Perkataan try sebagai verb
Sebagai verb perkataan try adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to try, try, tried, trying, tries.
- cuba, mencuba:
- I tried to advise her but she refused to listen. Saya telah mencuba untuk menasihatinya tetapi dia tidak mahu mendengar.
- Would you like to try this new recipe? Mahukah awak mencuba resepi baru ini.
- Is that man trying to steal that car? Adakah orang itu sedang cuba mencuri kereta itu?
- Don't give up, keep trying! Jangan putus asa, teruskan mencuba!
- percubaan:
- Why don't you have a try at tennis? Apa kata awak mengadakan suatu percubaan dalam permainan tenis?
- You'll never know until you give it a try. Anda tidak akan mengetahui selagi anda tidak mengadakan suatu percubaan.
- try on bermaksud cuba memakai pakaian: Why don't you try on the dress before you make a decision? Mengapakah awak tidak cuba memakai baju itu sebelum awak membuat keputusan?
- try out bermaksud cuba menggunakan: I want to try out that new BMW car. Saya ingin cuba memandu kereta BMW baru itu.