Isnin, 6 Mei 2013

Who owns this world?

Who owns this world? Siapakah yang memiliki dunia ini?

Perkataan own sebagai adjective
Cara penggunaan perkataan own sebagai adjective: own clothes, own money, own house, own phone, atau sebagainya.
  1. sendiri:
    1. My cousin makes her own clothes. Sepupu saya membuat pakaiannya sendiri.
    2. I used my own money to buy the handphone. Saya telah menggunakan duit sendiri untuk membeli telefon bimbit itu.
Perkataan own sebagai noun
Cara penggunaan perkataan own sebagai noun: of her own, of my own, of their own, of his own, atau sebagainya.
  1. sendiri:
    1. His daughter wants a room of her own. Anak perempuannya menginginkan biliknya sendiri.
    2. I need a computer of my own. Saya memerlukan komputer sendiri.
Perkataan own sebagai verb
Sebagai verb perkataan own adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to own, own, owned, owning, owns.
  1. memiliki:
    1. Haha, I want to own the world. Haha, saya ingin memiliki dunia ini. (dah buang tabiat nih..)
    2. Do you own this car? Adakah awak memiliki kereta ini?
    3. What would you do if you owned a million ringgit? Apakah yang awak akan lakukan sekiranya awak memiliki sejuta ringgit?
    4. I dream of owning a Ferrari. Saya impikan untuk memiliki Ferrari.
    5. You mean he owns that island? Maksud awak dia memiliki pulau itu?