Jumaat, 23 November 2012

Perkataan Inggeris But dan Idiom But For

Car racing is a dangerous sport but many people like it. Perlumbaan kereta adalah sukan yang merbahaya tetapi ramai orang menyukainya. But adalah perkataan Inggeris jenis conjunction. Berikut adalah maksud-maksud perkataan but:

bertentangan:
  1. I love you so much but I am not ready for marriage. Saya amat mencintai awak tetapi saya belum bersedia untuk mendirikan rumah-tangga. (Hal macam ini yang Teacher Zack berasa sangsi tau).
  2. I am already in Kuala Lumpur now but I don't want to see him. Saya sudah berada di Kuala Lumpur sekarang tetapi saya tidak mahu berjumpa dengannya.
pengecualian:
  1. No one saw the prowler but the Butler. Tidak ada sesiapa yang nampak orang yang merayau-rayau tu kecuali Pelayan Besar itu.
  2. I took all the pails but the green one. Saya telah mengambil kesemua baldi-baldi itu kecuali yang berwarna hijau.
hasil yang selainnya:
  1. Not only the storekeeper won the state competition but the country championship tournament too. Bukan sahaja penyelenggara stor itu memenangi pertandingan negeri tetapi pertandingan kejohanan negara juga.
  2. The Finance Director not only got Dengue fever but a Heart Attack as well. Pengarah Kewangan itu bukan sahaja mendapat demam Denggi tetapi Serangan Jantung juga.
melainkan:
  1. There is no hope but by invocation. Tidak ada harapan melainkan dengan doa.
  2. There is no other way but by punishing the drug pushers. Tidak ada jalan lain melainkan dengan menghukum pengedar-pengedar dadah itu.
Perkataan Inggeris but boleh juga digunakan sebagai preposition:
  1. The veterinarian saved all but one tiger cub. Doktor haiwan itu telah menyelamatkan semua tetapi seekor anak harimau.
  2. No one went but me: Tidak ada sesiapa yang telah pergi melainkan saya.
Selain preposition perkataan but boleh juga digunakan sebagai adverb:
  1. There was hope for the accident victim but only for a moment. Terdapat harapan untuk mangsa kemalangan itu tetapi hanya untuk sebentar.
  2. Get out of here but fast. Keluar dari sini dengan cepat.
Kalau nak guna perkataan but sebagai noun pun boleh:
  1. Do as you are told, no buts about it. Buat apa yang awak telah disuruh buat, tidak ada pengecualian mengenainya.
  2. I won't accept any buts from you. Saya tidak akan menerima apa-apa pengecualian dari awak.
Perkataan Inggeris but juga terdapat di dalam idiom but for yang memberi maksud jika tidak kerana:
  1. The caravan would have reached the valleys but for the weather. Kafilah itu sepatutnya telah sampai ke lembah itu jika tidak kerana cuaca.
  2. But for the heavy rain, it would have been a joyful picnic. Jika tidak kerana hujan lebat, ia sepatutnya adalah perkelahan yang menyeronokkan.