Jumaat, 3 Mei 2013

Masalah ayat yang dipanggil fused sentence

Apakah masalah ayat berikut?

Our team played the chess tournament they didn't win. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur mereka tidak menang.

Masalah ayat di atas dipanggil fused sentence kerana terdapat dua independent clause yang bercantum (fused) iaitu:
  1. Our team played the chess tournament. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur.
  2. they didn't win. mereka tidak menang.
Terdapat tiga cara untuk membetulkan ayat di atas:

1. Membubuh tanda
Asingkan setiap independent clause dengan semicolon:

Our team played the chess tournament; they didn't win. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur; mereka tidak menang.
2. Cerakin
Asingkan setiap independant clause sebagai ayat yang berasingan.

Our team played the chess tournament. They didn't win. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur. Mereka tidak menang.
3. Kombinasi main clause, subordinate clause, dan conjunction
Jadikan satu independent clause sebagai main clause dan satu lagi independent clause sebagai subordinate clause dengan menambah conjunction (contohnya perkataan although), seperti berikut:

Although our team played the chess tournament, they didn't win. Walaupun kumpulan kami bermain di kejohanan catur, mereka tidak menang.

Subordinate clause: Although our team played the chess tournament,
Main clause: They didn't win.