Rabu, 19 Jun 2013

Marilah mempelajari Bahasa Inggeris sekarang juga

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Let's learn English language right now.


Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan right mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. right - betul
  2. righter - lebih betul
  3. rightest - paling betul
Sebagai adjective, perkataan right memberi keterangan kepada noun atau pronoun contohnya right decision, right answer, right solution, right location, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. Suriani gave the right answer. - Suriani telah memberi jawapan yang betul.
  2. However, Shazwan's answer is righter than Suriani's answer. - Walau bagaimanapun, jawapan Shazwan adalah lebih betul daripada jawapan Suriani.
  3. That consultant provided the rightest solution. - Pakar runding itu telah memberi penyelesaian yang paling betul.
Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan right adalah rights. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan right adalah:
  1. kanan: Please stand on the right side, thank you. - Sila berdiri disebelah kanan, terima kasih.
  2. hak: 
    1. You have the right to remain silent. - Awak berhak untuk berdiam diri.
    2. That is called women's rights. - Itu dipanggil hak wanita.
  3. betul: Doesn't he know the right from wrong? - Tidakkah dia mengetahui yang betul daripada yang salah?
Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan right menjawab soalan how, when, atau where, contohnya:
  1. How did she climb?
    She climbs right to the top. - Dia memanjat terus ke atas.
  2. When can I meet you?
    You can meet me right after lunch. - Awak boleh berjumpa saya sejurus selepas makan tengahari.
  3. Where will you be?
    I'll be right here. - Saya akan tetap berada di sini.
Sebagai adverb, maksud-maksud perkataan right adalah:
  1. terus: Make sure she comes right home. - Pastikan dia balik terus ke rumah.
  2. sejurus: I will meet you right after dinner. - Saya akan berjumpa dengan awak sejurus selepas makan malam.
  3. tetap: Don't worry because I'll be right here. - Jangan risau sebab saya akan tetap berada di sini.
  4. betul: Good, you guessed right. - Bagus, awak telah meneka dengan betul.
  5. betul-betul: The ghost stood right here! - Hantu itu berdiri betul-betul di sini!
  6. tepat: You came right on time. - Awak telah datang tepat pada waktunya.
  7. juga: Let's go right now. - Marilah pergi sekarang juga.
Perkataan Bahasa Inggeris right sebagai verb
Sebagai verb, perkataan right adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to right - infinitive
  2. right - base
  3. righted - past simple / past participle
  4. righting - present participle
  5. rights - present simple
Sebagai verb, perkataan right memberi maksud membetulkan, memperbetulkan, dibetulkan, diperbetulkan, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to right: The counselor came to right the mischievous students. - Kaunselor datang tuntuk membetulkan murid-murid nakal itu.
  2. right: Can I right a wrong in one of your answers? - Bolehkah saya membetulkan suatu kesalahan dalam salah satu daripada jawapan-jawapan awak?
  3. righted (past simple): The judge righted the lawyer in court. - Hakim telah memperbetulkan peguam itu di mahkamah.
  4. righted (past participle): Kumar was righted so many times by his teacher. - Kumar telah diperbetulkan banyak kali oleh gurunya.
  5. righting: I am righting your answer. - Saya sedang membetulkan jawapan awak.
  6. rights: I hate it when he rights me. - Saya membencinya apabila dia memperbetulkan saya.

Selasa, 18 Jun 2013

Setiap hari saya memikirkan awak

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Each day I think of you.


Perkataan Bahasa Inggeris each sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan each memberi maksud setiap dan ia memberi keterangan kepada noun atau pronoun contohnya each book, each end, each floor, each day, each time, atau sebagainya.
  1. Each floor has been checked. - Setiap tingkat telah diperiksa.
  2. There is a door at each end of the house. - Terdapat pintu di setiap sudut rumah itu.
Sebagai adjective, perkataan each boleh juga didahului plural subject contohnya they each, the houses each, we each, the rescuers each, atau sebagainya. Apabila didahului plural subject, perkataan each memberi maksud setiap seorang atau setiap satu, seperti berikut:
  1. They each were given RM200. - Mereka setiap seorang diberi RM200.
  2. Those books each cost five ringgit. - Buku-buku itu setiap satu berharga lima ringgit.
  3. The children each took three green balls. - Kanak-kanak itu setiap seorang telah mengambil tiga biji bola hijau.
  4. The vehicles each have six doors. - Kenderaan-kenderaan itu setiap satu mempunyai enam pintu.
Perkataan Bahasa Inggeris each sebagai pronoun
Sebagai pronoun, perkataan each memberi maksud setiap seorang atau setiap satu dan menggantikan noun, contohnya:
  1. Seven students took part in the game and each had different skills. - Tujuh murid-murid telah mengambil bahagian dan setiap seorang mempunyai kebolehan yang berlainan.
  2. The boxes are the same where each measure 2" x 4" x 3". - Kotak-kotak itu adalah serupa dimana setiap satu berukuran 2" x 4" x 3".
Frasa each of juga menyebabkan perkataan each menjadi pronoun, contohnya:
  1. Each of the books is written by Dr. Johan. - Setiap satu daripada buku-buku itu telah ditulis oleh Dr. Johan.
  2. I love each of my kids. - Saya menyayangi setiap seorang daripada anak-anak saya.
Perkataan Bahasa Inggeris each sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan each memberi maksud setiap seorang atau setiap satu. Ia digunakan seperti berikut:
  1. They were given RM200 each - Mereka diberi RM200 setiap seorang.
  2. Those books cost five ringgit each. - Buku-buku itu berharga lima ringgit setiap satu.
  3. The children took three green balls each. - Kanak-kanak telah mengambil tiga biji bola hijau setiap seorang.
  4. The vehicles have six doors each. - Kenderaan-kenderaan itu mempunyai enam pintu setiap satu.
Perhatikan perbezaan diantara penggunaan perkataan each sebagai adverb dan penggunaan perkataan each sebagai adjective yang didahului plural subject.

Perbezaan Bahasa Inggeris each dan every
Perkataan each dan every mempunyai maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun, each menggambarkan setiap perkara yang dilihat dari segi individu. Every pula menggambarkan setiap perkara yang dilihat dari segi keseluruhan. Semudah kata, each memberi maksud setiap manakala every memberi maksud tiap-tiap, contohnya:
  1. Each day I think of you. - Setiap hari saya memikirkan awak.
  2. Every day I think of you. - Tiap-tiap hari saya memikirkan awak.

Isnin, 17 Jun 2013

Saya amat ♥ bertemankan awak

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: I love being in your company.


Perkataan Bahasa Inggeris company sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan company adalah companies. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan company adalah:
  1. sekumpulan:
    1. That is a company of farm workers. - Itu adalah sekumpulan pekerja ladang.
    2. A company of soldiers is on the way now. - Sekumpulan askar-askar sedang dalam perjalanan sekarang.
  2. syarikat: 
    1. That is my father's company. - Itu adalah syarikat ayah saya.
    2. The company secretary is retiring soon. - Setiausaha syarikat akan bersara tidak lama lagi.
    3. All three companies were declared bankrupt. - Ketiga-tiga syarikat telah diisytiharkan muflis.
  3. tetamu: We are having company for dinner. - Kami akan disertai tetamu untuk makan malam.
  4. bertemankan: I always enjoy his company. - Saya selalu seronok bertemankan dia.
  5. teman-teman: I don't like the company that she is with. - Saya tidak suka teman-teman yang bersamanya.
Perkataan Bahasa Inggeris company sebagai verb
Sebagai verb, perkataan company adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to company - infinitive
  2. company - base
  3. companied - past simple / past participle
  4. companying - present participle
  5. companies - present simple
Sebagai verb, perkataan company memberi maksud bergabung, digabungkan, menggabungkan, bersatu, disatukan, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to company: To company with the green team may not be a good choice. - Untuk bergabung dengan kumpulan hijau kemungkinan bukanlah suatu pilihan yang baik.
  2. company: We will company with them in this competition. - Kami akan bergabung dengan mereka dalam pertandingan ini.
  3. companied (past simple): That foundation companied with Tuan Ramli's organisation. - Penubuhan itu telah bergabung dengan organisasi Tuan Ramli.
  4. companied (past participle): We lost because our chess team had companied with the weakest chess players of that school. - Kami kalah sebab pasukan catur kami telah bergabung dengan pemain-pemain catur yang paling lemah daripada sekolah itu.
  5. companying: He is companying with me in this race. - Dia bergabung dengan saya dalam perlumbaan ini.
  6. companies: Somehow, Roslan companies with him in this race too. - Walau bagaimanapun, Roslan bergabung dengan dia dalam perlumbaan ini juga.
Company atau accompany?
Harap tidak keliru perbezaan diantara perkataan company (sebagai verb) dengan perkataan accompany yang sememangnya verb. Seperti yang ditunjukkan di atas, company memberi maksud bergabung. Accompany pula memberi maksud menemani, ditemani, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. Would you like to accompany me to the library? - Sudikah awak menemani saya ke perpustakaan?
  2. Puan Mariam went to Bangladesh accompanied by her daughter. - Puan Mariam telah pergi ke Bangladesh ditemani oleh anak perempuannya.

Ahad, 16 Jun 2013

Apapun, saya akan sentiasa ♥ awak

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: In any case, I will always love you.


Perkataan Bahasa Inggeris case1 sebagai noun
Pada pendapat Teacher Zack, cara menggunakan perkataan case1 sebagai noun lebih mudah diingati apabila ia digunakan didalam frasa seperti berikut:
  1. a case of:
    1. This is a case of mistaken identity. - Ini adalah perihal kesilapan identiti.
    2. Vandalism is a case of poor upbringing. - Vandalisme adalah perihal pendidikan yang kurang baik.
  2. a -adjective- case:
    1. His tragic death is a sad case. - Kematiannya yang tragis itu adalah suatu perihal yang menyedihkan.
    2. She presented a good case in court. - Dia telah mengemukakan kes yang baik di mahkamah.
  3. in which case:
    1. It may rain, in which case I am not walking home. - Ia mungkin akan hujan, dalam hal ini saya tidak akan berjalan ke rumah.
    2. The customer may call, in which case I'll be in office a little longer. - Pelanggan itu mungkin akan menelefon, dalam hal ini saya akan berada di pejabat lama sedikit.
Perkataan Bahasa Inggeris case1 didalam idiom
  1. in case bermaksud sekiranya: In case I am late, leave without me. - Sekiranya saya lewat, pergi tanpa saya.
  2. in any case bermaksud apapun: In any case, you cannot follow me. - Apapun, awak tidak boleh mengikuti saya.
Perkataan Bahasa Inggeris case2 sebagai noun
Sebagai noun, perkataan case2 memberi maksud bekas, contohnya jewel case (kotak barang kemas), suitcase (beg), pillow case (sarung bantal), atau spectacle case (sarung cermin mata).
  1. Would you like to buy this jewel case? . - Mahukah anda membeli kotak barang kemas ini?
  2. Your guitar case is heavy. - Kotak gitar awak berat.
Perkataan Bahasa Inggeris case2 sebagai verb
Sebagai verb, perkataan case2 adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to case - infinitive
  2. case - base
  3. cased - past simple / past participle
  4. casing - present participle
  5. cases - present simple
Sebagai verb, perkataan case2 boleh memberi maksud membubuh, menyimpan, meneliti, mengkaji, melekatkan, mencantum, menutup, atau sebagainya.
  1. to case: You have to case the pins into this box. - Awak mesti membubuh pin-pin itu ke dalam kotak ini.
  2. case: I case my jewelleries in that leather jewel case. - Saya menyimpan barang-barang kemas saya di dalam kotak barang kemas kulit itu.
  3. The burglar cased the bank before robbing it. - Perompak itu telah meneliti bank itu sebelum merompaknya.
  4. They have cased the two window glasses. - Mereka telah mencantumkan kedua-dua kaca tingkap itu.
  5. Are you casing the books? - Adakah awak sedang menjilid buku-buku itu?
  6. The scientist carefully cases the silicons. - Ahli sains itu secara berhati-hati melekatkan silikon-silikon itu.

Jumaat, 14 Jun 2013

Have a happy weekend :) إنشاء الله

Have a happy weekend. - Semoga hujung minggu yang gembira, إنشاء الله

Perkataan week sebagai noun
Sebagai noun, perkataan week memberi maksud minggu. Plural (majmuk) untuk perkataan week adalah weeks.
  1. Last month we had a week of rain. - Bulan lepas kami telah mengalami hujan selama seminggu.
  2. I'll be in Afghanistan for three weeks. - Saya akan berada di Afghanistan selama tiga minggu.
  3. May I see you next week? - Bolehkah saya berjumpa dengan awak minggu hadapan?
  4. I will start work on the week of June 6. - Saya akan mula bekerja pada minggu 6 Jun. (Ini bermaksud minggu yang bermula pada tarikh 6 Jun atau minggu yang terkandung tarikh 6 Jun)
  5. Azizah will come on Hari Raya week. - Azizah akan datang pada minggu Hari Raya. (Ini bermaksud pada minggu yang terkandung Hari Raya)
  6. The National Book Week begins today. - Minggu Buku Nasional bermula hari ini.
Perkataan week sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan week memberi keterangan kepada hari yang dimaksudkan, seperti berikut:
  1. I will come on Tuesday week. - Saya akan datang pada minggu Selasa. (Ini bermaksud tujuh hari sebelum atau selepas hari Selasa)
  2. Dad went to Pahang yesterday week. - Ayah telah pergi ke Pahang minggu semalam. (Ini bermaksud tujuh hari sebelum semalam)
Perkataan atau frasa yang berkaitan dengan perkataan week
  1. week after week bermaksud minggu demi minggu: Week after week we waited but the flood did not subside. - Minggu demi minggu kami telah menunggu tetapi banjir tidak surut.
  2. week by week (atau weekly) bermaksud tiap-tiap minggu: I visit my aunt week by week. - Saya melawat makcik saya tiap-tiap minggu.
  3. weekday bermaksud hari bekerja, iaitu Isnin-Jumaat (atau Sabtu-Rabu untuk negara Islam): I can't meet you on a weekday because I am busy. - Saya tidak dapat berjumpa dengan awak pada hari bekerja sebab saya sibuk.
  4. weekend bermaksud hujung minggu: Let's go for a picnic next weekend. - Marilah kita pergi berkelah pada hujung minggu akan datang.
  5. weeklong bermaksud sepanjang minggu: Our weeklong vacation was so tiring. - Percutian sepanjang minggu kami sungguh memenatkan.

Khamis, 13 Jun 2013

Can I have a few moments with you?

Can I have a few moments with you? - Bolehkah saya diberi sedikit masa bersama awak?

Perkataan few sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan few mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. few - sedikit
  2. fewer - lebih sedikit
  3. fewest - paling sedikit
Sebagai adjective, perkataan few memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya few Ringgit, few paper clips, few things, fewer options, fewer boxes, fewest moves, fewest possibilities, atau sebagainya.

Perhatikan dengan teliti penggunaan dan perbezaan maksud-maksud perkataan few, fewer dan fewest sebagai adjective di bawah:
  1. few:
    1. sedikit:
      1. Do you have a few moments? - Adakah awak sedikit masa?
      2. Grandpa has only a few moments to live. - Datuk hanya ada sedikit masa untuk hidup.
    2. beberapa:
      1. May I have a few Ringgit? - Bolehkah saya diberi beberapa Ringgit?
      2. A few pieces will do, thank you. - Beberapa keping sudah memadai, terima kasih.
  2. fewer:
    1. sedikit: 
      1. Fewer people came this year. - Lebih sedikit orang telah datang tahun ini.
      2. Fewer equipments are needed for this office. - Lebih sedikit kelengkapan diperlukan untuk pejabat ini.
    2. kurang: 
      1. There are no fewer than 30 tables in this room. - Terdapat tidak kurang daripada 30 meja di dalam bilik ini.
      2. His age is no fewer than 25. - Umurnya tidak kurang daripada 25.
  3. fewest:
    1. sedikit:
      1. Azlina got the fewest marks in Math. - Azlina telah mendapat markah paling sedikit dalam Matematik.
      2. The participant with fewest number of broken balloons shall win. - Peserta yang mendapat bilangan belon pecah yang paling sedikit akan menang.
Perkataan few sebagai noun
  1. sedikit:
    1. Send me a few. - Hantarkan kepada saya sedikit.
    2. That song only appeals to the few. - Lagu itu hanya menarik kepada yang sedikit itu.
Perkataan few sebagai pronoun
  1. sedikit:
    1. We invited a hundred people, but few attended. - Kami telah menjemput seratus orang, tetapi sedikit yang hadir.
    2. Many are Muslims, but few truly believes. - Ramai adalah Muslim, tetapi sedikit yang benar-benar beriman.
Perkataan few dalam idiom
  1. quite a few bermaksud banyak juga: 
    1. There are quite a few things to buy. - Terdapat banyak juga barang-barang untuk dibeli.
    2. You have quite a few old earrings in this drawer. - Awak mempunyai banyak juga subang-subang lama dalam laci ini.
Fewer atau less?
Fewer atau less mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, yang mana nak guna, fewer atau less?

Guna fewer untuk merujuk kepada orang atau benda yang boleh dikira atau yang ada perkataan dalam bentuk plural, contohnya:
  1. Fewer students are studying science. - Lebih sedikit murid-murid mempelajari science.
  2. There are fewer books in this closet. - Terdapat lebih sedikit buku-buku dalam almari ini.
Guna less untuk merujuk kepada perkara yang tidak boleh dikira atau yang tidak ada perkataan dalam bentuk plural, contohnya:
  1. It is a better job, but they pay you less money. - Ia adalah pekerjaan yang lebih baik, tetapi mereka membayar lebih sedikit duit.
  2. I'd rather spend less time in traffic jams. - Saya lebih rela menghabiskan lebih sedikit masa dalam kesesakan lalulintas.

Rabu, 12 Jun 2013

الحمد لله, it is such a beautiful day!

الحمد لله, it is such a beautiful day! - الحمد لله, ia adalah suatu hari yang sungguh indah!

Perkataan such sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan such memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya, such as you, such as this, such food, such noise, such a liar, such wealth, such people, such a man, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan such sebagai adjective adalah:
  1. sepertimana: 
    1. An artist such as you should be rich by now. - Seorang artis sepertimana kamu sepatutnya sudah kaya sekarang.
    2. Food, such as this, is mom's favorite. - Makanan, sepertimana ini, adalah kegemaran ibu. 
  2. sehinggakan: 
    1. The noise was such that I wasn't able to sleep. - Kebisingan itu adalah sehinggakan saya tidak dapat tidur.
    2. Her cry was such that we didn't dare to leave her alone. - Tangisannya adalah sehinggakan kami tidak berani meninggalkannya seorang diri.
  3. benar-benar, sungguh: 
    1. He is such a liar: - Dia adalah benar-benar seorang penipu.
    2. Teacher Zack is such a nice man. - Teacher Zack adalah seorang yang sungguh baik. (Tak tanya pun)
  4. sedemikian rupa: 
    1. I never dreamed of such wealth. - Saya tidak pernah mengimpikan kekayaan yang sedemikian rupa.
    2. Ahmad is a sports lover, one of many such people in this neighbourhood. - Ahmad adalah seorang peminat sukan, salah satu daripada orang-orang yang sedemikian rupa dalam kejiranan ini.
    3. Such a man is dangerous. - Orang yang sedemikian rupa adalah merbahaya.
Perkataan such sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan such memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb yang lain, contohnya such good people, such beautiful flowers, such poor health, in such a way, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan such sebagai adverb adalah:
  1. sehinggakan: His love for me is such that he calls me almost every hour. - Cintanya terhadap saya adalah sehinggakan dia menelefon saya hampir setiap jam.
  2. sedemikian rupa: Such good people can usually be found in this village. - Orang-orang baik sedemikian rupa biasanya boleh didapati dalam perkampungan ini.
  3. benar-benar, sungguh:
    1. Wow, those are such beautiful flowers! - Wah, bunga-bunga itu adalah benar-benar cantik!
    2. The last time I saw her, she was in such poor health. - Kali terakhir saya melihatnya, dia berada dalam kesihatan yang sungguh tidak baik.
Perkataan such sebagai pronoun
Sebagai pronoun, perkataan such menggantikan noun dan ia memberi maksud sedemikian, contohnya:
  1. That event is only for kings, princes, and such. - Acara itu adalah hanya untuk raja-raja, putera-putera, dan sedemikian.
  2. He claims to be a friend but he is not such. - Dia mengaku menjadi seorang kawan tetapi dia tidaklah sedemikian.
Perkataan such dalam idiom
  1. as such bermaksud oleh yang demikian: As such, I left her. - Oleh yang demikian, saya telah meninggalkannya.
  2. such as bermaksud sedemikian rupa, sepertimana: A plan such as this will never work. - Rancangan sepertimana yang ini tidak akan berjaya.

Selasa, 11 Jun 2013

Will you ♥ me again?

Will you marry me again? - Sudikah awak mengahwini saya semula?

Perkataan again sebagai adverb
Maksud-maksud perkataan again sebagai adverb adalah:
  1. lagi: 
    1. Please try again. - Sila cuba lagi.
    2. Will you come visit us again? - Adakah awak akan datang melawat kami lagi?
  2. semula:
    1. Let's do it all again. - Marilah melakukan semuanya semula.
    2. Can I borrow your car again? - Bolehkah saya meminjam kereta awak semula?
  3. sekali lagi:
    1. Again, I need to borrow your car. - Sekali lagi, saya perlu meminjam kereta awak.
    2. Again, we went back home. - Sekali lagi, kami pulang ke rumah.
  4. sebaliknya:
    1. I might lend you my car, and again I might not. - Saya mungkin akan meminjam kepada awak kereta saya, dan sebaliknya saya mungkin tidak.
    2. It might happen, and again it might not. - Ia mungkin akan berlaku, dan sebaliknya ia mungkin tidak.
Perkataan again dalam idiom
  1. again and again bermaksud berkali-kali, berulang-ulang:
    1. The Directors argued the same issue again and again. - Pengarah-pengarah berbantah isu yang sama berkali-kali.
    2. Again and again you hurt me. - Berulang kali awak telah menyakiti saya.
  2. as much again bermaksud dua kali ganda:
    1. She earns as much again as I do. - Dia berpendapatan dua kali ganda pendapatan saya.
    2. Why are you giving him as much again as I do? - Kenapakah awak memberi dia dua kali ganda pemberian saya?

Isnin, 10 Jun 2013

Would you like to come to my place?

Would you like to come to my place? - Mahukah awak datang ke kediaman saya?

Perkataan place sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan place adalah places. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan place adalah:
  1. tempat:
    1. Make sure there is a place for everyone in this room. - Pastikan ada tempat untuk setiap orang dalam bilik ini.
    2. Did you prepare a place of worship for the Muslims? - Adakah awak menyediakan tempat sembahyang untuk orang-orang Islam.
    3. We visited many historical places in Egypt. - Kami telah melawat banyak tempat-tempat bersejarah di Mesir.
    4. Is your knee the place that hurts? - Adakah lutut awak tempat yang sakit? 
    5. This is not the place to argue. - Ini bukan tempat untuk bertengkar.
  2. batasan: He overstepped his place. - Dia telah melampaui batasannya.
  3. kediaman: The Zacks bought a place at the lake. - Keluarga Zack telah membeli sebuah kediaman di tasik.
  4. perkerjaan: I finally found a place in the company. - Saya akhirnya mendapat pekerjaan dalam syarikat itu.
  5. keadaan, situasi: You will know if you put yourself in my place. - Awak akan tahu jika awak letakkan diri awak dalam situasi saya.
Perkataan place sebagai verb
Sebagai verb, perkataan place adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to place - infinitive
  2. place - base
  3. placed - past simple / past participle
  4. placing - present participle
  5. places - present simple
Sebagai verb, maksud perkataan place adalah meletakkan, diletakkan, menempatkan, ditempatkan, atau sebagainya.
  1. to place: To place the blame on his father is not fair. - Meletakkan kesalahan atas ayahnya adalah tidak adil.
  2. place: Please place the brooms in the storeroom. - Sila letakkan penyapu-penyapu itu di dalam bilik stor.
  3. placed (past simple): I placed your car keys here. - Saya telah meletakkan kunci kereta awak di sini.
  4. placed (past participle): We have already placed the advertisement in the newspaper. - Kami telah pun meletakkan iklan itu dalam suratkhabar.
  5. placing: We are placing the flood victims in the school halls. - Kami akan menempatkan mangsa-mangsa banjir di dewan-dewan sekolah.
  6. places: She usually places her handbag in this cupboard. - Dia biasanya meletakkan beg tangannya di dalam almari ini.
Perkataan place dalam idiom
  1. go places bermaksud berjaya, memajukan diri: If you don't keep trying, you will never go places. Jika awak tidak meneruskan mencuba, awak tidak akan berjaya.
  2. in place bermaksud dalam keadaan yang baik: Dinner is ready and everything is in place. - Makan malam telah disediakan dan semuanya dalam keadaan yang baik.
  3. out of place bermaksud tidak dalam keadaan yang sepatutnya: Why are the library books out of place? - Kenapakah buku-buku perpustakaan itu tidak dalam keadaan yang sepatutnya?
  4. all over the place bermaksud bersepah, berada di mana-mana: His clothes are all over the place in his room. - Pakaiannya berada di mana-mana di dalam biliknya.

Sabtu, 8 Jun 2013

Can I help you? :)

Can I help you? - Bolehkah saya membantu awak?

Perkataan help sebagai verb
Sebagai verb, perkataan help adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to help - infinitive
  2. help - base
  3. helped - past simple / past participle
  4. helping - present participle
  5. helps - present simple
Perkataan help boleh memberi maksud tolong, menolong, ditolong, bantu, membantu, atau sebagainya. Berikut adalah penggunaan perkataan help:
  1. to help
    1. Please ask him to help me fix this computer. - Harap minta dia menolong saya memasang komputer ini.
    2. Did you come to help us paint? - Adakah awak datang untuk menolong kami mengecat?
  2. help
    1. Could you help me push this table? - Bolehkah awak menolong saya menolak meja ini?
    2. Please help me with the groceries. - Harap tolong saya dengan barang-barang runcit itu.
  3. helped
    1. (past simple)
      1. That man helped saved my life. - Orang itu telah menolong menyelamatkan nyawa saya.
      2. Those boys helped the drowning woman. - Budak-budak lelaki itu telah menolong wanita yang kelemasan itu.
    2. (past participle)
      1. You could have helped if you wanted to. - Awak sepatutnya boleh menolong jika awak menghendaki.
      2. Dad should have helped me first. - Ayah sepatutnya telah menolong saya dahulu.
  4. helping
    1. Are you helping him with the counting? - Adakah awak sedang menolong dia dengan pengiraan itu?
    2. Will Sarimah be helping you today or tomorrow? - Adakah Sarimah akan menolong awak hari ini atau esok?
  5. helps
    1. I hope this helps. - Saya harap ini dapat menolong.
    2. She helps me with my homework every week. - Dia menolong saya dengan kerja sekolah saya setiap minggu.

Jumaat, 7 Jun 2013

Why are you always against me? :(

Why are you always against me? - Kenapa awak selalu menentang saya?

Perkataan against sebagai preposition
Sebagai preposition, perkataan against mempunyai banyak maksud. Diantaranya adalah:
  1. menentang: 
    1. Kelantan is up against Selangor in the final. - Kelantan akan menentang Selangor dalam perlawanan akhir.
    2. We are trying to sail against the wind. - Kami sedang mencuba belayar menentang angin. 
  2. menjauhkan: I fixed this alarm for protection against buglars. - Saya telah memasang penggera ini untuk perlindungan menjauhkan pencuri.
  3. pada: 
    1. Please don't lean against the wall. - Harap jangan bersandar pada dinding.
    2. His elbow striked against the side of the table. - Sikunya terhantuk pada tepi meja itu.
    3. Shazwan angrily threw his bag against the cupboard. - Shazwan dengan marahnya telah membaling begnya pada almari itu.
  4. berhadapan dengan: 
    1. You have to strive against many obstacles. - Awak perlu bertahan berhadapan dengan berbagai rintangan.
    2. You are required to survive against many tests. - Kamu dikehendaki bertahan berhadapan dengan berbagai ujian.
  5. daripada: 
    1. He took insurance to protect his business against any loss. - Dia telah mengambil insuran untuk melindungi perniagaannya daripada sebarang kerugian.
    2. We took all precautions to prevent against failure. - Kami telah mengambil segala tindakan untuk mengelakkan daripada kegagalan.
  6. tidak akan: 
    1. Mom decided against buying a new car. - Ibu telah membuat keputusan tidak akan membeli kereta baru.
    2. Siti decided against marrying Ahmad. - Siti telah membuat keputusan tidak akan mengahwini Ahmad.
  7. melanggar: What you did is against the law. - Apa yang awak telah lakukan adalah melanggar undang-undang.
Perkataan against dalam idiom
  1. against all odds bermaksud menentang segala kemungkinan: 
    1. Against all odds, we won the trophy. - Menentang segala kemungkinan, kami telah memenangi piala itu.
    2. Against all odds, the beautiful actress married the poor, old man. - Menentang segala kemungkinan, pelakon yang cantik itu telah mengahwini orang tua yang miskin itu.

Khamis, 6 Jun 2013

You have become a part of my life ♥

You have become a part of my life. - Awak sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Perkataan part sebagai noun
Sebagai noun, perkataan part memberi maksud bahagian atau sebahagian.
  1. bahagian:
    1. Do you know which part of Kuala Lumpur I can eat satay? - Tahukah anda bahagian mana di Kuala Lumpur saya boleh makan satay?
    2. That is my favorite part of the song. - Itu adalah bahagian kesukaan saya didalam lagu itu.
  2. sebahagian:
    1. A part of me loves him but the other part is afraid of him. - Sebahagian diri saya menyayanginya tetapi sebahagian lain menakutinya.
    2. The landslide damaged a part of our house. - Tanah runtuh itu telah merosakkan sebahagian daripada rumah kami.
Plural (majmuk) untuk perkataan part adalah parts:
  1. I need to buy some computer parts. - Saya perlu membeli beberapa bahagian komputer.
  2. Do you know how to fix these printer parts? - Tahukah awak cara membaiki bahagian-bahagian pencetak ini?
Perkataan part sebagai verb
Sebagai verb, perkataan part adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to part - infinitive
  2. part - base
  3. parted - past simple / past participle
  4. parting - present participle
  5. parts - present simple
Sebagai verb, perkataan part boleh memberi maksud berpisah, memisahkan, atau sebagainya:
  1. to part: Salina doesn't want to part with him again. - Salina tidak mahu berpisah dengannya lagi.
  2. part: I always part my hair in the middle. - Saya selalu memisahkan rambut saya di tengah.
  3. parted (past simple): We parted when we reached Port Dickson. - Kami telah berpisah apabila kami sampai di Port Dickson.
  4. parted (past participle): Mat and Din were parted since they were born. - Mat dan Din telah dipisahkan sejak mereka dilahirkan.
  5. parting: Parting with my husband really hurts. - Berpisah dengan suami saya benar-benar menyakitkan.
  6. parts: The scientist successfully parts the fat substance from the liquid. - Ahli sains itu berjaya memisahkan bahan lemak daripada cecair itu.