Sabtu, 16 Februari 2013

Can I use your 'telekung'?

Can I use your 'telekung'? Bolehkah saya mengguna telekung awak? Berikut adalah penggunaan perkataan use:

Perkataan use sebagai verb
Use adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to use, use, used, using, uses. Berikut adalah maksud-maksud perkataan use sebagai verb:
  1. sering: I used to climb this tree when I was young. Saya sering memanjat pokok ini semasa saya muda.
  2. biasanya: This restaurant service used to be better. Perkhidmatan restoran ini biasanya lebih baik.
  3. menggunakan: 
    1. Please use a bigger knife to cut the watermelon. Sila guna pisau yang lebih besar untuk memotong tembikai itu.
    2. Are you using my pencil? Adakah awak sedang menggunakan pensil saya?
    3. I tried to use the printer but it didn't work. Saya telah mencuba menggunakan pencetak itu tetapi ia tidak berfungsi.
  4. memperlakukan: The Finance Director did not use his employees properly. Pengarah Kewangan itu tidak memperlakukan pekerja-pekerjanya dengan betul.
  5. memperalatkan: That man used her for trafficking drugs. Lelaki itu memperalatkannya untuk mengedar dadah.
  6. mengambil: 
    1. Stop using drugs! Hentikan mengambil dadah!
    2. He uses drugs every day. Dia mengambil dadah setiap hari.
  7. menghabiskan: Who used all the milk in this jar? Siapa yang menghabiskan semua susu di dalam balang ini?
Perkataan use sebagai noun
  1. kegunaan: The use of this tool is to saw a wood. Kegunaan perkakas ini adalah untuk menggergaji papan.
  2. gunanya: What is the use of going home? Apa gunanya untuk kembali ke rumah?
Perkataan use sebagai phrasal verb
  1. use up bermaksud habis digunakan: All his money was used up in gambling. Kesemua duitnya habis digunakan dalam perjudian.