Isnin, 19 November 2012

High, Higher, Highest, Highly, Height

Apabila perkataan high disebut maka kita terus terfikir tinggi atau ketinggian. Di dalam rencana ini Teacher Zack akan membincangkan mengenai perkataan-perkataan yang berkaitan dengan ketinggian iaitu high, higher, highest, highly dan height.

High
Pada dasarnya high adalah perkataan jenis adjective yang memberi maksud tinggi.
  • That high building is 105 stories. Bangunan tinggi itu 105 tingkat.
  • The refugee from Myanmar has a high fever. Pelarian dari Myanmar itu mengalami demam tinggi.
High boleh juga menjadi perkataan jenis adverb yang juga mempunyai maksud tinggi.
  • The Russian sportswoman jumped high enough to break the world record. Ahli sukan wanita Rusia itu telah melompat cukup tinggi untuk memecahkan rekod dunia.
  • Malaysia's government aims high at the next election. Kerajaan Malaysia bercita-cita tinggi pada pilihanraya akan datang.
Sebagai noun high mempunyai maksud tinggi atau mabuk.
  • You should shift to high when driving on level road. Awak sepatutnya menukar ke tinggi apabila memandu di jalanraya yang rata.
  • Due to that drug he was high for 6 days! Disebabkan oleh dadah itu dia mabuk selama 6 hari!
Higher, Highest
Perkataan higher memberi maksud lebih tinggi manakala perkataan highest memberi maksud paling tinggi. Pada dasarnya higher dan highest adalah perkataan-perkataan jenis adjective.
  • That iPhone has a higher price than this Samsung phone. iPhone itu mempunyai harga yang lebih tinggi dari telefon Samsung ini.
  • The pilot's son obtained the highest result for his SPM. Anak juruterbang itu mendapat keputusan yang paling tinggi untuk SPM dia.
Higher dan highest boleh juga menjadi perkataan jenis adverb.
  • The mountain climber climbed higher than he previously did. Pendaki gunung itu memanjat lebih tinggi dari yang lakukan sebelum ini.
  • That building is the highest of all buildings in Malaysia. Bangunan itu adalah yang paling tinggi dari bangunan-bangunan lain di Malaysia.
Highly
Walaupun perkataan highly kelihatan seperti perkataan high akan tetapi ia adalah perkataan yang berlainan sama sekali. Highly adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud amat, sungguh.
  • The performance by the comedian is highly amusing. Pertunjukan oleh pelawak itu sungguh menghiburkan.
  • The tribe leader is a highly respected man here. Ketua suku kaum itu adalah orang yang amat dihormati di sini.
Height
Sebagaimana perkataan highly, perkataan height juga adalah perkataan yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perkataan high. Perkataan height adalah perkataan jenis noun yang mempunyai maksud ketinggian.
  • The expedition team stopped climbing at the height of 245 meters. Kumpulan ekspedisi itu telah berhenti memanjat pada ketinggian 245 meter.
  • The wild bear stood up to 15 feet in height. Beruang liar itu berdiri pada ketinggian 15 kaki.