Rabu, 13 Februari 2013

In a way, you're right

In a way, you're right. Jika difikirkan, awak betul. Berikut adalah penggunaan dan maksud-maksud perkataan way:

Perkataan way sebagai noun
  1. cara: 
    1. Teacher Zack teaches English Language his way. Teacher Zack mengajar Bahasa Inggeris cara dia. (agaknya lah tu :)
    2. Is there an easier way to learn English Language? Adakah cara yang lebih mudah untuk mempelajari Bahasa Inggeris?
    3. That audience asked in a polite way. Penonton itu bertanya dengan cara yang sopan.
    4. You are not doing it the right way. Awak tidak melakukannya dengan cara yang betul.
    5. Teacher Zack's late grandmother had lived by the way of the old tradition. Arwah nenek Teacher Zack telah hidup dengan cara tradisi lama. (Semoga الله merahmati roh nenek ku :)
    6. Islam is a way of life. Islam adalah suatu cara hidup.
    7. Teacher Zack likes Malaysians' way of friendliness. Teacher Zack suka cara kemesraan orang-orang Malaysia.
  2. jalan, laluan: 
    1. Let us find a way to reduce cost. Marilah kita mencari jalan untuk mengurangkan kos.
    2. What is the shortest way to your house? Apakah laluan yang paling dekat ke rumah awak?
    3. The only way out is through that door. Satu-satunya jalan keluar adalah melalui pintu itu.
    4. Get out of my way! Beredar dari laluan saya!
    5. This is a highway. Ini adalah lebuh raya (atau jalan raya utama)
    6. That is a doorway. Itu adalah ambang pintu (atau muka pintu, jalan pintu)
    7. This is a waterway. Ini adalah terusan (atau saluran, jalanan air).
  3. segi, hala: 
    1. The plan is ineffective in several ways. Rancangan itu tidak efektif dari beberapa segi.
    2. This is called a three-way conversation. Ini dipanggil perbualan tiga-hala.
  4. arah: 
    1. There is a storm coming our way. Terdapat ribut yang akan datang ke arah kita.
    2. Why don't you lead the way. Apa kata awak yang mengetuai arah jalan.
  5. jauh: The travellers have come a long way. Pengembara-pengembara itu telah datang dari jauh.
  6. kebolehan: That boy really have a way with words. Budak itu benar-benar ada kebolehan berkata-kata.
Perkataan way di dalam idiom
  1. all the way bermaksud dari mula hingga akhir: We drove all the way to Kelantan. Kami memandu seluruh perjalanan ke Kelantan.
  2. by the way bermaksud apa pun: By the way, you forgot to call him. Apa pun, awak telah lupa untuk menelefonnya.
  3. in a way bermaksud jika difikirkan: In a way, you're right. Jika difikirkan, awak betul.
  4. in the way bermaksud menghalang: Don't stand there because you're in the way. Jangan berdiri di situ sebab awak menghalang laluan.
  5. no way bermaksud tidak sekali: Meet him? No way! Berjumpa dengannya? Tidak sekali!
  6. on the way bermaksud dalam perjalanan: Please wait because I am on the way there. Harap tunggu sebab saya dalam perjalanan ke sana.
  7. out of the way bermaksud diluar laluan: I can't go to that shop because it is out of the way. Saya tidak dapat singgah di kedai itu sebab ia diluar laluan.

Selasa, 12 Februari 2013

I want you in my life

want you in my life. Saya inginkan awak dalam hidup saya. Berikut adalah penggunaan perkataan want:

Perkataan want sebagai verb
Want adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to want, want, wanted, wanting, wants. Berikut ada adalah maksud-maksud perkataan want.
  1. ingin, mengingini, menginginkan: 
    1. My little brother wants milk. Adik lelaki saya inginkan susu.
    2. To want a thing like that is not a good idea. Menginginkan sesuatu seperti itu bukan suatu idea yang baik.
    3. He is wanting to call her but he is too shy. Dia mengingini untuk menelefonnya tetapi dia terlalu malu.
  2. hendak, dikehendaki, menghendaki: 
    1. That man is a thief and he is wanted by the police. Lelaki itu seorang pencuri dan dia dikehendaki oleh polis.
    2. Visit her weekly if you want. Ziarahilah dia setiap minggu jika awak menghendaki.
  3. menyukai: 
    1. Say what you want. Katakan apa yang awak suka.
    2. Take me where you want. Bawalah saya ke mana saja awak suka.
    3. Let him do what he wants. Biarkan dia membuat apa yang dia suka.
  4. patut: 
    1. You want to be careful crossing that road. Awak patut berjaga-jaga melintasi jalanraya itu.
    2. You don't want to walk alone in that alley at night. Awak tidak patut berjalan seorang diri di lorong itu pada waktu malam.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Perkataan want sebagai noun
  1. keinginan, keperluan, penderitaan, kesusahan:
    1. His wants are few. Keinginannya hanyalah sedikit.
    2. People cry for want of love. Manusia menangis kerana keinginan kasih sayang.
    3. To be in want of a home is a sad thing. Untuk berada dalam keperluan tempat tinggal adalah suatu perasaan yang menyedihkan.
    4. To be in want of care is hurting. Untuk berada dalam keperluan kasih sayang adalah memilukan.
    5. Because of the war, Syria has become a country where want is unknown. Disebabkan oleh peperangan, Syria telah menjadi sebuah negara yang penderitaannya tidak diketahui.

Isnin, 11 Februari 2013

More than words

More than words. Lebih dari kata-kata. Perkataaan more memberi maksud lebih. Berikut adalah penggunaan perkataan more:

Perkataan more sebagai adjective
  1. We need more seats in the hall. Kami memerlukan lebih kerusi di dalam dewan.
  2. More time is required to finish the project. Lebih masa diperlukan untuk menghabiskan projek itu.
  3. The political party needs more support to win the election. Parti politik itu memerlukan lebih sokongan untuk memenangi pemilihan itu.
Perkataan more sebagai noun
  1. I would give you more if I had it. Saya akan telah memberi awak lebih jika saya ada.
  2. The price of the phone is more than I expected. Harga telefon itu adalah lebih daripada yang saya jangka.
  3. More will attend if you include the lucky number event. Lebih akan hadir jika awak mengadakan acara nombor bertuah.
  4. The more I see you the more I like you. Lebih kerap saya melihat awak lebih suka saya terhadap awak.
Perkataan more sebagai adverb
  1. I love him even more after the accident. Saya mencintai dia lebih lagi selepas kemalangan itu.
  2. I think history is more interesting than geography. Saya fikir sejarah adalah lebih menarik daripada geografi.
  3. Let's talk more another time. Nanti kita bercakap lebih lagi pada waktu lain.
Perkataan more di dalam idiom
  1. more and more bermaksud semakin: The world leaders are getting more and more worried about the war in Syria. Pemimpin-pemimpin dunia semakin risau mengenai peperangan di Syria.
  2. more or less bermaksud lebih kurang: Your answers are more or less like mine. Jawapan awak adalah lebih kurang seperti jawapan saya.

Ahad, 10 Februari 2013

Let's go home, then

Let's go home, then. Marilah pulang ke rumah, jika begitu. Berikut adalah maksud-maksud perkataan then:

Perkataan then sebagai adverb
  1. pada masa itu, sewaktu itu: My niece was still in college then. Anak saudara perempun saya masih berada di kolej pada masa itu.
  2. kemudian: I went to the market, and then I came home. Saya pergi ke pasar, kemudian saya kembali ke rumah.
  3. selain: The price is RM20, and then there's the sales tax to pay. Harganya RM20, dan selain itu ada cukai yang perlu dibayar.
  4. maka: Since the guest arrived late, then prepare the drinks now. Oleh kerana tetamu tiba awal, maka sediakan minuman sekarang.
  5. oleh itu, dengan itu: This issue, then, should not be discussed anymore. Hal ini, oleh itu, tidak patut dibincangkan lagi.
Perkataan then sebagai noun
  1. sehingga itu: Dad's flight will be arriving in an hour, until then let's get a snack at the restaurant. Penerbangan ayah akan tiba sejam lagi, sehingga itu jom kita dapatkan makanan ringan di restoran.
Perkataan then sebagai adjective
  1. ketika itu: 
    1. I was the then chairman. Saya adalah pengerusi ketika itu.
    2. He was the then principal of the institusi. Dia adalah pengetua institusi ketika itu.
Perkataan then di dalam idiom
  1. then again bermaksud sebaliknya: I need a vacation. Then again, so do you. Saya perlu pergi bercuti. Sebaliknya, begitu juga awak.
  2. but then bermaksud sebaliknya: The new singer was nervous, but then who isn't. Penyanyi baru itu gemuruh, sebaliknya siapa yang tidak.
  3. then and there bermaksud serta merta: After the argument, he packed his things then and there! Selepas pertengkaran itu, dia telah mengemas barang-barangnya serta merta! (Kan kami dah nasihat dulu.. suruh dia bersabar.. kesiankan anak-anak tu)

Jumaat, 8 Februari 2013

Other than that, she's nice

Other than that, she's nice. Selain itu, dia baik. Berikut adalah maksud-maksud perkataan other:

Perkataan other sebagai adjective
  1. yang sebelah lagi: His other ear is bleeding. Telinga dia yang sebelah lagi berdarah.
  2. lain: Please get other books to read. Sila dapatkan buku-buku lain untuk dibaca.
  3. selang: The baby sitter comes every other day. Penjaga budak datang setiap selang hari.
  4. hari itu: Just the other day I met with Che Wan. Baru hari itu saya berjumpa dengan Che Wan.
Perkataan other sebagai noun
  1. yang satu lagi, yang seorang lagi: This son of mine is watching TV, the other went out with his friends. Anak lelaki saya yang ini sedang menonton TV, yang seorang lagi telah keluar dengan kawan-kawannya.
  2. yang lain: After the accountant left, the others continued the discussion. Selepas akauntan keluar, yang lain meneruskan perbincangan itu.
Perkataan other sebagai pronoun
  1. yang lain: Please get someone or other to replace him. Sila dapatkan seseorang atau yang lain untuk menggantikannya.
  2. satu sama lain: Let us learn to love each other. Marilah kita belajar menyayangi satu sama lain.
Perkataan other sebagai adverb
  1. melainkan: You can't become rich other than going into business. Anda tidak boleh menjadi kaya melainkan dengan berniaga.
  2. selain: Why are the men behaving other than they should? Mengapakah lelaki-lelaki itu berkelakuan selain apa yang mereka sepatutnya?

Khamis, 7 Februari 2013

They Like InfoInggeris at Facebook

They Like InfoInggeris at Facebook. Mereka Like InfoInggeris di Facebook.

Perkataan like sebagai verb
Like adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to like, like, liked, liking, likes. Berikut adalah maksud-maksud perkataan like:
  1. suka: 
    1. I like you so much. Saya menyukai awak amat sangat.
    2. She liked me before but not now. Dia pernah menyukai saya dulu tapi bukan sekarang.
    3. You can't force him to like you. Awak tidak boleh memaksa dia untuk menyukai awak.
  2. ingin, mahu, hendak: 
    1. Would you like some coffee? Mahukah awak sedikit kopi?
    2. Yes, I would like some coffee. Ya, saya inginkan sedikit kopi.
Perkataan like sebagai preposition
  1. seperti: Why are you behaving like that? Kenapa awak berkelakuan seperti itu?
  2. seolah-olah: At times I feel like running away. Adakala saya rasa seolah-olah hendak lari. (Bersabar je lah, kesian kat anak-anak tu.)
Perkataan like sebagai adverb
  1. seolah-olah, macam: Why are you working like crazy? Kenapa awak bekerja macam gila?
  2. seakan-akan: Her age is more like 20 than 32 years old. Umurnya adalah seakan-akan 20 daripada 32 tahun.
Perkataan like sebagai conjunction
  1. seolah-olah: The boy acted like he was brave. Budak lelaki itu berlagak seolah-olah dia berani.
  2. seperti: The accident happened like you said so. Kemalangan itu berlaku seperti yang awak katakan.
Perkataan like sebagai noun
  1. dan sebagainya: Please bring along soaps, toothbrushes, towels, and the like. Sila bawa bersama sabun, berus gigi, tuala, dan sebagainya.
  2. suka: My like is his like. Suka saya adalah suka dia.

Rabu, 6 Februari 2013

What now my love

Marilah mempelajari penggunaan dan maksud-maksud perkataan now:

Perkataan now sebagai adverb
  1. lagi: What now my love? Apa lagi wahai kekasih ku?
  2. sekarang: There are goods now on sale at the supermarket. Terdapat barang jualan murah sekarang di pusat membeli belah.
  3. serta-merta, sekarang juga: 
    1. Stop now! Berhenti serta-merta!
    2. Either do it now or not at all. Sama ada buat sekarang juga atau tak buat langsung.
  4. sebentar tadi: Teacher Zack started this post just now. Teacher Zack memulakan rencana ini baru sebentar tadi.
  5. kini, zaman ini:
    1. You are now reading this post. Anda kini sedang membaca rencana ini.
    2. Now people are more concern about their safety. Kini orangramai lebih bimbangkan mengenai keselamatan mereka.
Perkataan now sebagai conjunction
  1. kini:
    1. Now that you're here, why not stay for dinner? Kini awak di sini, apa kata makan malam di sini?
    2. Now that the month of Shawal is here, let's get married :) Kini bulan Shawal sudah tiba, jom kita kahwin :)
Perkataan now sebagai noun
  1. sehingga kini:
    1. Up to now, nobody came. Sehingga kini, tiada siapa yang datang.
    2. That printer didn't work up to now. Pencetak itu tidak berfungsi sehingga kini.
Perkataan now sebagai adjective
  1. terkini: 
    1. Encik Kassim is our now Director. Encik Kassim adalah Pengarah terkini kita.
    2. The now fashion for young people is black T-shirt. Fesyen terkini untuk pemuda-pemudi adalah kemeja-T hitam.

Selasa, 5 Februari 2013

Come and learn English Language at InfoInggeris

Come and learn English Language at InfoInggeris. Datanglah dan pelajarilah Bahasa Inggeris di InfoInggeris. Come adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to comecomecamecomingcomes. Maksud-maksud perkataan come adalah:
  1. datang: 
    1. Can I come and see you? Bolehkah saya datang berjumpa dengan awak?
    2. The scream came from that direction. Jeritan itu datang daripada arah itu.
  2. perkembangan, kemajuan: They came a long way since they started the business. Jauh perkembangan mereka sejak mereka memulakan perniagaan itu.
  3. keadaan:
    1. How are things coming today? Bagaimanakah keadaan hari ini?
    2. They are coming fine. Mereka dalam keadaan baik.
  4. sampai: Finally he came to the chapter on Algebra. Akhirnya dia telah sampai ke tajuk Algebra
  5. tiba: Rainy season comes at October in 2015. Musim hujan akan tiba dibulan Oktober pada tahun 2015.
  6. muncul: The moon came over the horizon. Bulan telah muncul di kaki langit.
  7. tidak mengira: The rally will be held tomorrow, come rain or shine. Perhimpunan itu akan diadakan esok, tidak mengira hujan atau panas.
  8. mencapai, dicapai:
    1. The lawyers finally came to an understanding. Peguam-peguam itu akhirnya mencapai suatu persetujuan.
    2. No good can come of this. Tiada kebaikan boleh dicapai daripada hal ini.
  9. sedarkan: Stop it and come to your senses! Hentikannya dan sedarkan diri awak!
  10. didahului: Whatever it is, my son comes first. Apa pun, anak lelaki saya didahuluikan.
  11. terlintas: An interesting idea just came into my mind. Suatu idea yang menarik baru terlintas di dalam minda saya.
  12. disertai: This produk comes with a manual and training. Produk ini disertai buku panduan dan latihan.
  13. melebihi: What, my expenses came to more than my income? Apa, perbelanjaan saya melebihi pendapatan saya?
  14. menjadi: 
    1. The door handle came loose. Pemegang pintu itu tertanggal (iaitu menjadi tanggal).
    2. A good car doesn't come cheap. Kereta yang bagus bukan murah (iaitu tidak akan menjadi murah).

Isnin, 4 Februari 2013

Amboi, banyaknya maksud perkataan 'see'

See adalah perkataan jenis irregular verb. Bentuk-bentuk perkataan see adalah to see, see, saw, seen, seeing, sees. Berikut adalah penggunaan dan maksud-maksud perkataan see:
  1. melihat: Can you see me? Bolehkah awak melihat saya?
  2. memahami: I believe the professor sees your point. Saya percaya profesor itu memahami pandangan awak.
  3. membayangkan: I could still see you when you were a child. Saya masih dapat membayangkan awak semasa awak kanak-kanak dahulu.
  4. menganggap: Are you seeing Teacher Zack as a teacher? Adakah anda menganggap Teacher Zack sebagai seorang guru?
  5. meramal: Before he died, he saw great things for this chlid. Sebelum dia meninggal dunia, dia telah meramalkan perkara-perkara yang hebat untuk kanak-kanak ini.
  6. merujuk: Please see page one of the preface. Sila rujuk kepada halaman satu pada pendahuluannya.
  7. bertemu: I saw my aunts at the airport. Saya bertemu dengan makcik-makcik saya di lapangan terbang.
  8. menjumpai, berjumpa:
    1. The doctor has been seeing the same woman for nine years. Doktor itu telah menjumpai wanita yang sama selama sembilan tahun.
    2. berjumpa: The dentist will see you now. Doktor pergigian akan berjumpa dengan anda sekarang.
  9. menonton: Have you seen the new James Bond movie? Sudahkah awak menonton movie James Bond yang baru tu?
  10. menemani: I am seeing my daughter home. Saya sedang menemani anak perempuan saya ke rumah.
  11. memastikan: See that it gets done soonest possible. Pastikan ia dihabiskan secepat mungkin.
Perkataan see di dalam phrasal verb
  1. see after bermaksud menjaga: Please see after my cats while I am away. Harap menjaga kucing saya semasa saya tiada.
  2. see off bermaksud mengiringi pergi: My son went to the train station to see me off. Anak lelaki saya telah pergi ke stesen keretapi untuk mengiringi saya pergi.
  3. see out bermaksud mengiringi keluar: Please see Encik Khairuddin out. Sila iringi Encik Khairuddin keluar.
  4. see through bermaksud memberi sokongan: I will see you through until you finish college. Saya akan memberi awak sokongan sehingga awak habis kolej.
Perkataan see di dalam idiom
  1. see red bermaksud teramat marah: The History teacher saw red after finding out that her student stole her handbag. Guru Sejarah itu teramat marah setelah mendapat tahu muridnya telah mencuri beg tangannya.
  2. see you later bermaksud hingga berjumpa lagi: Teacher Zack have to go now, see you later :) Teacher Zack terpaksa pergi sekarang, hingga berjumpa lagi :)

Ahad, 3 Februari 2013

Is it just me or what?

Is it just me or what? Adakah ia hanya saya atau apa? Berikut adalah penggunaan dan maksud-maksud perkataan just:

Perkataan just sebagai adjective
  1. adil, keadilan:
    1. مُحَمَّدٌ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم was an apostle and a just rulerمُحَمَّدٌ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم adalah seorang rasul dan pemimpin yang adil.
    2. He fought for a just cause. Beliau telah berjuang demi keadilan.
  2. munasabah, mengikut prinsip: The president gave a just reply. Presiden telah memberi jawapan yang munasabah.
  3. berhak: The plaintiff requested a just claim. Pihak yang mendakwa telah memohon suatu tuntutan yang berhak.
  4. benar: Make sure you provide a just analysis for that problem. Pastikan anda memberi analisa yang benar untuk masalah itu.
Perkataan just sebagai adverb
  1. secukupnya: This chicken curry has just enough salt in it. Kari ayam ini mengandungi garam yang secukupnya.
  2. baru: My boyfriend just arrived from Kuwait :) Teman lelaki saya baru tiba dari Kuwait :) ...sukenye dye :)
  3. sipi: That lady just missed being hit by a motorcycle. Wanita itu sipi dilanggar oleh sebuah motosikal.
  4. dekat: I live just down the road. Saya tinggal dekat hujung jalan ini.
  5. hanya: The Taliban fighter was shot but is was just a scratch. Pejuang Taliban itu telah ditembak tetapi ia hanya luka kecil.
  6. memang, tentu saja, benar-benar: Wow, you are just beautiful! Wah, awak tentu saja cantik!
  7. mungkin: I just may go to a movie tonight. Saya mungkin akan pergi menonton movie malam ini.
Perkataan just di dalam idiom
  1. just about bermaksud hampir: This job is just about done. Kerja ini hampir siap.
  2. just now bermaksud baru tadi: I had lunch just now. Saya makan tengahari baru tadi.

Sabtu, 2 Februari 2013

Pastikah anda sudah mengetahui maksud perkataan 'into'?

Into adalah perkataan jenis preposition. Berikut adalah maksud-maksud perkataan into:
  1. ke dalam: 
    1. Teacher Zack went into a store to buy 'belacan'. Teacher Zack telah masuk ke dalam sebuah kedai untuk membeli belacan.
    2. The number 5 goes into 15 three times. Nombor 5 masuk ke dalam 15 tiga kali.
    3. He came into my life at the time when I needed it. Dia telah memasuki ke dalam hidup saya pada detik yang saya memerlukannya.
  2. menjadi:
    1. The glass broke into pieces. Gelas itu telah pecah menjadi kepingan.
    2. The chemical solution turned into two colors. Larutan kimia itu berubah menjadi dua warna.
  3. mencapai: The PIBG meeting came into an agreement. Mesyuarat PIBG telah mencapai persetujuan.
  4. terlibat: They are into drugs. Mereka terlibat dengan dadah.
  5. bergiat: He wants to go into sports. Dia ingin bergiat dalam sukan.
  6. hingga: The project extended well into the middle of the month. Projek itu berlarutan hingga ke tengah bulan.
  7. ke arah: The telescope is pointed into the sky. Teleskopi itu ditujukan ke arah langit.
  8. merempuh: Suddenly a car crashed into a tree. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh sebuah pokok.

Jumaat, 1 Februari 2013

Ketahuilah maksud-maksud perkataan 'out'

Berikut adalah maksud-maksud perkataan out:
  1. keluar: 
    1. Let's go out and get some fresh air. Marilah keluar dan dapatkan angin segar.
    2. Kartini went out for a drink. Kartini telah keluar untuk minum.
    3. Would you like to go out shopping with me? Mahukah awak keluar membeli-belah dengan saya?
    4. The plant operator is draining the water out. Pengendali loji sedang mengalirkan air keluar.
    5. Our volleyball team was out to win. Pasukan bola tampar kami keluar untuk menang.
    6. The Samsung smart phone new model came out. Model baru telefon pintar Samsung telah keluar.
    7. The newspaper came out late today. Suratkhabar keluar lewat hari ini.
    8. Look, the moon came out. Lihatlah, bulan sudah keluar.
    9. The child fell out the window. Kanak-kanak itu telah jatuh keluar tingkap.
  2. keluarkan, mengeluarkan: 
    1. Pick out the dead ants from the rice. Keluarkan semut-semut yang telah mati daripada beras itu.
    2. The bus service is giving out free passes today. Perkhidmatan bas sedang mengeluarkan pas percuma hari ini.
  3. kehabisan: 
    1. The supplies have ran out. Bekalan sudah kehabisan.
    2. We ran out of petrol. Kami sudah kehabisan minyak.
    3. My phone battery ran out. Bateri telefon saya telah kehabisan.
  4. habiskan: 
    1. Quickly discuss the meeting out. Habiskan mesyuarat secepat mungkin.
    2. Lets play the game out and go home. Marilah menghabiskan permainan dan pulang ke rumah.
  5. padam: 
    1. The fire has gone out. Api telah padam.
    2. Oops, the lights went out again. Oh, lampu telah padam semula.
  6. beredar: The troops moved out from that area. Askar-askar itu telah beredar dari kawasan itu.
  7. diluar: 
    1. Is it raining out? Adakah ia sedang hujan diluar?
    2. It is snowing out. Ia sedang salji diluar.
    3. Out this door is the garage. Diluar pintu ini adalah garaj.
  8. pengsan: 
    1. The medication put her out for an hour. Ubat itu telah menyebabkan dia pengsan selama sejam.
    2. She passed out after taking the drug. Dia pengsan setelah mengambil dadah itu.
  9. dengan tegas, jahar: Speak out or no one will hear you. Bercakaplah dengan jahar atau tidak ada sesiapa yang akan mendengar awak.
  10. tidak mengikut fesyen: Mini skirts have gone out. Mini skirt sudah tidak mengikut fesyen lagi.
  11. disingkir, dibuang kerja: They voted the company Director out. Mereka mengundi Pengarah syarikat itu disingkir.