Jumaat, 3 Mei 2013

I atau me?

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. I love Ali. Saya mencintai Ali.
  2. Ali loves me. Ali mencintai saya.
Dalam ayat 1, perkataan I digunakan untuk menggambarkan saya. Ini adalah kerana I adalah subject dan ia dikatakan berada dalam keadaan nominative. Dalam ayat 2, perkataan me pula digunakan untuk menggambarkan saya. Ini adalah kerana me adalah object dan ia dikatakan berada dalam keadaan accusative.

Latihan: Nyatakan jika saya dalam ayat-ayat di bawah adalah I (subject/nominative) atau me (object/accusative):
  1. Saya sedang makan nasi. [I/Me] am eating rice.
  2. Cerita ini adalah mengenai ibu dan saya. This story is about mom and [I/me].
  3. Siti dan saya adalah kawan. Siti and [I/me] are friends.
  4. Adakah awak mencintai saya? Do you love [I/me]?
  5. Ia adalah saya yang dia inginkan. It's [I/me] that she wants.
  6. Saya akan pergi jika awak menjemput saya. [I/Me] will go if you invite [I/me].
Jawapan:
  1. I
  2. me
  3. I
  4. me
  5. me
  6. I, me