Anyway adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud:
- juga:
- Whether you like it or not, I am going anyway. Tanpa mengira awak suka atau tidak, saya akan pergi juga.
- It was raining but we played football anyway. Ia sedang hujan tetapi kami bermain bola juga.
- apa pun:
- Anyway, we called another electrician to help us. Apa pun, kami telah menelefon juruelekrtik yang lain untuk menolong kami.
- Anyway, it's gone! Apa pun, ia sudah tiada!
Any way pula adalah frasa yang mengandungi dua perkataan iaitu any (adjective) dan way (noun). Frasa any way memberi maksud:
- dengan apa cara, mana-mana cara, mana-mana arah:
- You can sing the song any way you like. Awak boleh menyanyikan lagu itu dengan apa cara yang awak suka.
- Choose any way convenient to you. Pilihlah mana-mana cara yang mudah untuk awak.
Sejak kebelakangan ini perkataan anyways sering digunakan temasuk dalam TV dan movie Amerika. Ada yang berpendapat bahawa -s yang ditambah dibelakang perkataan anyway adalah untuk memajmukkan perkataan-perkataan lain yang serupa iaitu:
anyways = anyway + anyhow + anytime + anywhere + anywho
Walau bagaimana pun, perkataan anyways tidak wujud dalam perbendaharaan perkataan Bahasa Inggeris mahupun di dalam idiom atau slang. Oleh itu, ramai ahli-ahli bahasa antarabangsa berpendapat bahawa perkataan anyways tidak sepatutnya digunakan.