berkelipan: The lights went on and off for no reason. Lampu berkelipan tanpa sebab.
Selain idiom, terdapat beberapa slang yang menggunakan perkataan on:
  1. on fire memberi maksud melakukan sesuatu dengan sungguh baik: Did you see him play his guitar last night? He was on fire! Adakah awak melihat dia bermain gitarnya malam tadi? Dia sungguh hebat!
  2. on the rocks bermaksud kesukaran terutamanya di dalam perhubungan rumah-tangga atau perniagaan: For months their marriage have been on the rocks so they are considering to get a divorce. Sudah berbulan rumah-tangga mereka menghadapi kesukaran maka mereka sedang mempertimbangkan untuk bercerai.
  3. on the blink bermaksud rosak: The air conditioner in the Human Resource Department is on the blink. Penyaman udara di Bahagian Sumber Manusia rosak.

Bottle, Bottler, Bottles, Bottled, Bottling

Selamat pagi :) Entah kenapa pagi ni Teacher Zack terfikir pasal botol, hehe. Jom kita cerita pasal botol. Di dalam Bahasa Inggeris botol dipanggil bottle. Pada dasarnya bottle adalah perkataan jenis noun. Teacher Zack rasa kebanyakan orang pun dah tahu apa maksud bottle, kan? Secara ringkas maksud bottle adalah bekas yang berbentuk lonjong (di atas), mempunyai penutup, dan digunakan untuk menyimpan cecair.

Perkataan bottle adalah untuk kegunaan singular tunggal. Untuk menjadikannya plural majmuk hanya perlu menambah s dihujungnya iaitu bottles botol-botol. Terdapat juga perkataan yang berpunca dari perkataan bottle iaitu bottler. Bottler juga adalah perkataan jenis noun. Bottler memberi maksud tukang botol, pembotol, atau lebih tepat lagi kilang pembotol. Plural untuk bottler ialah bottlers pembotol-pembotol.

Perkataan bottle boleh juga menjadi verb. Sebagai verb bottle mempunyai 5 bentuk iaitu to bottle, bottle, bottles, bottled dan bottling:
  1. to bottle memberi maksud untuk membotol: The factory worker's job is to bottle the drink. Kerja pekerja kilang itu adalah untuk membotol minuman itu.
  2. bottle memberi maksud membotol: The traveller will bottle a large amount of water for himself. Pengembara itu akan membotol minuman yang banyak untuk dirinya.
  3. bottles mempunyai maksud yang sama dengan bottle tetapi digunakan khusus untuk pihak ketiga tunggal sahaja iaitu he dia, she dia dan it ia: She bottles for her kid sister a little syrup drink Dia membotol untuk adik perempuannya sedikit minuman sirap.
  4. bottled memberi maksud telah membotol: I bottled for you the drink, what else do you need? Saya telah membotolkan untuk awak minuman itu, apa lagi yang awak perlukan?
  5. bottling memberi maksud sedang membotol: Mummy is bottling milk for my little brother, Hussin. Ibu sedang membotolkan susu untuk adik lelaki saya, Hussin.
Terdapat banyak frasa mengenai botol yang perlu kita pelajari. Maklumlah manusia memang suka minum berbagai jenis minuman kot, hehe. Teacher Zack nak mulakan dengan jenis-jenis yang diharamkan untuk orang Islam ye.
  1. beer bottle botol bir
  2. whiskey bottle botol wiski
  3. wine bottle botol wain
Jenis-jenis botol yang terdapat di rumah tu pun ada banyak:
  1. water bottle botol air
  2. milk bottle atau feeding bottle botol susu
  3. bottlecap penutup botol
  4. ketchup bottle botol kicap
  5. ink bottle botol dakwat
  6. pill bottle botol pil (ubat)
  7. pop bottle atau soda bottle botol untuk minuman air gas
  8. plastic bottle botol plastik
Untuk yang bekerja sebagai polis khususnya di bahagian narkotik atau yang bekerja di hospital, jenis botol yang dipanggil specimen bottle botol spesimen sering juga digunakan untuk mengambil ujian darah, air kencing dan sebagainya.

Maka berakhirlah cerita Teacher Zack pasal botol pagi ni. Semoga manusia mengurangkan pembuangan plastic bottles botol-botol plastik ke dalam laut, kesian kat ikan-ikan tu. Makan ikan nak, menjaganya tak nak. Habis camno.

Keterangan lanjut mengenai bentuk verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Selasa, 20 November 2012

With, In with

My cousin is happy because she got to dance with the classical dancers last night. Sepupu saya gembira sebab dia dapat menari bersama penari-penari klasik semalam. With adalah perkataan jenis preposition. With adalah diantara perkataan yang sering diguna dan mempunyai banyak maksud. Perkataan with boleh memberi gambaran:
  1. berada bersama:
    The dancer came with his wife. Penari itu datang dengan isterinya.
  2. berdekatan:
    The handyman lives with his mother. Pekerja rencam itu tinggal dengan emaknya.
  3. memberi perkhidmatan:
    My neighbour use to leave his child with me. Jiran saya sering meninggalkan anaknya bersama saya.
  4. persetujuan atau pertentangan pendapat:
    A lawyer will never agree with this request. Seorang peguam tidak akan menyetujui dengan permohonan ini.
  5. keadaan:
    We ran too fast, with Mahmud left behind. Kami berlari terlalu laju, dengan Mahmud ketinggalan dibelakang.
  6. cara sesuatu dilakukan:
    Only one student worked with diligence. Hanya seorang murid sahaja yang berkerja dengan ketekunan.
  7. sifat:
    The new President is a person with intelligence. Presiden baru itu adalah seorang yang memiliki kebijaksanaan.
  8. berkaitan:
    My two sons fought but I dealt with it quickly. Kedua-dua anak lelaki saya bergaduh tetapi saya menyelesaikannya dengan cepat.
  9. memiliki:
    The carpenter died with tuberculosis. Tukang kayu itu meninggal dunia dengan batuk kering.
  10. persamaan waktu atau sejurus selepas:
    And with that, my electrician left immediately. Maka dengan itu, juruelektrik saya pergi dengan segera.
In with adalah salah satu idiom rasmi dan terkenal yang menggunakan perkataan with. In with memberi maksud bersama, bersekutu, bergaul atau berserta:
  1. The computer technician is in with the wrong friends. Juruteknik komputer itu begaul dengan kawan-kawan yang salah.
  2. My maid is in with some good people so I feel safe. Orang gaji saya bergaul dengan orang-orang baik maka saya rasa selamat.

Is, Is it, Is that so

Wow, this air show is so amazing! Wah, pertunjukan udara ini adalah sungguh mengagumkan! Is adalah perkataan jenis verb yang pada dasarnya memberi maksud adalah, adakah, sedang.

Is boleh digunakan untuk bertanya. Apabila bertanya, perkataan is hendaklah berada di permulaan ayat dan tanda soal ? berada di penghujung ayat.
  • Is the gardener alright? Adakah tukang kebun itu sihat?
  • Is there a torchlight in this store room? Adakah terdapat lampu suluh di dalam bilik stor ini?
  • Is the truck driver crazy about you? Adakah pemandu trak itu tergila-gilakan awak?
  • Is it noon already. Adakah sudah tengahari?
  • Is she pregnant? Adakah dia hamil?
Is juga digunakan untuk memberi keterangan mengenai sesuatu subject. Subject lazimnya berada di hadapan perkataan is dan keterangan mengenai subject itu lazimnya berada di belakang perkataan is. Sebagai contoh, untuk ayat pertama di bawah, Allah swt adalah subject manakala keterangan mengenaiNya adalah the one god tuhan yang esa.
  • Allah swt is the one god. Allah swt adalah tuhan yang esa.
  • Yes, she is pregnant. Ya, dia sedang hamil.
  • Your biology book is on my table. Buku biologi awak berada di atas meja saya.
  • The General Election is next week. Pilihan Raya Umum adalah minggu hadapan.
  • An earthquake is happening in U.S.A right now. Suatu gempa bumi sedang berlaku di Amerika sekarang.
  • People said that she is actually a mermaid. Orang mengatakan bahawa dia adalah sebenarnya seekor ikan duyung.
Terdapat dua frasa yang menggunakan perkataan is yang Teacher Zack ingin mengesyorkan. Frasa-frasa ini terkenal dan sering digunakan di dalam perbualan seharian. Bagi Teacher Zack kalau kita malas nak berbual dengan orang yang tak boleh berhenti bercakap maka kita boleh menggunakannya. Frasa-frasa ini adalah is it? dan is that so?. Is it? memberi maksud ya kah? manakala is that so? memberi maksud benarkah?. Jom kita ambil andaian yang kita malas nak berbual dengan kawan kita Saleha yang tak boleh berhenti bercakap:
  • Saleha: My boyfriend loves me so much. Teman lelaki saya sungguh mencintai saya.
    Kita: Is that so?
  • Saleha: He said I am cute. Dia kata saya comel.
    Kita: Is it?
  • Saleha: He is so handsome. Dia sungguh kacak.
    Kita: Is that so?
  • Saleha: He is rich too! Dia juga kaya!
    Kita: Is it?
  • Saleha: He wants to buy me a diamond ring next week and said that he wants to marry me. He actually ordered me a new car but haven't arrived. It's a red BMW... Dia nak belikan saya cincin berlian minggu depan dan mengatakan bahawa dia ingin mengahwini saya. Dia sebenarnya telah memesan untuk saya sebuah kereta baru. Ia adalah BMW merah...
    Kita: Is that so?
  • ...dan seterusnya
Itu je buat masa ni ye, selamat berbual :)

Untuk keterangan terperinci mengenai subject, verb dan object serta penggunaannya untuk membina ayat dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Not

I could not resist looking at that attractive computer artwork. Saya tidak dapat mengelakkan dari memandang karya seni komputer yang menarik itu. Not adalah perkataan jenis adverb. Pada dasarnya not memberi maksud tidak atau bukan. Not digunakan untuk menidakkan sesuatu perkataan, frasa atau ayat.

Not menidakkan perkataan, frasa atau ayat
Not menidakkan perkataan:
  • not blue. bukan biru.
  • not me. bukan saya.
Not menidakkan frasa:
  • not the dirty toilet. bukan tandas kotor itu.
  • not under the fan. bukan di bawah kipas.
Not menidakkan ayat:
  • The boxer will not do it. Ahli tinju itu tidak akan melakukannya.
  • That woman is not an singer. Wanita itu bukan seorang penyanyi.

Not menidakkan jenis-jenis perkataan
Not menidakkan noun:
  • not Hamzah. bukan Hamzah.
  • not Malaysia. bukan Malaysia.
Not menidakkan pronoun:
  • not them. bukan mereka.
  • not her. bukan dia.
Not menidakkan adjective:
  • not tall. tidak tinggi.
  • not cold. tidak sejuk.
Not menidakkan article:
  • not a (book). bukan sebuah (buku).
  • not the (tree). bukan (pokok) itu.
Not menidakkan verb:
  • not told. tidak diberitahu.
  • not written. tidak ditulis.
Not menidakkan adverb:
  • not very (good). tidak begitu (baik).
  • not there. bukan di sana.
Not menidakkan preposition:
  • not at (home). tidak berada di (rumah).
  • not from (here). bukan dari (sini).
Not menidakkan conjunction:
  • not so (true). tidak begitu (benar).
  • not because (of him). tidak kerana (dia)

Not menidakkan auxiliary verb
Apabila not digunakan untuk menidakkan auxiliary verb maka kedua-kedua perkataan not dan auxiliary verb boleh dipendekkan. Di dalam Bahasa Inggeris pemendekan atau pengecutan perkataan-perkataan dipanggil word contraction.

Kependekan primary auxiliary verb be:
  • is not = isn't
  • are not = aren't
  • was not = wasn't
  • were not = weren't
Kependekan primary auxiliary verb do:
  • do not = don't
  • did not = didn't
  • does not = doesn't
Kependekan primary auxiliary verb have:
  • have not = haven't
  • had not = hadn't
  • has not = hasn't
Kependekan modal auxiliary verb:
  • can not = cannot atau can't
  • could not = couldn't
  • must not = musn't
  • will not = won't
  • would not = wouldn't
  • shall not = shan't
  • should not = shouldn't
Untuk penjelasan terperinci mengenai primary auxiliary verb dan modal auxiliary verb serta cara membina ayat menggunakannya sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack. Keterangan lanjut mengenai perbezaan diantara frasa dan ayat terdapat juga didapati di dalam ebook ini.

Can, Could

Can you climb a mountain? Bolehkah awak memanjat gunung? Can adalah perkataan jenis verb, lebih tepat lagi auxiliary verb. Can mempunyai 2 bentuk iaitu can, could. Pada dasarnya could adalah past tense kala lampau untuk can.

Can
Can sering digunakan untuk bertanya atau meminta sesuatu.
  • Can you help the lift attendant carry those boxes? Bolehkah awak menolong penjaga lif mengangkat kotak-kotak itu?
  • The Executive Supervisor will call you at 7pm tomorrow, can he?. Penyelia Pelaksana akan menelefon awak pada pukul 7 malam esok, bolehkah?
Can boleh juga menunjukkan kemampuan, kebolehan, kemahiran.
  • That thin boy can carry this large table. Budak lelaki kurus itu boleh mengangket meja besar ini.
  • This mathematical equation can easily be solved by that genius. Persamaan matematik ini dengan mudah boleh diselesaikan oleh orang yang bergeliga itu.
Can boleh menunjukkan kuasa.
  • The dictator can punish people as he wish. Diktator itu boleh menghukum orang sesuka hati dia.
  • The Assistant Manager can sign this order form. Penolong Pengurus boleh menandatangani borang pesanan ini.
Can juga menunjukkan kemungkinan.
  • The accident victim can go into shock. Mangsa kemalangan itu boleh mendapat kejutan.
  • If you run you can slip and fall. Jika awak lari awak boleh tergelincir dan jatuh.
Could
Could sering digunakan untuk menunjukkan kemampuan, kebolehan atau kemahiran di masa lampau.
  • I can't carry heavy things now but I could do it many years ago. Saya tidak boleh mengangkat benda berat sekarang tetapi says boleh melakukannya beberapa tahun lalu.
Could boleh menunjukkan kuasa di masa lampau.
  • When he was a leader before he could punish you but now he is no longer in power. Semasa dia adalah seorang ketua dahulu dia boleh menghukum awak tetapi sekarang dia tidak lagi berkuasa.
Could boleh juga menunjukkan kemungkinan di masa lampau.
  • The chemical solution could have turned blue or green before but now it cannot. Larutan kimia itu mungkin boleh bertukar biru atau hijau sebelum ini tetapi sekarang tidak boleh.
Slang untuk can
Walau pun can sering digunakan untuk maksud-maksud di atas, can boleh juga digunakan sebagai slang.

Sebagai slang, can boleh memberi maksud tandas.
  • The receptionist has got stomach problem, so she's gone to the can. Penyambut tetamu itu mengalami sakit perut, maka dia telah pergi ke tandas.
Sebagai slang, can boleh memberi maksud penjara.
  • If he continues stealing someday he will be in the can. Jika dia meneruskan mencuri satu hari nanti dia akan berada di dalam penjara.
Ok, tu je buat masa ni. Jaga makan ye sebab kalau tak jaga nanti selalu kena pergi ke can tandas, hehe.

Penerangan terperinci mengenai perbezaan diantara verb dan auxiliary verb serta penggunaannya di dalam ayat terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Isnin, 19 November 2012

At, At the drop of a hat

Be sure to aim at the head. Pastikan untuk menyasarkan ke kepalanya. At adalah perkataan jenis preposition.

At boleh menunjukkan lokasi sesuatu kawasan.
  • Don't stand at the door. Jangan berdiri di kawasan pintu itu.
  • The computer programmer is at his computer. Pengatur cara komputer itu berada di komputernya.
At boleh menunjukkan kedudukan.
  • The hour hand is at 12. Jarum jam berada pada 12.
  • The movie is at the beginning. Penayangan gambar itu berada di permulaan.
At boleh memberi gambaran kehadiran.
  • My step son is at home. Anak tiri saya berada di rumah.
  • Winning the competition is at hand. Memenangi pertandingan berada di tangan.
At boleh memberi gambaran jumlah, kadar, darjah.
  • The car is travelling at high speed. Kereta itu sedang bergerak pada kelajuan yang tinggi.
  • His son-in-law bought the smart phone at a reasonable price. Anak menantunya telah membeli telefon pintar itu pada harga yang memadai.
At boleh menunjukkan tujuan, matlamat.
  • When you shoot, aim at the body. Apabila awak menembak, sasarkan ke badannya.
  • Look at the line while you walk. Pandang garisan itu apabila awak sedang berjalan.
At boleh memberi gambaran keadaan.
  • The patient is at ease. Pesakit itu sedang tenang.
  • After the fight ended they were at peace with each other. Selepas pergaduhan berakhir mereka berada di dalam keadaan aman diantara satu sama lain.
Terdapat juga idiom yang bermula dengan perkataan at iaitu at the drop of a hat. Idiom ini memberi maksud melakukan sesuatu dengan serta-merta (tanpa berfikir).
  • I will leave you at the drop of a hat if you hurt me again. Saya akan meninggalkan awak dengan serta-merta jika awak menyakiti saya lagi.
  • Be careful, he will kill you at the drop of a hat. Berwaspadalah, dia akan membunuh awak dengan serta-merta.

To go, Go, Went, Gone, Going, Goes

Don't go near the fire! Jangan pergi mendekati api itu! Go adalah perkataan jenis verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu to go, go, went, gone, going, goes.

To go memberi maksud untuk pergi dan sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • The Accounts Clerks are required to go for training tomorrow. Kerani-kerani Akaun dikehendaki untuk pergi latihan pada esok hari.
  • You don't need to go to the meeting, I'll go. Awak tidak perlu pergi ke mesyuarat itu, saya akan pergi.
Go memberi maksud pergi dan sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • Could you please go to the pantry and get me coffee? Bolehkah awak pergi ke pantri dan dapatkan saya kopi?
  • Please don't go into the manhole, it's dangerous. Harap jangan masuk ke dalam lurang itu, ia adalah merbahaya.
Went memberi maksud pergi atau telah pergi dan sering digunakan untuk past tense kala lampau.
  • I went to the movies with my old friends. Saya telah pergi menonton wayang bersama-sama kawan-kawan lama saya.
  • The Office Cleaner went home early yesterday. Pencuci Pejabat pulang ke rumah cepat semalam.
Gone memberi maksud telah habis pergi atau sudah pun pergi. Gone sering digunakan untuk past tense kala lampau.
  • Sorry, they have gone to the exhibition already. Maaf, mereka sudah pun pergi ke pameran itu.
  • Has our saleman gone to see the customer? Sudahkah jurujual kita pergi berjumpa pelanggan itu? 
Going memberi maksud akan atau akan pergi. Going sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • The terrorist is going to kill his hostages. Pengganas itu akan membunuh tebusan-tebusannya. 
  • Father will be going to work soon. Ayah akan pergi kerja sebentar lagi.
Goes memberi maksud pergi atau adalah. Goes digunakan hanya untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia, it ia. Goes sering digunakan untuk present tense kala kini.
  • The suspected murderer goes to the museum every night. Pembunuh yang disyaki itu pergi ke muzium setiap malam. 
  • My money is up to me, it goes for rent and food only. Duit saya adalah terpulang kepada diri saya, ia adalah untuk sewa dan makanan sahaja.
Untuk keterangan lanjut mengenai bentuk verb serta penggunaannya di dalam tense sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack. 

High, Higher, Highest, Highly, Height

Apabila perkataan high disebut maka kita terus terfikir tinggi atau ketinggian. Di dalam rencana ini Teacher Zack akan membincangkan mengenai perkataan-perkataan yang berkaitan dengan ketinggian iaitu high, higher, highest, highly dan height.

High
Pada dasarnya high adalah perkataan jenis adjective yang memberi maksud tinggi.
  • That high building is 105 stories. Bangunan tinggi itu 105 tingkat.
  • The refugee from Myanmar has a high fever. Pelarian dari Myanmar itu mengalami demam tinggi.
High boleh juga menjadi perkataan jenis adverb yang juga mempunyai maksud tinggi.
  • The Russian sportswoman jumped high enough to break the world record. Ahli sukan wanita Rusia itu telah melompat cukup tinggi untuk memecahkan rekod dunia.
  • Malaysia's government aims high at the next election. Kerajaan Malaysia bercita-cita tinggi pada pilihanraya akan datang.
Sebagai noun high mempunyai maksud tinggi atau mabuk.
  • You should shift to high when driving on level road. Awak sepatutnya menukar ke tinggi apabila memandu di jalanraya yang rata.
  • Due to that drug he was high for 6 days! Disebabkan oleh dadah itu dia mabuk selama 6 hari!
Higher, Highest
Perkataan higher memberi maksud lebih tinggi manakala perkataan highest memberi maksud paling tinggi. Pada dasarnya higher dan highest adalah perkataan-perkataan jenis adjective.
  • That iPhone has a higher price than this Samsung phone. iPhone itu mempunyai harga yang lebih tinggi dari telefon Samsung ini.
  • The pilot's son obtained the highest result for his SPM. Anak juruterbang itu mendapat keputusan yang paling tinggi untuk SPM dia.
Higher dan highest boleh juga menjadi perkataan jenis adverb.
  • The mountain climber climbed higher than he previously did. Pendaki gunung itu memanjat lebih tinggi dari yang lakukan sebelum ini.
  • That building is the highest of all buildings in Malaysia. Bangunan itu adalah yang paling tinggi dari bangunan-bangunan lain di Malaysia.
Highly
Walaupun perkataan highly kelihatan seperti perkataan high akan tetapi ia adalah perkataan yang berlainan sama sekali. Highly adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud amat, sungguh.
  • The performance by the comedian is highly amusing. Pertunjukan oleh pelawak itu sungguh menghiburkan.
  • The tribe leader is a highly respected man here. Ketua suku kaum itu adalah orang yang amat dihormati di sini.
Height
Sebagaimana perkataan highly, perkataan height juga adalah perkataan yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perkataan high. Perkataan height adalah perkataan jenis noun yang mempunyai maksud ketinggian.
  • The expedition team stopped climbing at the height of 245 meters. Kumpulan ekspedisi itu telah berhenti memanjat pada ketinggian 245 meter.
  • The wild bear stood up to 15 feet in height. Beruang liar itu berdiri pada ketinggian 15 kaki.

To have, Have, Had, Having, Has

Have adalah perkataan jenis verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu To have, Have, Had, Having, Has.

To Have memberi maksud untuk memiliki atau dimiliki. To have sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • This pretty handiwork would be nice to have. Kerja tangan yang cantik ini menarik untuk dimiliki.
  • Would you like to have breakfast with me? Sudikah awak bersarapan dengan saya?
Have memberi maksud ada, mempunyai atau memiliki. Have sering digunakan untuk present tense kala kini.
  • They and I have similar interests. Mereka dan saya mempunyai kegemaran yang sama.
  • Does he have a car? Adakah dia memiliki kereta?
Had memberi maksud telah memiliki atau telah mendapat. Had sering digunakan untuk past tense kala lampau.
  • The witch-doctor had an evil vision last night. Bomoh itu telah mendapat penglihatan yang jahat semalam.
  • The diver would not have dived if he had known there was a shark in the area. Penyelam itu tidak akan menyelam sekiranya dia mengetahui terdapat jerung di kawasan itu.
Having memberi maksud akan mendapat, akan memiliki, mengingini atau mengalami. Having sering digunakan untuk present tense kala kini.
  • Having a baby is all the charming princess wants. Memiliki anak adalah segalanya puteri yang menawan itu mengingini.
  • The winner of the competition is having the happiest time of her life. Pemenang peraduan itu mengalami masa yang paling gembira di dalam hidupnya.
Has memberi maksud ada, mempunyai atau memiliki. Has digunakan hanya untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia atau it ia.
  • The circus entertainer looks scary because she has large ears. Penghibur sarkas itu kelihatan mengerikan sebab dia mempunyai telinga yang besar.
  • She wants to marry the businessman because he has lots of wealth. Dia ingin mengahwini ahli perniagaan itu itu sebab dia memiliki harta yang banyak.
Untuk keterangan lanjut mengenai bentuk verb serta penggunaannya di dalam tense sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Ahad, 18 November 2012

Fever, Fevered, Feverish

Pagi tadi Teacher Zack rasa tak sedap badan rupa-rupanya tengahari tadi Teacher Zack dah demam. Di dalam Bahasa Inggeris perkataan untuk demam ialah fever. Perlu dinyatakan di sini bahawa walau pun fever memberi maksud demam, fever boleh juga memberi maksud keriangan atau keghairahan. Pada dasarnya fever adalah perkataan jenis noun.
  • The archeologist had a fever after he touched the amulet. Ahli arkeologi itu mendapat demam setelah dia menyentuh azimat itu.
  • The audience was in a fever while waiting for the superstar actress to appear. Penonton berada di dalam keadaan keghairahan sambil menunggu bintang pelakon itu muncul.
Fever boleh juga menjadi perkataan jenis verb yang sering digunakan di dalam bentuk past tense iaitu fevered.
  • The virus carried by the Aedes mosquito fevered the scientist. Virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes itu telah menyebabkan ahli sains itu demam.
  • The excitement that fevered the fan has caused his death. Keghairahan yang menimpa peminat itu telah menyebabkan kematiannya.
Perkataan fever sering dikelirukan dengan perkataan feverish sebab kedua-duanya mempunyai maksud yang sama iaitu demam atau keriangan. Walau bagaimana pun feverish adalah perkataan jenis adjective.
  • Dengue is a feverish illness. Denggi adalah penyakit yang menyebabkan demam.
  • Wow, the famous singer has caused a feverish situation in the audience. Wah, penyanyi terkenal itu telah menyebabkan keadaan keghairahan di kalangan penonton.
Adoi, Teacher Zack perlu berehat ni sebab masih demam. Sebelum mengakhiri catatan ini Teacher Zack ingin menterjemahkan salah satu hadith kegemaran Teacher Zack iaitu:
  • Narrated Ibn 'Umar: The Prophet s.a.w said, "Fever is from the heat of the (Hell) Fire; so abate fever with water." - Bukhari 54:486. Diriwayatkan oleh Ibn 'Umar: Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Demam adalah dari kepanasan Api (Neraka); maka redakan demam dengan air." - Bukhari 54:486.

How, How come

Good morning. Selamat pagi. How are you today? Apa khabar awak hari ini? How are the kids? Bagaimanakah keadaan anak-anak? Teacher Zack harap semuanya sihat dan bahagia :) Antara perkataan yang sering digunakan di dalam perbualan harian ialah how. Pada dasarnya how adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud bagaimana. Apabila perkataan how digunakan untuk bertanya lazimnya ia berada di hadapan ayat dan tanda soal ? diletakkan dibelakang ayat.
  • How did the chef cook this meal? Bagaimanakah jurumasak itu memasak hidangan ini?
  • How to return to the supermarket? Bagaimanakah untuk kembali ke pasar raya?
How boleh juga menjadi perkataan jenis conjunction iaitu perkataan yang digunakan untuk menyambung frasa atau ayat. Perhatikan bahawa tanda soal ? tidak perlu diletakkan di hujung ayat apabila perkataan how digunakan sebagai conjunction.
  • Encik Ismail, who is the executive officer, didn't know how to turn on the printer. Encik Ismail, seorang pegawai eksekutif, tidak tahu bagaimana untuk memasang pencetak itu.
  • The Marketing Director said, "You can do how you please!" Pengarah Pemasaran itu berkata, "Awak boleh buat bagaimana awak suka!" atau pun Pengarah Pemasaran itu berkata, "Awak boleh buat sesuka hati awak!"
Selain conjunction how boleh juga menjadi perkataan jenis noun. Sebagai noun how boleh memberi maksud bagaimana atau cara.
  • The medical practitioner said, "This is a question of why, not a how." Pengamal perubatan itu berkata, "Ini adalah soal kenapa, bukan bagaimana."
  • At least consider all the hows before you begin. Sekurang-kurangnya pertimbangkan semua cara-caranya sebelum awak mula.
Salah satu idiom yang digemari adalah how come yang memberi maksud kenapa atau lebih tepat lagi kenapa ya.
  • How come my supplier never visit me anymore? Kenapa ya pembekal saya tidak melawat saya lagi?
  • How come the gorgeous artist can love that crippled man? Kenapa ya seniman yang sungguh cantik itu boleh mencintai lelaki yang lumpuh itu.
Itu je untuk masa ni ye sebab dengan tiba-tiba Teacher Zack rasa macam tak sihat sikit. How come Teacher Zack suddenly feels this way? Kenapa ya Teacher Zack dengan tiba-tiba terasa sebegini? Entahlah dah tua kot.

Sabtu, 17 November 2012

House, Houses, Housed, Housing

Sedang duduk berfikir di rumah tiba-tiba Teacher Zack terfikir pula pasal rumah, hehe. Di dalam Bahasa Inggeris perkataan untuk rumah ialah house. Pada dasarnya house adalah perkataan jenis noun.
  • Her angry father-in-law said, "Get out of my house!". Bapa mertuanya yang sedang marah berkata, "Keluar dari rumah saya!".
  • My house is just behind this lovely park. Rumah saya terletak berul-betul di belakang taman yang indah ini.
Untuk plural majmuk hanya huruf s perlu ditambah dihujung untuk menjadikannya houses.
  • Wow, those houses are really beautiful! Wah, rumah-rumah itu benar-benar cantik!
  • These houses are owned by the military. Rumah-rumah ini adalah kepunyaan angkatan tentera.
Perkataan house boleh juga menjadi verb yang memberi maksud menempatkan atau ditempatkan. Hanya huruf d perlu ditambah di hujung untuk menjadikannya past tense iaitu housed.
  • The government will house the flood victims in schools. Kerajaan akan menempatkan mangsa banjir disekolah-sekolah.
  • Do you know that 500,000 books are housed in this library? Tahukah anda bahawa terdapat 500,000 buku-buku ditempatkan di dalam perpustakaan ini?
Sebagai adjective perkataan house digunakan untuk menyifatkan perkataan noun.
  • This is a house paint and is not suitable for cars. Ini adalah cat rumah dan tidak sesuai untuk kereta.
  • That is not a formal gathering but it is a house gathering. Itu bukan perhimpunan rasmi tetapi ia adalah perhimpunan rumah.
Satu lagi bentuk perkataan house yang terlintas di dalam fikiran Teacher Zack ialah housing. Perkataan housing adalah perkataan jenis noun yang memberi maksud penempatan.
  • The municipal needs a housing for the landslide victims as soon as possible. Majlis perbandaran memerlukan penempatan untuk mangsa tanah runtuh secepat mungkin.
  • The housing looks like a horse stable. Penempatan itu kelihatan seperti kandang kuda.
Teacher Zack rasa idiom yang paling terkenal untuk perkataan house ialah open house yang memberi maksud rumah terbuka.
  • Please come to my open house at the end of the first week of Hari Raya. Sila datang ke rumah terbuka saya pada hujung minggu pertama Hari Raya.
  • We are all invited to the open house of the Prime Minister. Kami semua dijemput ke rumah terbuka Perdana Menteri.

To write, Write, Wrote, Written, Writing, Writes

Write memberi maksud tulis. Write adalah perkataan jenis verb yang mengandungi 6 bentuk iaitu to write, write, wrote, written, writing dan writes. Jom kita buat ayat!

To write memberi maksud untuk menulis.
  • Did the engineer come to office to write his report? Adakah jurutera itu datang ke pejabat untuk menulis lapurannya?
  • It is not easy to write a book. Bukan mudah untuk menulis sebuah buku.
Write memberi maksud tulis.
  • Don't talk, write! Jangan bercakap, tulis!
  • Write for that magazine editor, if you please. Tulis untuk penyunting majalah itu, jika anda sudi.
Wrote memberi maksud telah menulis atau menulis.
  • The farmer wrote that article. Petani itu telah menulis rencana itu.
  • My salesman wrote that proposal, not your manager. Jurujual saya telah menulis cadangan itu, bukan pengurus awak.
Written memberi maksud telah habis menulis atau ditulis.
  • The journalist have written the essay last night. Wartawan itu telah habis menulis esei itu semalam.
  • The police officer said the report was written by him. Pegawai polis itu berkata lapuran itu telah ditulis olehnya.
Writing memberi maksud sedang menulis.
  • Teacher Zack is writing this sentence now. Teacher Zack sedang menulis ayat ini sekarang.
  • That rich man is writing his will. Orang lelaki kaya itu sedang menulis wasiatnya.
Writes memberi maksud tulis dan hanya digunakan untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia atau it ia.
  • That fisherman writes like a professional writer. Nelayan itu menulis seperti seorang penulis profesional.
  • Can you believe that the nurse can write while walking! Percayakah awak bahawa jururawat itu boleh menulis sambil berjalan!
Untuk keterangan lanjut mengenai bentuk verb serta penggunaannya di dalam tense sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.

Jumaat, 16 November 2012

Base, Root, Prefix, Suffix

Kini Teacher Zack nak menceritakan mengenai unsur-unsur perkataan yang sungguh menarik iaitu base, root, prefix dan suffix. Baiklah tanpa melengahkan masa Teacher Zack memulakan dengan base.

Base
Apabila sesuatu perkataan tidak boleh dicerakinkan maka perkataan itu dipanggil base word kata dasar. Act adalah satu contoh perkataan yang dipanggil base word kerana ia tidak boleh dicerakinkan kepada perkataan-perkataan lain. Act memberi maksud bertindak atau berlakon. Act boleh juga memberi maksud babak.

Root
Walaupun perkataan act dipanggil base word, ketahuilah bahawa perkataan act boleh juga dipanggil root word kata asas. Kenapa ye? Sebab root word adalah perkataan yang telah dicerakinkan dari sesuatu perkataan yang lain. Sebagai contoh perkataan reaction tindak-balas boleh dicerakinkan kepada tiga perkataan kecil iaitu re-act-ion. Disebabkan inilah perkataan act boleh juga dipanggil root word sebab ia boleh dicerakinkan dari perkataan reaction.

Prefix
Perkataan yang disambung dihadapan perkataan lain untuk mengubah maksudnya dipanggil prefix. Sebagai contoh perkataan re dipanggil prefix apabila ia disambung dihadapan perkataan act bertindak untuk menjadikannya perkataan react bertindak-balas.

Suffix
Perkataan yang disambung dibelakang perkataan lain untuk mengubah maksudnya dipanggil suffix. Sebagai contoh perkataan ion dipanggil suffix apabila it disambung dibelakang perkataan act bertindak untuk menjadikannya perkataan action tindakan.

Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas perhatikan perubahan maksud pada root (atau base) word yang disebabkan oleh penggunaan prefix dan suffix seperti berikut:
  • base: act bertindak
  • prefix-root: re-act bertindak-balas
  • root-suffix: act-ion tindakan
  • prefix-root-suffix: re-act-ion tindak-balas
Terdapat sungguh banyak perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berasaskan gabungan prefix, root dan suffix contohnya anti-aircraft, be-jewelled, counter-attack, ex-husband, pre-condition, eat-en, sleep-ing, bigg-er, work-ed dan sebagainya. Sudah tentu mempelajari kesemuanya akan mengambil masa yang lama. Teacher Zack harap keterangan yang Teacher Zack berikan pada catatan hari ini dapat membantu. Insyaallah kita akan teruskan perbincangan mengenai topik ini dimasa akan datang.

Harap maklum bahawa di laman web Dewan Bahasa Pustaka kedua-dua maksud base word dan root word diterjemahkan sebagai kata dasar. Teacher Zack menterjemahkan base word sebagai kata dasar dan root word sebagai kata asas hanyalah untuk menjelaskan penerangan Teacher Zack.

Book

Jom kita bincang mengenai perkataan book. Pada dasarnya book adalah perkataan jenis noun kata nama yang memberi maksud buku. Lihat contoh ayat-ayat berikut:
  • This is a book. Ini adalah sebuah buku.
  • His favorite book is Al-Quran. Buku kegemarannya ialah Al-Quran.
Perkataan book memberi gambaran singular tunggal. Untuk plural majmuk hanya tambah huruf s dihujung untuk menjadikannya books.
  • Those books are mine. Buku-buku itu adalah kepunyaan saya.
  • Please do not remove the books from that shelf. Sila jangan mengalihkan buku-buku dari rak itu.
Walaupun pada asasnya book adalah perkataan jenis noun kata nama, ia boleh juga berubah menjadi perkataan jenis verb kata kerja seperti berikut:
  • Book bermaksud tempah: Please book the ticket for me. Sila tempah tiket itu untuk saya.
  • Book bermaksud saman: The police came to book him. Pihak polis telah datang untuk menyaman dia.
Selain verb kata kerja, book boleh juga berubah menjadi perkataan jenis adjective kata sifat seperti berikut:
  • Encik Hamzah is a book salesman. Encik Hamzah adalah seorang jurujual buku.
  • This is a book knowledge of science. Ini adalah buku pengetahuan sains.
Tidak ketinggalan juga perkataan book yang terdapat di dalam idiom yang terkenal iaitu by the book yang memberi maksud menurut peraturan atau tatacara rasmi.
  • When the police arrested the buglar, they did it by the book. Apabila pihak polis menahan perompak itu, mereka melakukannya menurut peraturan.
  • Teacher Zack teaches English language by the book. Teacher Zack mengajar Bahasa Inggeris menurut tatacara rasmi (betul ke ni, hehe).

Khamis, 15 November 2012

Yang Ini Dipanggil Sayings

Tak cukup dengan slang, idiom dan phrasal verb kini Teacher Zack nak cerita pasal sayings pula. Apakah itu sayings? Senang je, sayings adalah pepatah. Sayings adalah ungkapan yang pendek dan bijak yang lazimnya berbentuk nasihat atau kebenaran. Sayings sering juga dipanggil proverb (peribahasa atau bidalan). Jom kita lihat beberapa contoh sayings.
  • Easy come, easy go adalah sayings yang memberi maksud Senang datang, senang pergi. Sayings ini seolah-olah mengatakan jika dengan senang kita mendapat duit yang banyak maka ada kemungkinan dengan senang juga kita akan kehilangan duit itu.
  • Better safe than sorry adalah sayings yang memberi maksud Lebih baik selamat dari kesal. Sayings ini memberi nasihat bahawa di dalam keadaan yang merbahaya kita harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri sebab kalau berlaku sesuatu yang tidak diduga maka kita akan menyesal pula nanti.
  • If you can't beat 'em, join 'em adalah sayings yang memberi maksud Jika anda tidak dapat mengalahkan mereka, sertailah mereka. Sayings ini menasihatkan bahawa sekiranya kita tidak dapat mengalahkan seseorang atau sesuatu keadaan maka ada baiknya kita menyertainya dengan harapan untuk mendapatkan manfaat darinya.
Harap maklum bahawa terdapat juga ungkapan-ungkapan dari Bible yang dianggap sebagai sayings.