Perkataan bottle adalah untuk kegunaan singular tunggal. Untuk menjadikannya plural majmuk hanya perlu menambah s dihujungnya iaitu bottles botol-botol. Terdapat juga perkataan yang berpunca dari perkataan bottle iaitu bottler. Bottler juga adalah perkataan jenis noun. Bottler memberi maksud tukang botol, pembotol, atau lebih tepat lagi kilang pembotol. Plural untuk bottler ialah bottlers pembotol-pembotol.
Perkataan bottle boleh juga menjadi verb. Sebagai verb bottle mempunyai 5 bentuk iaitu to bottle, bottle, bottles, bottled dan bottling:
- to bottle memberi maksud untuk membotol: The factory worker's job is to bottle the drink. Kerja pekerja kilang itu adalah untuk membotol minuman itu.
- bottle memberi maksud membotol: The traveller will bottle a large amount of water for himself. Pengembara itu akan membotol minuman yang banyak untuk dirinya.
- bottles mempunyai maksud yang sama dengan bottle tetapi digunakan khusus untuk pihak ketiga tunggal sahaja iaitu he dia, she dia dan it ia: She bottles for her kid sister a little syrup drink Dia membotol untuk adik perempuannya sedikit minuman sirap.
- bottled memberi maksud telah membotol: I bottled for you the drink, what else do you need? Saya telah membotolkan untuk awak minuman itu, apa lagi yang awak perlukan?
- bottling memberi maksud sedang membotol: Mummy is bottling milk for my little brother, Hussin. Ibu sedang membotolkan susu untuk adik lelaki saya, Hussin.
- beer bottle botol bir
- whiskey bottle botol wiski
- wine bottle botol wain
- water bottle botol air
- milk bottle atau feeding bottle botol susu
- bottlecap penutup botol
- ketchup bottle botol kicap
- ink bottle botol dakwat
- pill bottle botol pil (ubat)
- pop bottle atau soda bottle botol untuk minuman air gas
- plastic bottle botol plastik
Maka berakhirlah cerita Teacher Zack pasal botol pagi ni. Semoga manusia mengurangkan pembuangan plastic bottles botol-botol plastik ke dalam laut, kesian kat ikan-ikan tu. Makan ikan nak, menjaganya tak nak. Habis camno.
Keterangan lanjut mengenai bentuk verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.