Do you still love me? Adakah awak masih mencintai saya? (hmmm, takde soalan lain ke.. penat la)
Perkataan still sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan still mempunyai tiga bentuk iaitu still, stiller, stillest.
- tidak bergerak: I want you to stand still. Saya hendak awak berdiri tidak bergerak. (awak ingat saya ni kayu ke)
- senyap, tidak berkata apa-apa, menyembunyikan: Please keep still about the matter. Harap senyap mengenai perkara itu.
- perlahan: The actor spoke with a still, small voice. Pelakon itu bercakap dengan suara perlahan dan kecil.
- tenang:
- The water in that pond is still. Air kolam itu tenang.
- The water in this pond is stiller than the water in that pond. Air kolam ini lebih tenang daripada air kolam itu.
- The water in the other pond is the stillest. Air kolam yang lagi satu itu paling tenang.
Perkataan still sebagai noun
- sunyi: In the still of the night. Dalam malam yang sunyi.
- pegun:
- This is a still photograph. Ini adalah gambar pegun. (Teacher Zack pun terpegun melihat gambar tu)
- The photographer used a still camera. Jurugambar itu telah menggunakan kamera pegun. (inilah kali pertama Teacher Zack pernah mendengar mengenai kamera pegun)
Perkataan still sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan still memberi maksud masih:
- Are you still here? Adakah awak masih di sini?
- We are still waiting for you. Kami masih menunggu awak.
- You may still see some errors in this document. Awak masih akan melihat kesilapan-kesilapan di dalam dokumen ini.
- I still don't know your name. Saya masih tidak mengetahui nama awak. (menyesal saya berkenalan ngan awak.)
Perkataan still sebagai verb
Sebagai verb perkataan still adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to still, still, stilled, stilling, stills.
- menjadikan sunyi, tenang:
- We need to still this place. Kita perlu menjadikan tempat ini sunyi.
- Mom stilled my little brother's fear of the dark. Ibu telah menenangkan ketakutan adik lelaki saya terhadap kegelapan.