Khamis, 30 Mei 2013

Let's begin with your name

Let's begin with your name. - Marilah kita memulakan dengan nama anda.

Perkataan begin sebagai verb
Sebagai verb, perkataan begin adalah jenis irregular verb yang mempunyai enam bentuk iaitu to begin, begin, began, begun, beginning, begins. Perkataan begin memberi maksud mula, memulakan, dimulakan, bermula, atau sebagainya.
  1. to begin
    1. Would you like to begin the lesson now? - Mahukah anda memulakan pelajaran sekarang?
    2. To begin with, he is a liar. - Sebagai permulaan, dia seorang penipu.
    3. Teacher Zack prefer to begin a paragraph with the main point. - Teacher Zack lebih menyukai untuk memulakan suatu para dengan fakta utama.
  2. begin
    1. Begin the performance now! - Mulakan pertunjukan itu sekarang!
    2. Let's begin with chapter two of the Quran. - Marilah kita mulakan dengan bab dua dari Al-Quran.
    3. Please don't begin the presentation yet . - Harap tidak memulakan penyampaian itu lagi.
  3. began
    1. I began writing the article after his death. - Saya telah bermula menulis rencana itu selepas kematiannya.
    2. Only after the incident he began to remember his son. - Hanya selepas kejadian itu dia telah mula mengingati anak lelakinya.
    3. Where were you when the game began? - Di manakah awak apabila permainan itu bermula?
  4. begun
    1. We've only just begun the flight to Mecca. - Kami baru selesai memulakan penerbangan ke Makkah.
    2. That theory was begun by Teacher Zack. - Teori itu telah dimulakan oleh Teacher Zack.
    3. They have not yet begun to fight. - Mereka belum lagi hendak memulakan pertarungan.
  5. beginning
    1. Beginning today, you are not allowed to enter this office. - Mulai hari ini, awak tidak dibenarkan memasuki pejabat ini.
    2. That is the beginning of a new fashion. - Itu adalah permulaan suatu fesyen terkini.
    3. I am beginning to feel cold. - Saya sedang memulai rasa sejuk.
  6. begins
    1. My daughter begins trembling after she saw the ghost. - Anak perempuan saya mula menggigil selepas dia nampak hantu itu.
    2. It begins its attack only when its prey is motionless. - Ia memulakan serangannya hanya apabila mangsanya tidak bergerak.
    3. Follow him only when he begins to drive. - Ikuti dia hanya apabila dia mula memandu.
Perbezaan began dan begun
Began adalah simple past tense manakala begun adalah past participle.

Gunakan began tanpa diiringi auxiliary verb, contohnya:
  1. he began
  2. they began
  3. the story began
  4. it began
Gunakan begun dengan diiringi auxiliary verb seperti have, had, will be, was, atau sebagainya seperti berikut:
  1. he has begun
  2. have you begun
  3. we've not yet begun
  4. it was not begun
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis verb, bentuk-bentuk verb dan pembelajaran tense terdapat dalam ebook verb dan tense.