Perkataan mean sebagai verb
Sebagai verb, perkataan mean adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to mean, mean, meant, meaning, means. Sebagai verb perkataan mean memberi maksud maksud atau makna:
- What did you meant when you said "love"? Apa maksud awak bila awak kata "cinta"?
- Does this mean that we are going to have a baby? Adakah ini bermakna bahawa kami akan mendapat anak?
- I'm sorry but I meant to do otherwise. Maafkan saya tetapi saya bermaksud untuk melakukan sebaliknya.
- Are you meaning to live alone? Adakah awak bermaksud untuk tinggal berseorangan?
- She means, yes! Dia bermaksud, ya! (Alhamdulillaah, akhirnya dia nak jugak kat aku :)
Sebagai adjective, perkataan mean mempunyai tiga bentuk iaitu:
- mean - jahat
- meaner - lebih jahat
- meanest - paling jahat
Maksud-maksud perkataan mean sebagai adjective adalah:
- jahat:
- He is a MEAN man! Dia adalah seorang lelaki JAHAT! (Ya, kak...)
- His brain is even MEANER! Otak dia LEBIH JAHAT lagi! (Bawa bersabar kak...)
- His HEART is the MEANEST OF ALL! HATI dialah yang PALING JAHAT SEKALI! (Astaghfirullaaah, mengucap kak, mengucap..)
- dasyat: This is the meanest storm we've had in a decade. Ini adalah ribut yang paling dasyat kita telah mengalami sejak satu dekad.
- hebat: Dad is playing a mean game of chess. Ayah sedang bermain permainan catur yang hebat.
- sukar: He throws a mean fast ball. Dia membaling bola yang sukar dan laju.
- malu, hina: You should feel mean for being stingy. Awak sepatutnya berasa malu kerana bersikap kedekut.