See adalah perkataan jenis irregular
verb. Bentuk-bentuk perkataan
see adalah
to see,
see,
saw,
seen,
seeing,
sees. Berikut adalah penggunaan dan maksud-maksud perkataan
see:
- melihat: Can you see me? Bolehkah awak melihat saya?
- memahami: I believe the professor sees your point. Saya percaya profesor itu memahami pandangan awak.
- membayangkan: I could still see you when you were a child. Saya masih dapat membayangkan awak semasa awak kanak-kanak dahulu.
- menganggap: Are you seeing Teacher Zack as a teacher? Adakah anda menganggap Teacher Zack sebagai seorang guru?
- meramal: Before he died, he saw great things for this chlid. Sebelum dia meninggal dunia, dia telah meramalkan perkara-perkara yang hebat untuk kanak-kanak ini.
- merujuk: Please see page one of the preface. Sila rujuk kepada halaman satu pada pendahuluannya.
- bertemu: I saw my aunts at the airport. Saya bertemu dengan makcik-makcik saya di lapangan terbang.
- menjumpai, berjumpa:
- The doctor has been seeing the same woman for nine years. Doktor itu telah menjumpai wanita yang sama selama sembilan tahun.
- berjumpa: The dentist will see you now. Doktor pergigian akan berjumpa dengan anda sekarang.
- menonton: Have you seen the new James Bond movie? Sudahkah awak menonton movie James Bond yang baru tu?
- menemani: I am seeing my daughter home. Saya sedang menemani anak perempuan saya ke rumah.
- memastikan: See that it gets done soonest possible. Pastikan ia dihabiskan secepat mungkin.
Perkataan see di dalam phrasal verb
- see after bermaksud menjaga: Please see after my cats while I am away. Harap menjaga kucing saya semasa saya tiada.
- see off bermaksud mengiringi pergi: My son went to the train station to see me off. Anak lelaki saya telah pergi ke stesen keretapi untuk mengiringi saya pergi.
- see out bermaksud mengiringi keluar: Please see Encik Khairuddin out. Sila iringi Encik Khairuddin keluar.
- see through bermaksud memberi sokongan: I will see you through until you finish college. Saya akan memberi awak sokongan sehingga awak habis kolej.
Perkataan see di dalam idiom
- see red bermaksud teramat marah: The History teacher saw red after finding out that her student stole her handbag. Guru Sejarah itu teramat marah setelah mendapat tahu muridnya telah mencuri beg tangannya.
- see you later bermaksud hingga berjumpa lagi: Teacher Zack have to go now, see you later :) Teacher Zack terpaksa pergi sekarang, hingga berjumpa lagi :)