Khamis, 30 September 2010

"Goodbye" Bererti "God Be With You"?

Kita sudah tahu bahawa perkataan Goodbye memberi makna Selamat tinggal. Tapi tahukah anda apa maksud asal perkataan Goodbye? Menurut sejarah perkataan Goodbye berasal dari rangkai kata God be with you. Cara penulisan asal perkataan Goodbye sejak zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut:
God be wy you
god b'w'y
godbwye
god buy' ye
good-b'wy

Dari rangkai kata di atas, kesimpulan boleh dibuat bahawa perkataan God telah digantikan dengan perkataan good. Tambah lagi rangkai kata be wy you juga telah digantikan dengan perkataan b'wy, seterusnya sudah menjadi perkataan bye dimasa kini. Maka itulah secara ringkas sejarah perkataan Goodbye. Maklumat mengenai sejarah perkataan Goodbye ini boleh didapati di laman-laman web Yahoo! Answers, Answers.com dan Merriam-Webster.

Apa pun, kita beri salam je lah ye.