Jom kita bincang mengenai perkataan book. Pada dasarnya book adalah perkataan jenis
noun kata nama yang memberi maksud buku. Lihat contoh ayat-ayat berikut:
- This is a book. Ini adalah sebuah buku.
- His favorite book is Al-Quran. Buku kegemarannya ialah Al-Quran.
Perkataan book memberi gambaran singular
tunggal. Untuk plural
majmuk hanya tambah huruf s dihujung untuk menjadikannya books.
- Those books are mine. Buku-buku itu adalah kepunyaan saya.
- Please do not remove the books from that shelf. Sila jangan mengalihkan buku-buku dari rak itu.
Walaupun pada asasnya book adalah perkataan jenis noun
kata nama, ia boleh juga berubah menjadi perkataan jenis
verb kata kerja seperti berikut:
- Book bermaksud tempah: Please book the ticket for me. Sila tempah tiket itu untuk saya.
- Book bermaksud saman: The police came to book him. Pihak polis telah datang untuk menyaman dia.
Selain verb
kata kerja, book boleh juga berubah menjadi perkataan jenis
adjective kata sifat seperti berikut:
- Encik Hamzah is a book salesman. Encik Hamzah adalah seorang jurujual buku.
- This is a book knowledge of science. Ini adalah buku pengetahuan sains.
Tidak ketinggalan juga perkataan book yang terdapat di dalam
idiom yang terkenal iaitu
by the book yang memberi maksud menurut peraturan atau tatacara rasmi.
- When the police arrested the buglar, they did it by the book. Apabila pihak polis menahan perompak itu, mereka melakukannya menurut peraturan.
- Teacher Zack teaches English language by the book. Teacher Zack mengajar Bahasa Inggeris menurut tatacara rasmi (betul ke ni, hehe).