Perkataan down sebagai adverb
Cara menggunakan perkataan down sebagai adverb adalah seperti come down, bring down, lying down, died down, write down, atau sebagainya.
- turun, menurunkan:
- Please come down the ladder. Sila turun dari tangga itu.
- Can you bring down your price? Bolehkah awak menurunkan harga awak?
- jatuh, terjatuh: Cikgu Kamisah fell down. Cikgu Kamisah terjatuh.
- berbaring: I am lying down. Saya sedang berbaring.
- perlahankan, rendahkan: Turn down the radio. Perlahankan radio itu.
- reda: The storm died down. Ribut sudah reda.
- hingga: Encik Sabaruddin has been the Director from the year 1995 down to the present. Encik Sabaruddin sudah menjadi Pengarah sejak dari tahun 1995 hingga kini.
- memulakan: I need to get down to work right now. Saya perlu memulakan kerja sekarang juga.
- tulis: Write down your phone number here. Tulis nombor telefon awak di sini.
- wang pendahuluan: I paid RM9500 down and RM530 a month for that car. Saya telah membayar RM9500 wang pendahuluan dan RM530 sebulan untuk kereta itu.
- mengikat: The shop workers tied down the thief. Pekerja-pekerja kedai itu telah mengikat pencuri itu.
- memburu: The French army tracked down the African mujahids. Askar Perancis telah memburu pejuang Islam Afrika.
- mendapat: Teacher Zack came down with a cold. Teacher Zack telah mendapat selsema. (Kesian takde siapa nak jaga dia :)
Cara menggunakan perkataan down sebagai adjective adalah seperti down escalator, down town, down level, down computer, atau sebagainya.
- menurun: I will take the down escalator. Saya akan mengambil eskalator yang menurun.
- hujung: Let's meet down town. Jom berjumpa di hujung bandar.
- sedih: Puan Chin feels very down today. Puan Chin berasa sungguh sedih hari ini.
- wang pendahuluan: Here is the RM300 down. Ini RM300 wang pendahuluan itu.
- kerugian: The gambler was down RM200 after an hour gambling. Penjudi itu kerugian RM200 selepas sejam berjudi.
- rosak: Teacher Zack's computer system was down since yesterday. Komputer Teacher Zack rosak sejak semalam.