Perkataan man sebagai noun
Plural untuk perkataan man adalah men. Berikut adalah maksud-maksud perkataan man sebagai noun:
- lelaki: Teacher Zack is a man. Teacher Zack adalah seorang lelaki. (Takde ler hensem sangat)
- manusia: Man hopes for peace but causes war. Manusia meinginkan keamanan tetapi menyebabkan peperangan.
- orang, seseorang: Don't judge a man too easily. Jangan terlalu mudah menghakimi seseorang.
- suami: The man at home is always complaining about my cooking. Suami saya di rumah selalu bersungut mengenai maksakan saya.
- kekasih (lelaki): She's happy because her man loves her. Dia gembira kerana kekasihnya mencintainya.
- pengikut, orang bawahan: They are the king's men. Mereka adalah pengikut-pengikut raja itu.
- wakil: Our man in Tokyo will call you tomorrow. Wakil kami di Tokyo akan menelefon awak esok.
- ciri atau sifat lelaki: The army will make a man out of you. Angkatan tentera akan menjadikan anda seorang lelaki.
- slang. orang kanan: You are my main man. Awak adalah orang kanan saya.
- jenis lelaki: I am a classical man, I don't like rock music. Saya seorang jenis klasikal, saya tidak suka muzik rock.
- slang. memanggil seseorang: Cool it, man. Bertenang, awak.
Man adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to man, man, manned, manning, mans. Berikut adalah maksud-maksud perkataan man sebagai verb:
- mengendalikan, memandu :
- I need you to man this gun. Saya memerlukan awak untuk mengendalikan senjata ini.
- Manning this machine is no easy task. Mengendalikan mesin ini bukan suatu tugas yang senang.
- That young boy mans the tractor on his own. Budak muda itu telah mengendalikan traktor itu bersendirian.
- Do you know how to man this forklift? Tahukah anda cara mengendalikan forklift ini?
- mengawal: The soldiers manned that tower before being attacked. Askar-askar itu telah berkawal di menara itu sebelum diserang.