Selasa, 30 April 2013

Are you afraid of becoming old?

Are you afraid of becoming old? Adakah anda takut untuk menjadi tua?

Perkataan become sebagai verb
Sebagai verb perkataan become adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to become, become, became, becoming, becomes. Perkataan become memberi maksud menjadi:
  1. To become rich is what they want. Untuk menjadi kaya adalah apa yang mereka mengingini.
  2. I become nervous when I am on stage. Saya menjadi gemuruh apabila saya berada di atas pentas.
  3. My mom became tired after doing gardening. Ibu saya menjadi penat selepas berkebun.
  4. My son is becoming even more stubborn lately. Anak lelaki saya menjadi lebih degil lagi sejak kebelakangan ini.
  5. It becomes aggressive if you disturb it. Ia menjadi agresif jika awak mengganggunya.
Perkataan become di dalam phrasal verb
  1. become of bermaksud terjadi kepada:
    1. What has become of the old garden? Apakah yang telah terjadi kepada kebun lama itu?
    2. What will become of that drug addict? Apakah yang akan terjadi kepada penagih dadah itu?

Perbezaan who's dan whose

Who's
Who's adalah kependekan untuk who is dan memberi maksud siapakah:
  1. Who's this? Siapakah ini?
  2. May I know who's at home? Bolehkah saya tahu siapakah yang berada di rumah?
  3. Who's coming to dinner? Siapakah yang akan datang untuk makan malam?
Whose
Whose pula adalah possessive pronoun yang memberi maksud (milik) siapa atau siapa (punya). Whose lazimnya digunakan untuk mengubah maksud noun, contohnya whose book, whose car, whose keys, whose house, atau sebagainya:
  1. Whose book is this? Buku siapakah ini?
  2. Can you tell me whose car is in the garage? Bolehkah awak beritahu saya kereta siapa yang berada di dalam garaj itu?
  3. Whose keys are on the table? Kunci siapakah yang berada di atas meja itu?

Isnin, 29 April 2013

Cara menyebut perkataan 'formidable'



Perkataan: formidable
Maksud: menggerunkan, mengagumkan

Sebutan betul: fawr-mi-duh-ble
Sebutan salah: for-me-da-ble

English Language is difficult? Never mind, InfoInggeris is here.

English Language is difficult? Never mind, InfoInggeris is here. Bahasa Inggeris susah? Tidak mengapa, InfoInggeris ada di sini.

Perkataan never sebagai adverb
  1. tidak pernah:
    1. I had never been there before. Saya tidak pernah ke sana sebelum ini.
    2. Such an idea never occurred to me. Idea sebegini tidak pernah terlintas dalam diri saya.
  2. tidak: You can never be sure. Awak tidak boleh menjadi pasti.
  3. jangan: Never fear, I am here. Jangan takut, saya di sini.
Perkataan never di dalam idiom
  1. never mind bermaksud tidak mengapa: I was hoping for some help, but never mind, I'll do it myself. Saya mengharapkan bantuan, tetapi tidak mengapa, saya akan melakukannya sendiri.
Perbezaan never mind dan nevermind
  1. Seperti yang diterangkan di atas, never mind adalah idiom.
  2. Nevermind pula adalah noun yang memberi maksud:
    1. perhatian, tumpuan: Pay him no nevermind. Jangan beri dia perhatian.
    2. urusan: It is no nevermind of yours. Ia bukan urusan awak.

Ahad, 28 April 2013

Bahasa Inggeris bukan phonetic



Sebutan berlainan, ejaan sama:
  1. He likes to read. Dia suka membaca.
  2. He read the book. Dia telah membaca buku itu.
Sebutan sama, ejaan berlainan:
  1. He read the book. Dia telah membaca buku itu.
  2. His shirt color is red. Warna kemejanya merah.

Sabtu, 27 April 2013

Please state your name, phone number and address

Please state your name, phone number, and address. Sila nyatakan nama, nombor telefon, dan alamat anda.

Perkataan state sebagai noun
  1. keadaan: That child is in a state of confusion. Kanak-kanak itu berada dalam keadaan keliru.
  2. bentuk: Ice is the solid state of water. Ais adalah bentuk pepejal air.
  3. negeri: Malaysia has 13 states and four federal territories. Malaysia mempunyai 13 negeri dan empat wilayah.
Perkataan state sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan state digunakan seperti - state highway, state bank, state university, atau sebagainya.
  1. The state university is very near to the state highway. Universiti negeri berhampiran dengan lebuhraya negeri.
Perkataan state sebagai verb
Sebagai verb perkataan state adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to state, state, stated, stating, states. Maksud perkataan state sebagai verb adalah menyatakan:
  1. Am I required to state my identity card number? Adakah saya dikehendaki menyatakan nombor kad pengenalan saya?
  2. Please state your name here. Sila nyatakan nama anda di sini.
  3. You have already stated that fact just now. Awak telah pun menyatakan fakta itu tadi.
Keterangan terperinci mengenai jenis dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Apakah maksud perkataan 'anyways'?

Anyway
Anyway adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud:
  1. juga: 
    1. Whether you like it or not, I am going anyway. Tanpa mengira awak suka atau tidak, saya akan pergi juga.
    2. It was raining but we played football anyway. Ia sedang hujan tetapi kami bermain bola juga.
  2. apa pun:
    1. Anyway, we called another electrician to help us. Apa pun, kami telah menelefon juruelekrtik yang lain untuk menolong kami.
    2. Anyway, it's gone! Apa pun, ia sudah tiada!
Any way
Any way pula adalah frasa yang mengandungi dua perkataan iaitu any (adjective) dan way (noun). Frasa any way memberi maksud:
  1. dengan apa cara, mana-mana cara, mana-mana arah: 
    1. You can sing the song any way you like. Awak boleh menyanyikan lagu itu dengan apa cara yang awak suka.
    2. Choose any way convenient to you. Pilihlah mana-mana cara yang mudah untuk awak.
Anyways
Sejak kebelakangan ini perkataan anyways sering digunakan temasuk dalam TV dan movie Amerika. Ada yang berpendapat bahawa -s yang ditambah dibelakang perkataan anyway adalah untuk memajmukkan perkataan-perkataan lain yang serupa iaitu:

anyways = anyway + anyhow + anytime + anywhere + anywho

Walau bagaimana pun, perkataan anyways tidak wujud dalam perbendaharaan perkataan Bahasa Inggeris mahupun di dalam idiom atau slang. Oleh itu, ramai ahli-ahli bahasa antarabangsa berpendapat bahawa perkataan anyways tidak sepatutnya digunakan.

Jumaat, 26 April 2013

Masalah singular dan plural noun

Pastikan plural noun tidak digunakan apabila singular noun diperlukan (atau sebaliknya). Lihat ayat di bawah:

Every green cards should be kept. Tiap-tiap kad-kad hijau sepatutnya disimpan.

Ayat di atas adalah salah sebab perkataan every (adjective) adalah singular manakala perkataan cards (noun) adalah plural. Untuk membetulkan ayat ini perkataan cards hendaklah dijadikan singular, iaitu card, seperti berikut:

Every green card should be kept. Tiap-tiap kad hijau sepatutnya disimpan.

Terdapat lain-lain perkataan seperti every yang sering digunakan untuk mempengaruhi noun, contohnya:

singular: every, each, single, a, one

plural: two, both, many, several, various

Contoh-contoh ayat:

I spoke to each people in the hall. Saya telah bercakap dengan setiap orang-orang di dalam dewan.
Ayat ini salah sebab each adalah singular manakala people adalah plural. Sepatutnya each person.

There are various choices for you to choose. Terdapat berbagai pilihan untuk anda memilih.
Ayat ini betul sebab kedua-dua perkataan various dan choices adalah plural.

I bought several new book for you to read. Saya telah membeli beberapa buku baru untuk awak membaca.
Ayat ini salah sebab several adalah plural manakala book adalah singular. Sepatutnya several new books.

We went to many different place during the holidays. Kami telah pergi ke banyak tempat semasa bercuti.
Ayat ini salah sebab many adalah plural sedangkan place adalah singular. Sepatutnya many different places.

There is not a single students in class. Tidak terdapat seorang murid-murid di dalam kelas.
Ayat ini salah sebab single adalah singular sedangkan students adalah plural. Sepatutnya single student.

Khamis, 25 April 2013

Me too :)

Me too. Saya juga.

Perkataan too sebagai adverb
  1. juga: 
    1. I can do it too. Saya boleh melakukannya juga.
    2. Siti Raihana is young, pretty, intelligent, and rich too. Siti Raihana adalah muda, cantik, pintar, dan kaya juga.
    3. My youngest son will coming along too. Anak lelaki bongsu saya akan ikut juga.
  2. terlalu: 
    1. You worry too much. Awak risau terlalu banyak.
    2. He is only too willing to be of help. Dia hanya terlalu bersedia untuk menolong.
    3. The minister is too sick to talk. Menteri itu terlalu sakit untuk bercakap.
    4. Don't sit too near the window. Jangan duduk terlalu dekat dengan tingkap.

He ♥ you too

Perkataan: too, to, two
Sebutan: too

Pastikan kombinasi subject-verb dari segi singular atau plural adalah betul

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. The students was early for class. Murid-murid adalah awal untuk kelas.
  2. The students were early for class. Murid-murid adalah awal untuk kelas.
Ayat 1 adalah salah sebab subject students adalah plural manakala verb was adalah singular.

Ayat 2 adalah betul sebab kombinasi subject-verb iaitu students dan were adalah kedua-duanya plural.

Rabu, 24 April 2013

I feel you in my he♥rt

I feel you in my he♥rt. Saya merasai awak di dalam h♥ti saya. Perkataan feel memberi maksud rasa.

Perkataan feel sebagai verb
Sebagai verb perkataan feel adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to feel, feel, felt, feeling, feels.
  1. Please feel his forehead to check for fever. Sila rasa dahinya untuk memastikan jika dia demam.
  2. Are you feeling hungry? Adakah awak merasai lapar?
  3. Ramli feels proud after winning the competition. Ramli berasa bangga setelah memenangi pertandingan itu.
  4. My aunty felt in her purse for some money. Makcik saya merasai di dalam dompetnya untuk duit.
  5. I feel happy when you are with me. Saya merasai gembira apabila awak berada bersama saya.
Perkataan feel sebagai noun
  1. My daughter likes the soft feel of cotton. Anak perempuan saya suka rasa kelembutan kapas.
  2. There is a feel of sadness in this house. Terdapat rasa kesedihan di dalam rumah ini.
Perkataan feel di dalam phrasal verb
  1. feel for bermaksud berasa simpati: I know you are disappointed and I feel for you. Saya tahu awak kecewa dan saya berasa simpati terhadap awak.
Perkataan feel di dalam idiom
  1. feel like bermaksud keinginan: I feel like going for a walk. Saya rasa hendak pergi berjalan.

Jangan guna adjective apabila adverb yang diperlukan

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Ahmad sat silent in his room. Ahmad duduk senyap di dalam biliknya.
  2. Ahmad sat silently in his room. Ahmad duduk senyap di dalam biliknya.
Dalam ayat 1 perkataan silent adalah adjective manakala dalam ayat 2 perkataan silently adalah adverb. Kedua-dua perkataan silent dan silently mengubah maksud verb 'sat'. Ayat yang manakah yang betul?

Jawapan: Ayat 1 adalah salah. Ayat 2 adalah betul kerana ayat sebegini memerlukan adverb, bukan adjective, untuk mengubah verb 'sat'.

Please buy belacan for your father

Perkataan: bi, buy, by, bye
Sebutan: bahy

I need you ♥ my darling

I need you  my darling. Saya memerlukan awak  kekasih ku.

Perkataan need sebagai noun
  1. keperluan: 
    1. There is no need for you to go there. Tidak ada keperluan untuk awak pergi ke sana.
    2. His excessive need for affection drives people away from him. Keperluannya yang keterlaluan untuk dikasihi menjauhkan orang lain daripadanya.
  2. memerlukan:
    1. I am in need of money. Saya berada dalam keadaan yang memerlukan duit.
    2. You must help a friend in need. Anda hendaklah menolong kawan yang memerlukan.
  3. sebab: There is no need to worry. Tidak ada sebab untuk risau.
Perkataan need sebagai verb
Sebagai verb perkataan need adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to need, need, needed, needing, needs.
  1. perlu:
    1. They need not come. Mereka tidak perlu datang.
    2. He needs to go to the toilet. Dia perlu pergi ke tandas.
  2. memerlukan: 
    1. The family needs food. Keluarga itu memerlukan makanan.
    2. The Manager needs the file tomorrow, not today. Pergurus itu memerlukan fail itu esok, bukan hari ini.
Perkataan need di dalam idiom
  1. If need be bermaksud jika terdapat keperluan: If need be, I can type the letters myself. Jika terdapat keperluan, saya boleh menaip surat itu sendiri.

Selasa, 23 April 2013

Pernahkah anda terlupa suatu surah Al-Quran?


Narrated Abdullah r.a: Diriwayatkan oleh Abdullah r.a:

The Prophet s.a.w said, "It is a bad thing that some of you say, 'I have forgotten such-and-such verse of the Qur'an', for indeed, he has been caused (by Allah) to forget it. Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Ia adalah suatu yang tidak baik dimana sebahagian daripada kamu berkata, "Aku telah terlupa anu-dan-anu surah Al-Quran, kerana sesungguhnya, dia telah disebabkan oleh Allah untuk melupainya.

So you must keep on reciting the Qur'an because it escapes from the hearts of men faster than camels do." Oleh itu kamu mesti meneruskan membaca Al-Quran kerana ia terlepas daripada hati manusia lebih cepat daripada unta yang terlepas. 

Bukhari, volume 6, hadith 550 Bukhari, jilid 6, hadith 550

Isnin, 22 April 2013

Please don't ask me to marry you

Please don't ask me to marry you. Harap jangan mengajak saya mengahwini awak. (sampainya hati :(

Perkataan ask sebagai verb
Sebagai verb perkataan ask adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to ask, ask, asked, asking, asks.
  1. bertanya: 
    1. If you don't know the answer, ask the teacher. Jika awak tidak tahu jawapannya, tanya guru.
    2. I am asking you now. Saya sedang bertanyakan awak sekarang.
  2. meminta: 
    1. The customer is asking for a loan. Pelanggan itu sedang meminta pinjaman.
    2. My friend asked for a favor. Kawan saya telah meminta bantuan.
  3. mengharapkan: You should not ask too much of a child. Awak tidak sepatutnya terlalu mengharapkan terhadap kanak-kanak.
  4. menjemput: 
    1. Did you ask them for dinner? Adakah awak menjemput mereka makan malam?
Perkataan ask di dalam idiom
  1. ask for it atau ask for trouble bermaksud mencari pasal: That mischievous boy was asking for it by his abusive remarks. Budak nakal itu mencari pasal dengan kata-katanya yang kesat.
  2. ask out bermaksud mengajak keluar: I asked her out but she refused. Saya telah mengajak dia keluar tetapi dia menolak.

Ahad, 21 April 2013

Sabtu, 20 April 2013

At last Faizal ♥ Linda got married

At last Faizal ♥ Linda got married. Akhirnya Faizal ♥ Linda berkahwin.

Perkataan last sebagai adjective
  1. akhir:
    1. That is the last game tonight. Itu adalah permainan terakhir malam ini.
    2. You took my last Ringgit. Awak telah mengambil wang Ringgit saya yang terakhir.
    3. Don't wait until the last second to do it. Jangan tunggu hingga ke saat akhir untuk melakukannya.
  2. lepas: I went to China last year. Saya telah pergi ke negara Cina tahun lepas.
  3. terbaru: This is the last thing in kebaya fashion. Ini adalah yang terbaru dalam fesyen kebaya.
Perkataan last sebagai adverb
  1. terakhir:
    1. I was the one who arrived last here. Sayalah yang terakhir sampai di sini.
    2. When last seen, my son wore a red shirt. Kali terakhir dilihat, anak lelaki saya memakai kemeja merah.
Perkataan last sebagai noun
  1. terakhir: 
    1. Encik Hassan was the last to be chosen as a mediator. Encik Hassan adalah yang terakhir dipilih sebagai pengantara.
    2. That's the last we'll hear of it. Itulah yang terakhir kita akan mendengar mengenainya.
Perkataan last dalam idiom
  1. at last bermaksud akhirnya: At last the judge agreed. Akhirnya hakim bersetuju.
  2. at long last bermaksud penantian yang menyukarkan: At long last the war was over. Akhirnya peperangan telah tamat.

Are you trying hard enough?

Are you trying hard enough? Adakah anda mencuba sedaya upaya?

Perkataan try sebagai verb
Sebagai verb perkataan try adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to try, try, tried, trying, tries.
  1. cuba, mencuba: 
    1. I tried to advise her but she refused to listen. Saya telah mencuba untuk menasihatinya tetapi dia tidak mahu mendengar. 
    2. Would you like to try this new recipe? Mahukah awak mencuba resepi baru ini.
    3. Is that man trying to steal that car? Adakah orang itu sedang cuba mencuri kereta itu?
    4. Don't give up, keep trying! Jangan putus asa, teruskan mencuba!
Perkataan try sebagai noun
  1. percubaan: 
    1. Why don't you have a try at tennis? Apa kata awak mengadakan suatu percubaan dalam permainan tenis?
    2. You'll never know until you give it a try. Anda tidak akan mengetahui selagi anda tidak mengadakan suatu percubaan.
Perkataan try dalam phrasal verb
  1. try on bermaksud cuba memakai pakaian: Why don't you try on the dress before you make a decision? Mengapakah awak tidak cuba memakai baju itu sebelum awak membuat keputusan?
  2. try out bermaksud cuba menggunakan: I want to try out that new BMW car. Saya ingin cuba memandu kereta BMW baru itu.

Jumaat, 19 April 2013

Were you born in February?

Perkataan: February
Sebutan betul: feb-yoo-er-ee
Sebutan salah: feh-brua-ry

Do you still love me?

Do you still love me? Adakah awak masih mencintai saya? (hmmm, takde soalan lain ke.. penat la)

Perkataan still sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan still mempunyai tiga bentuk iaitu still, stiller, stillest.
  1. tidak bergerak: I want you to stand still. Saya hendak awak berdiri tidak bergerak. (awak ingat saya ni kayu ke)
  2. senyap, tidak berkata apa-apa, menyembunyikan: Please keep still about the matter. Harap senyap mengenai perkara itu.
  3. perlahan: The actor spoke with a still, small voice. Pelakon itu bercakap dengan suara perlahan dan kecil.
  4. tenang: 
    1. The water in that pond is still. Air kolam itu tenang.
    2. The water in this pond is stiller than the water in that pond. Air kolam ini lebih tenang daripada air kolam itu.
    3. The water in the other pond is the stillest. Air kolam yang lagi satu itu paling tenang.
Perkataan still sebagai noun
  1. sunyi: In the still of the night. Dalam malam yang sunyi.
  2. pegun: 
    1. This is a still photograph. Ini adalah gambar pegun. (Teacher Zack pun terpegun melihat gambar tu)
    2. The photographer used a still camera. Jurugambar itu telah menggunakan kamera pegun. (inilah kali pertama Teacher Zack pernah mendengar mengenai kamera pegun)
Perkataan still sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan still memberi maksud masih:
  1. Are you still here? Adakah awak masih di sini?
  2. We are still waiting for you. Kami masih menunggu awak.
  3. You may still see some errors in this document. Awak masih akan melihat kesilapan-kesilapan di dalam dokumen ini.
  4. I still don't know your name. Saya masih tidak mengetahui nama awak. (menyesal saya berkenalan ngan awak.)
Perkataan still sebagai verb
Sebagai verb perkataan still adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to still, still, stilled, stilling, stills.
  1. menjadikan sunyi, tenang: 
    1. We need to still this place. Kita perlu menjadikan tempat ini sunyi.
    2. Mom stilled my little brother's fear of the dark. Ibu telah menenangkan ketakutan adik lelaki saya terhadap kegelapan.

Khamis, 18 April 2013

Can I come over for dinner?

Can I come over for dinner? Bolehkah saya ke sana untuk makan malam? (Kalau nak belanja apa salahnya ;)

Perkataan over sebagai preposition
  1. di atas: That dog easily jumped over the fence. Anjing itu dengan mudahnya telah melompat di atas pagar itu.
  2. melepasi: The car was driven over the cliff. Kereta itu telah dipandu melepasi cerunam itu.
  3. di sebelah: There is a village over the border. Terdapat perkampungan di sebelah sempadan itu.
  4. melalui: Sorry, I can't tell you over the phone. Maaf, saya tidak dapat memberitahu awak melalui telefon.
  5. melebihi: The water level is over the mark. Aras air melebihi tanda garisan.
Perkataan over sebagai adverb
  1. di sesuatu lokasi:
    1. Now you can throw the ball over. Kini awak boleh membaling bola itu ke sini.
    2. Please move your chair over nearer the window. Sila tempatkan kerusi anda ke sana mendekati tingkap.
    3. The coffee spilled over. Kopi itu tumpah di hujung.
    4. The technician called me and came over. Juruteknik telah menelefon saya dan datang ke sini.
    5. She invited me over for dinner. Dia telah menjemput saya ke sana untuk makan malam. (Rezeki :)
  2. jauh: The writer lives over in London. Penulis itu tinggal jauh di London.
Perkataan over dalam idiom
  1. all over bermaksud selesai: The game is all over. Permainan itu sudah selesai.
  2. over and over bermaksud berkali-kali: Mom told me about the accident over and over. Ibu memberitahu kepada saya mengenai kemalangan itu berkali-kali.
  3. over with bermaksud selesai: Let's get this job over with. Marilah kita menyelesaikan kerja ini.

Rabu, 17 April 2013

The call for prayer in Islam is called Azan

The call for prayer in Islam is called Azan. Panggilan solat dalam Islam dipanggil Azan. Jom bejalar perkataan call.

Perkataan call sebagai verb
Sebagai verb, perkataan call adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to call, call, called, calling, calls.
  1. memanggil: Dad called my name from across the street. Ayah telah memanggil nama saya dari seberang jalan.
  2. menelefon: Quick, call the police! Cepat, telefon polis!
  3. menamakan: What will you call your baby? Apakah yang awak ingin menamakan bayi awak?
  4. menggelar: Are you calling me a liar? Adakah awak menggelar saya seorang penipu?
  5. meminta: Is that swimmer calling for help? Adakah perenang itu sedang meminta pertolongan?
Perkataan call sebagai noun
Sebagai noun perkataan call memberi maksud panggilan.
  1. That sounded like a goose call. Bunyi itu seperti panggilan angsa.
  2. There was no call for an emergency. Tidak terdapat panggilan kecemasan.
  3. That is a call of duty. Itu suatu panggilan tanggungjawab.
Perkataan call dalam phrasal verb
  1. call back bermaksud telefon balik: Please call me back. Sila telefon saya balik.
  2. call down bermaksud menuduh: Teacher called down on me for stealing. Cikgu telah menuduh saya mencuri.
  3. call for bermaksud memerlukan: This job calls for patience. Kerja ini memerlukan kesabaran.
  4. call forth bermaksud membangkitkan, mengingatkanmenimbulkan: This song calls forth sad memories. Lagu ini mengingatkan kenangan sedih.
  5. call in bermaksud memanggil: You need to call in a doctor. Awak perlu memanggil doktor.
  6. call off bermaksud membatalkan: The Director called off this meeting. Pengarah telah membatalkan mesyuarat ini.
Perkataan call dalam idiom
  1. call it a day bermaksud berhenti bekerja buat sementara: It started raining so we called it a day. Ia mula hujan maka kami berhenti bekerja buat sementara.
  2. call it quits bermaksud berhenti dari melakukan sesuatu: He called it quits as a badminton player. Dia berhenti sebagai pemain badminton.
  3. call names bermaksud mengejek: Calling names to other people is being rude. Mengejek orang lain adalah tidak sopan.
  4. call of nature bermaksud membuang air besar atau kecil: I need to answer the call of nature. Saya perlu membuang air (besar atau kecil).

Selasa, 16 April 2013

The ten-footer king cobra chased after me

The ten-footer king cobra chased after me. Ular tedung selar sepuluh-kaki itu telah mengejar saya. (Terkejut saya mendengar kak.. mujur akak selamat..)

Perkataan after sebagai preposition
  1. selepas: 
    1. B comes after A in alphabet. B datang selepas A dalam abjad.
    2. Ok, Mr. Zack will come after dinner. Baiklah, Encik Zack akan datang selepas makan malam.
    3. I reached here five minutes after three. Saya telah tiba di sini lima minit selepas tiga.
  2. untuk mencari: That school girl joined the singing competition to seek after fame. Murid sekolah perempuan itu telah menyertai peraduan menyanyi itu untuk mencari populariti.
  3. bertanyakan: Last night your darling asked after you. Malam semalam kesayangan awak telah bertanyakan awak. (Sukanya dye.. :)
  4. tanpa menghiraukan: They are still friends after all their differences. Mereka masih berkawan tanpa menghiraukan perbezaan mereka.
  5. demi: Year after year he is still the champion. Tahun demi tahun dia masih jaguh.
Perkataan after sebagai adverb
  1. kemudian: Dad arrived at Kedah three hours after. Ayah telah tiba di Kedah tiga jam kemudian.
  2. sejak itu, selepas itu: They lived happily ever after. Mereka hidup bahagia sejak itu. (Betul ke ni..)
  3. di belakang: Salina came tumbling after. Salina datang berguling-guling di belakang. (Apa hal la pulak ni)
Perkataan after sebagai adjective
  1. In after years we never saw him again. Dalam tahun-tahun kemudian kami tidak pernah melihat dia lagi.
Perkataan after sebagai conjunction
  1. setelah: She cried + She heard the news = She cried after she heard the news. Dia menangis setelah dia mendengar berita itu.
  2. selepas: I came + The boys left = I came after the boys left. Saya datang selepas budak-budak itu pergi.
Perkataan after di dalam idiom
  1. after all bermaksud juga, akhirnya, lagipun:
    1. I found out that I can sing after all. Saya mendapati bahawa saya boleh menyanyi akhirnya.
    2. You must perform the solat. After all, you are a Muslim, right? Awak mesti mendirikan solat. Lagipun, awak seorang Muslim, kan?

Jumaat, 12 April 2013

Are you feeling down?

Are you feeling down? Adakah awak berasa sedih?

Perkataan down sebagai adverb
Cara menggunakan perkataan down sebagai adverb adalah seperti come down, bring down, lying down, died down, write down, atau sebagainya.
  1. turun, menurunkan: 
    1. Please come down the ladder. Sila turun dari tangga itu.
    2. Can you bring down your price? Bolehkah awak menurunkan harga awak?
  2. jatuh, terjatuh: Cikgu Kamisah fell down. Cikgu Kamisah terjatuh.
  3. berbaring: I am lying down. Saya sedang berbaring.
  4. perlahankan, rendahkan: Turn down the radio. Perlahankan radio itu.
  5. reda: The storm died down. Ribut sudah reda.
  6. hingga: Encik Sabaruddin has been the Director from the year 1995 down to the present. Encik Sabaruddin sudah menjadi Pengarah sejak dari tahun 1995 hingga kini.
  7. memulakan: I need to get down to work right now. Saya perlu memulakan kerja sekarang juga.
  8. tulis: Write down your phone number here. Tulis nombor telefon awak di sini.
  9. wang pendahuluan: I paid RM9500 down and RM530 a month for that car. Saya telah membayar RM9500 wang pendahuluan dan RM530 sebulan untuk kereta itu.
  10. mengikat: The shop workers tied down the thief. Pekerja-pekerja kedai itu telah mengikat pencuri itu.
  11. memburu: The French army tracked down the African mujahids. Askar Perancis telah memburu pejuang Islam Afrika.
  12. mendapat: Teacher Zack came down with a cold. Teacher Zack telah mendapat selsema. (Kesian takde siapa nak jaga dia :)
Perkataan down sebagai adjective
Cara menggunakan perkataan down sebagai adjective adalah seperti down escalator, down town, down level, down computer, atau sebagainya.
  1. menurun: I will take the down escalator. Saya akan mengambil eskalator yang menurun.
  2. hujung: Let's meet down town. Jom berjumpa di hujung bandar.
  3. sedih: Puan Chin feels very down today. Puan Chin berasa sungguh sedih hari ini.
  4. wang pendahuluan: Here is the RM300 down. Ini RM300 wang pendahuluan itu.
  5. kerugian: The gambler was down RM200 after an hour gambling. Penjudi itu kerugian RM200 selepas sejam berjudi.
  6. rosak: Teacher Zack's computer system was down since yesterday. Komputer Teacher Zack rosak sejak semalam.

Rabu, 10 April 2013

When is your birthday?

When is your birthday? Bilakah hari lahir awak?

Perkataan when sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan when memberi maksud bilakah:
  1. When are you getting married? Bilakah awak akan berkahwin?
  2. When is the 13th election? Bilakah pilihanraya ke 13?
  3. When do you intend to master English Language? Bilakah anda bercadang untuk mahir dalam Bahasa Inggeris?
Perkataan when sebagai conjunction
Sebagai conjunction perkataan when memberi maksud apabila, bila, semasa, atau sebagainya:
  1. apabila: 
    1. We will get married in December when it rains. Kami akan berkahwin dalam bulan Disember apabila ia hujan. (macam ni pun ada ke :)
    2. I'll call you when I arrive there. Saya akan menelefon awak apabila saya tiba di sana.
    3. I will only speak when the noise stops. Saya hanya akan bercakap apabila bunyi bising itu berhenti.
  2. bila: 
    1. You need to know when to be silent. Awak perlu tahu bila untuk senyap.
    2. Please tell the officer when he should go. Sila beritahu pegawai itu bila dia sepatutnya pergi.
  3. semasa: 
    1. Uncle Dol used to visit me when I was young. Pakcik Dol sering menziarahi saya semasa saya kecil.
    2. Sabiri and Fazinah met when they were studying in university. Sabiri dan Fazinah bertemu semasa mereka belajar di universiti.
  4. sedangkan: 
    1. Why is the laboratory assistant here when she should be in the laboratory? Kenapakah pembantu makmal itu berada di sini sedangkan dia sepatutnya berada di makmal?
Perkataan when sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan when menggantikan waktu dan memberi maksud bilakah:
  1. Since when did the professor arrive here? Sejak bilakah profesor itu tiba di sini?
  2. Until when will the store open? Hingga bilakah kedai itu akan buka?
Perkataan when sebagai noun
Sebagai noun perkataan when memberi maksud waktu. Perhatikan penggunaan perkataan the sebelum perkataan when untuk menjadikan perkataan when sebagai noun.
  1. Can you tell me the when and where of the show? Bolehkah awak beritahu saya waktu dan tempat pertunjukan itu?
  2. The Human Resource department haven't decided the when and where of the meeting. Bahagian Sumber Manusia belum membuat keputusan mengenai waktu dan tempat mesyuarat itu.

Selasa, 9 April 2013

There are many ways to learn English Language

There are many ways to learn English Language. Terdapat banyak cara untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Pelajarilah perkataan there.

Perkataan there sebagai adverb

Sebagai adverb perkataan there memberi maksud sana:
  1. Please sit over there. Sila duduk di sana.
  2. I wouldn't go there again. Saya tidak akan ke sana lagi.
  3. Stop there and continue later. Berhenti di sana dan sambung kemudian.
  4. I can't agree with my teacher there. Saya tidak dapat bersetuju dengan guru saya di sana.
  5. The answer is out there. Jawapannya berada di luar sana.
Perkataan there sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan there mempunyai berbagai maksud kerana fungsinya adalah memperkenalkan klausa atau ayat.
  1. sudah: There is no hope. Sudah tiada harapan.
  2. tentu: There must be another way. Tentu ada jalan lain.
  3. terdapat: There are many people here. Terdapat ramai orang di sini.
  4. sana: My lecturer comes from there too. Pensyarah saya datang dari sana juga.
Perkataan there sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan there memberi maksud itu, situ:
  1. Ask the security guard there. Tanya pengawal keselamatan itu.
  2. Ask the lady there. Tanya wanita itu.
  3. Call the man there. Panggil orang itu.
  4. The person there ought to know the direction. Orang itu (di situ) sepatutnya mengetahui arah.

Isnin, 8 April 2013

Teacher Zack has a different life

Teacher Zack has a different life. Teacher Zack mempunyai kehidupan yang berlainan.

Perkataan life sebagai noun
Sebagai noun perkataan life memberi maksud kehidupan, hidup, hayat, nyawa. Plural (majmuk) untuk perkataan life adalah lives.
  1. They have a comfortable life. Mereka mempunyai kehidupan yang selesa.
  2. A mosquito has a short life. Seekor nyamuk mempunyai jangka hayat yang singkat.
  3. My late father had that illness his whole life. Arwah ayah saya telah menghadapi penyakit itu seluruh hidupnya.
  4. The life of this car can be up to ten years. Jangka hayat kereta ini boleh mencecah sepuluh tahun.
  5. Several lives were lost in that fire. Beberapa nyawa telah kehilangan dalam kebakaran itu.
  6. Scientists are hoping to discover life in other planets. Para-para sains mengharapkan untuk menemui kehidupan di planet-planet lain.
Perkataan life di dalam idiom
  1. bring to life bermaksud menghidupkan: The paramedics are trying to bring to life the flood victims. Paramedik sedang mencuba untuk menghidupkan semula mangsa-mangsa banjir itu.
  2. for life bermaksud sehingga akhir hayat: That serial killer will be in jail for life. Pembunuh bersiri itu akan berada di dalam penjara sehingga akhir hayatnya.
  3. take (one's) life bermaksud membunuh diri: It is wrong to take one's life. Ia adalah suatu kesalahan untuk membunuh diri.
  4. take (someone's) life bermaksud membunuh seseorang: It is wrong to take someone's life illegally. Ia adalah suatu kesalahan untuk membunuh seseorang tanpa hak.
  5. not on your life bermaksud tidak sekali-kali: Not on your life will I marry you. Tidak sekali-kali saya akan mengahwini awak.
  6. for dear life bermaksud demi nyawa yang dihargai: I ran for dear life when I saw the wild elephants. Saya lari demi nyawa yang dihargai apabila saya melihat gajah-gajah liar itu.

Jumaat, 5 April 2013

Is he through talking?

Is he through talking? Adakah dia telah habis bercakap? Berikut adalah penggunaan perkataan through:

Perkataan through sebagai preposition
  1. melalui: The fugitive crawled through this tunnel. Banduan pelarian itu telah merangkak melalui terowong ini.
  2. sepanjang: My cousin read the novel through the night. Sepupu saya telah membaca novel itu sepanjang malam.
  3. tidak berhenti, melintasi, melanggar: Mom drove through a red light. Ibu telah memandu melintasi lampu merah.
  4. disebabkan: That student succeeded through hard work. Murid itu telah berjaya disebabkan gigih berusaha.
Perkataan through sebagai adverb
  1. melalui: I opened the door and walked through. Saya telah membuka pintu dan berjalan melaluinya.
  2. dari mula hingga akhir: He read the book once through. Dia telah membaca buku itu sekali dari mula hingga akhir.
  3. hingga: The team drove through to their final destination. Kumpulan itu telah memandu hingga ke destinasi yang ditetapkan.
  4. menyelesaikan: Allow me to see the matter through. Izinkan saya menyelesaikan hal itu.
Perkataan through sebagai adjective
  1. berakhir:
    1. When will you be through with school? Bilakah awak akan mengakhiri persekolahan?
    2. I am through with him. Saya sudah tidak ada kena mengena dengan dia lagi.
    3. I am through as a teacher. Saya sudah tidak mahu menjadi seorang guru lagi.
    4. She was through with the project. Dia sudah menyelesaikan projek itu.

Khamis, 4 April 2013

Always do good deeds

Always do good deeds. Sentiasalah berbuat baik. Pelajarilah perkataan good.

Perkataan good sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan good mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. good baik, elok
  2. better lebih baik
  3. best terbaik
Cara penggunaan perkataan good sebagai adjective adalah seperti good man, good health, better teeth, good name, best house, good reason, better news, good advice, atau sebagainya. Berikut adalah maksud-maksud perkataan good sebagai adjective:
  1. baik:
    1. Teacher Zack is a good man. Teacher Zack adalah seorang lelaki yang baik. (Perasan pulak dia ni..)
    2. There are more bad news than good news in the newspapers nowadays. Terdapat lebih berita buruk daripada berita baik di dalam suratkhabar masa sekarang.
  2. lebih baik:
    1. We need a better plan to win this battle. Kita memerlukan rancangan yang lebih baik untuk memenangi pertarungan ini.
    2. Mom felt better after the surgery. Ibu merasa lebih baik selepas pembedahan itu.
  3. terbaik:
    1. He is the best student in his class. Dia adalah murid terbaik dalam kelas.
    2. The best way to find happiness is to pray. Cara terbaik untuk mencari kebahagiaan adalah melalui solat.
Perkataan good sebagai noun
Sebagai noun, plural (majmuk) untuk perkataan good adalah goods.
  1. kebaikan: 
    1. What good will it do to me? Kebaikan apa yang akan ia buat untuk saya?
    2. I don't see any good in that. Saya tidak dapat melihat apa-apa kebaikan dalam perkara itu.
  2. baik: 
    1. To be good you must do good. Untuk menjadi baik anda hendaklah berbuat baik.
    2. To go to heaven you have to be good. Untuk ke syurga awak hendaklah menjadi baik.
  3. barang-barang, barangan: 
    1. Please carry the goods into the store. Sila angkat barang-barang itu ke dalam stor.
    2. You have to deliver the goods to the customer before tomorrow. Awak perlu menghantar barang-barang itu ke pelanggan sebelum esok.
    3. This is a top-quality cotton goods. Ini adalah barangan kapas berkualiti tinggi.
    4. That company sells canned goods and frozen goods. Syarikat itu menjual barangan bertin dan barangan beku.
Perkataan good sebagai interjection kata seru
  1. Good! Now we can all go home. Bagus! Sekarang kita semua boleh pulang.
Perkataan good di dalam idiom
  1. as good as bermaksud sebaik: My daughter can sing as good as Datuk Siti Nurhaliza. Anak perempuan saya boleh menyanyi sebaik Datuk Siti Nurhaliza. (Betul ke nie..)
  2. for good bermaksud selamanya: My friend's girlfriend left him for good. Teman wanita kawan saya telah meninggalkannya buat selamanya.
  3. but good bermaksud tetapi baik: The house is old but good. Rumah itu sudah lama tetapi baik.
  4. good and bermaksud baik dan: I'll do it when I am good and ready. Saya akan melakukannya apabila saya sudah baik dan bersedia.
  5. no good bermaksud tidak ada gunanya, membuang masa: It's no good arguing with him. Tidak ada gunanya bertengkar dengan dia.

Rabu, 3 April 2013

Please read any book in English Language

Please read any book in English Language. Sila baca mana-mana buku dalam Bahasa Inggeris. Jom belajar perkataan any:

Perkataan any sebagai adjective
Cara penggunaan perkataan any adalah seperti any one, any book, any place, any sugar, any student, any information, atau sebagainya. Berikut adalah maksud-maksud perkataan any sebagai adjective:
  1. satu, suatu, se: 
    1. Is any one of you here a doctor? Adakah seseorang dari kamu di sini seorang doktor?
    2. Is there any history book in this library? Terdapatkah sesebuah buku sejarah di perpustakaan ini?
  2. mana-mana: 
    1. Choose any book you like. Pilih mana-mana buku awak suka.
    2. I will meet you at any place in KL. Saya akan berjumpa dengan awak di mana-mana tempat di KL.
  3. sedikit, sejumlah, seberapa: 
    1. Do you have any sugar? Adakah awak sedikit gula?
    2. Place any amount of butter you prefer. Masukkan seberapa banyak mentega mengikut kesukaan anda.
  4. apa-apa, lazimnya dalam hal yang negatif: 
    1. She can't take any advice. Dia tidak boleh menerima apa-apa nasihat.
    2. Don't give him any information. Jangan memberi dia apa-apa maklumat.
Perkataan any sebagai pronoun
Sebagai pronoun perkataan any menggantikan seseorang, sesuatu, atau sebagainya:
  1. sesiapa, sesuatu: He does better than any before him. Dia melakukannya lebih baik dari sesiapa sebelum dia.
  2. apa-apa: We don't have any left. Kami tidak ada apa-apa yang tinggal.
Perkataan any sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan any memberi keterangan kepada perkataan yang bukan noun seperti any better, any stronger, any taller, any worse, atau sebagainya:
  1. Do you feel any better now? Adakah awak merasa lebih baik sekarang?
  2. Can he ever be any stronger? Bolehkah dia menjadi lebih kuat?

Selasa, 2 April 2013

Back to the future

Back to the future. Kembali ke masa hadapan. Berikut adalah penggunaan perkataan back:

Perkataan back sebagai noun
Sebagai noun perkataan back memberi maksud belakang seperti berikut:
  1. The back of the head. Belakang kepala.
  2. The scar on my back. Parut di belakang saya.
  3. The back of the hall. Belakang dewan.
  4. The back of the cupboard. Belakang almari.
Perkataan back sebagai verb
Sebagai verb, perkataan back adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to back, back, backed, backing, backs.
  1. mengundur: You are required to back up your cars now. Anda dikehendaki mengundur kereta-kereta anda sekarang.
  2. menyokong: 
    1. If you back her up then she might win the game. Jika awak menyokongnya mungkin dia akan dapat memenangi pertandingan itu.
    2. The United States backed South Korea against North Korea. Amerika Syarikat menyokong Korea Selatan menentang Korea Utara.
Perkataan back sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan back digunakan seperti back door, back seat, back files, back pay, atau sebagainya.
  1. Please remember to close the back door before you leave. Sila ingat untuk menutup pintu belakang sebelum anda pergi.
  2. Always put your child at the back seat of your car. Sentiasa letak anak anda di kerusi belakang kereta anda.
  3. I think the invoice is in the back files. Saya fikir invois itu berada di dalam fail-fail lama.
Perkataan back sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan back digunakan seperti look back, step back, came back, pay back, went back, atau sebagainya.
  1. Look back at the past and learn from it. Lihat kembali di masa silam dan pelajarilah darinya.
  2. Please step back and let the others walk through. Sila langkah ke belakang dan benarkan orang lain melintasi.
  3. My ex-husband wishes to come back into my life. Bekas suami saya ingin kembali semula ke dalam hidup saya.

Isnin, 1 April 2013

Even Teacher Zack is still learning English language

Even Teacher Zack is still learning English language. Sedangkan Teacher Zack masih mempelajari Bahasa Inggeris. Berikut adalah penggunaan perkataan even:

Perkataan even sebagai adjective

  1. rata: The floor is even. Lantai itu rata.
  2. selari: The mirror is even with the window. Cermin itu adalah selari dengan tingkap itu.
  3. sama: 
    1. The even rhythm of his breathing is a good indication. Pernafasannya yang berentak sama adalah tanda yang baik.
    2. Please use even amounts of sugar and butter. Sila gunakan jumlah yang sama untuk gula dan mentega.
  4. sama rata: That was an even fight. Itu adalah perlawanan yang sama rata.
  5. adil: 
    1. This supermarket offers an even bargain. Pasar raya ini memberi tawaran yang adil.
    2. Both teams have an even chance of winning. Kedua-dua kumpulan mempunyai peluang yang adil untuk menang.

Perkataan even sebagai adverb

  1. lebih: I felt even worse after he left. Saya rasa lebih teruk selepas dia pergi.
  2. apalagi: She was depressed, even crying. Dia sedih, apalagi sedang menangis.
  3. sedangkan: Even a child knows better. Sedangkan seorang kanak-kanak lebih mengetahui.
  4. walaupun: 
    1. Even as we ran, it kept chasing us. Walaupun kami sedang berlari, ia tetap mengejar kami.
    2. He kept mentioning his daughter's name even as he was dying. Dia terus menyebut nama anak perempuannya walaupun dia sedang menghampiri maut.

Perkataan even sebagai verb

Sebagai verb perkataan even memberi maksud meratakan. Perkataan even adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to even, even, evened, evening, evens.

  1. The contractors came to even the damaged road. Pihak kontraktor telah datang untuk meratakan jalanraya yang rosak itu.
  2. Be sure you even the butter on each cake. Pastikan awak meratakan mentega di atas setiap kek.
  3. The painter evens the varnish on that door. Tukang cat itu meratakan varnis pada pintu itu.

Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.