Selasa, 20 November 2012

Not

I could not resist looking at that attractive computer artwork. Saya tidak dapat mengelakkan dari memandang karya seni komputer yang menarik itu. Not adalah perkataan jenis adverb. Pada dasarnya not memberi maksud tidak atau bukan. Not digunakan untuk menidakkan sesuatu perkataan, frasa atau ayat.

Not menidakkan perkataan, frasa atau ayat
Not menidakkan perkataan:
  • not blue. bukan biru.
  • not me. bukan saya.
Not menidakkan frasa:
  • not the dirty toilet. bukan tandas kotor itu.
  • not under the fan. bukan di bawah kipas.
Not menidakkan ayat:
  • The boxer will not do it. Ahli tinju itu tidak akan melakukannya.
  • That woman is not an singer. Wanita itu bukan seorang penyanyi.

Not menidakkan jenis-jenis perkataan
Not menidakkan noun:
  • not Hamzah. bukan Hamzah.
  • not Malaysia. bukan Malaysia.
Not menidakkan pronoun:
  • not them. bukan mereka.
  • not her. bukan dia.
Not menidakkan adjective:
  • not tall. tidak tinggi.
  • not cold. tidak sejuk.
Not menidakkan article:
  • not a (book). bukan sebuah (buku).
  • not the (tree). bukan (pokok) itu.
Not menidakkan verb:
  • not told. tidak diberitahu.
  • not written. tidak ditulis.
Not menidakkan adverb:
  • not very (good). tidak begitu (baik).
  • not there. bukan di sana.
Not menidakkan preposition:
  • not at (home). tidak berada di (rumah).
  • not from (here). bukan dari (sini).
Not menidakkan conjunction:
  • not so (true). tidak begitu (benar).
  • not because (of him). tidak kerana (dia)

Not menidakkan auxiliary verb
Apabila not digunakan untuk menidakkan auxiliary verb maka kedua-kedua perkataan not dan auxiliary verb boleh dipendekkan. Di dalam Bahasa Inggeris pemendekan atau pengecutan perkataan-perkataan dipanggil word contraction.

Kependekan primary auxiliary verb be:
  • is not = isn't
  • are not = aren't
  • was not = wasn't
  • were not = weren't
Kependekan primary auxiliary verb do:
  • do not = don't
  • did not = didn't
  • does not = doesn't
Kependekan primary auxiliary verb have:
  • have not = haven't
  • had not = hadn't
  • has not = hasn't
Kependekan modal auxiliary verb:
  • can not = cannot atau can't
  • could not = couldn't
  • must not = musn't
  • will not = won't
  • would not = wouldn't
  • shall not = shan't
  • should not = shouldn't
Untuk penjelasan terperinci mengenai primary auxiliary verb dan modal auxiliary verb serta cara membina ayat menggunakannya sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack. Keterangan lanjut mengenai perbezaan diantara frasa dan ayat terdapat juga didapati di dalam ebook ini.